Teks Oleh Wahida Othman @ HAI
Hanya kerana sebuah lagu, hubungan baik di antara mereka kini menjadi renggang. Tiada lagi senyuman terukir bila mereka bertentang mata. Malah, keluh resah Alyah terhadap pasangan duetnya, Riz mengenai lagu Ku Pinjam Satu Bintang dalam majalah HAI keluaran lepas, benar-benar mengecewakan hati naib juara Akademi Fantasia musim keenam itu.
Tidak mahu hanya mendengar cerita di sebelah pihak, HAI turut mendengar penjelasan daripada Riz.
“Saya bukan ambil lagu itu tanpa beritahu dia. Malah, sejak setahun yg lalu, saya dah beritahu dia yang saya mahu lagu itu dimuatkan dalam album saya.
“Tapi jawapan dia, sekejap boleh… sekejap tidak, sehinggalah ia memakan masa selama setahun. Saya tidak boleh tunggu lagi, sebab album perlu dilancarkan. Ajai nasihatkan supaya lagu itu diubah menjadi versi solo. Dan, saya perlu bayar duit kepada Ajai kerana lagu itu perlu diubah susunan muziknya.
“Ya, memang Alyah dah beli lagu itu, tetapi hak sepenuhnya adalah milik Ajai kerana dia adalah komposernya.
“Mungkin Alyah tak faham. Jika lagu itu berada dalam album saya sekalipun, dia tetap mendapat keuntungan kerana jika peminat saya mahu beli ringtone lagu itu, ia tetap menggunakan kod yg sama. Jadi, keuntungannya juga akan diberikan pada Alyah,” tegas Riz.

Alyah Dingin
Menebak tentang hubungannya dengan Alyah sekarang, Riz tidak mahu berselindung. Menurut Riz, sikap dingin Alyah terhadapnya mula disedari sejak mereka sama-sama terbabit dalam satu sidang media.
“Saya dah perasan Alyah cuba menjauhkan diri daripada saya sejak kami berjumpa dalam sidang media peringkat separuh akhir Muzik-Muzik.
“Dia langsung tidak tegur dan senyum pada saya. Awalnya, saya tertanya-tanya kenapa dia bersikap sebegitu? Saya telefon pengurusnya, tapi mereka beri alasan sedang sibuk. Jadi, saya minta pengurus saya, Ejam telefon Alyah untuk cari punca masalah sebenarnya.
“Saya bimbang sangat, sebab bila saya kirim SMS pada dia untuk berbincang tentang latihan untuk peringkat separuh akhir Muzik-Muzik, Alyah langsung tidak membalas. Macam-macam saya kirim SMS Malah, saya seperti buat karangan di dalam telefon, tapi Alyah tetap tidak balas.
“Hinggalah akhirnya Alyah menjawab panggilan Ejam, baru saya berpeluang bercakap dengan dia. Dia beritahu semuanya tentang apa yang dia tak puas hati pada saya, dan saya telah terangkan pada dia perkara sebenarnya.
“Selepas itu dia nampak okey dan boleh menerima jawapan saya. Jadi, kami dapat berbincang soal latihan nyanyian dengan baik. Tapi tiba-tiba kawan saya beritahu Alyah buat kenyataan tentang saya di media, bermula dari situlah saya rasa terkilan sedikit.
“Saya tak marahkan Alyah. Mungkin dia rasa apa yang saya buat ini salah. Saya dah minta maaf. Bahkan, saya sendiri sudah maafkan dia di dunia dan di akhirat, walaupun dia tidak pernah meminta maaf daripada saya. Kalau dia kata, dia tak boleh senyum lagi pada saya, perkara itu tidak berlaku pada saya. Saya masih lagi boleh senyum pada dia dan semua orang.
“Saya sedar dunia hiburan ini kecil sahaja. Jadi,saya tak mahu bermusuhan dan hidup bersendirian. Kalau dia rasa dia boleh hidup bersendirian, terpulanglah pada dia," ujar Riz yang ketika dihubungi berada di sebuah hospital di ibu kota kerana penyakit apendiks yg dialaminya.
Sakit
Menurut Riz, kini dia diibaratkan seperti jatuh ditimpa tangga. Sudahlah teman baiknya bersikap dingin, dia pula kini terpaksa menanggung kesakitan. Dua kali dikejarkan ke hospital, kerana menghidap apendiks yg teruk.
“Tak sangka, banyak betul dugaan yg datang. Pada hari raya Aidiladha yg lepas, saya diserang apendiks. Kebetulan saya bersendirian di rumah, maka tiada siapa yg membantu.
“Keesokan hari, barulah saya dibawa ke klinik, tetapi keadaan bertambah teruk dan saya terpaksa dibawa ke Hospital Pakar Damansara untuk menjalani pembedahan. Keluarga saya pun turun dari Grik, Perak. Selepas tiga hari saya dibenarkan keluar dari wad. Tetapi perkara ini tak berkesudahan di situ.
“Penyakit itu menyerang kembali bila bekas jahitan pembedahan telah bernanah dan pecah dengan banyaknya. Sekali lagi saya dikejarkan ke Hospital Pakar Damansara. Saya rasa itulah saat yg paling sedih. Yalah, sepatutnya saya perlu berada di kampung kerana kakak kandung melangsungkan perkahwinan, tapi malangnya saya tidak dibenarkan keluar dari wad.
“Kasihan keluarga saya, mereka pasti risau memikirkan hal dua orang anak. Seorang anak perlu melangsungkan perkahwinan dan seorang lagi terlantar sakit di hospital.
“Saya tak dapat lihat kakak saya bersanding, tapi saya nak ucapkan selamat pengantin baru pada kakak saya, Yom Zuraima dan pasangan, Firdaus, semoga kekal hingga ke akhir hayat,” luahnya.

(Petikan daripada majalah HAI 20 Disember 2009)
No comments:
Post a Comment