JOM CHAT


Nama watak dan perwatakan dalam novel-novel yang diletakkan di blog ini adalah rekaan dan imaginasi penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.



Jika terdapat persamaan, itu hanyalah secara kebetulan sahaja.



Harap maklum.



Monday, May 25, 2009

RIZ@SHANGRI LA HOTEL



Photos credit to
RizAngels



RIZ bersama Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Dalam majlis ini, RIZ menyampaikan 4 buah lagu.


Sunday, May 24, 2009

BEST OF WEEK 7



HATI



Lirik:-

Janji hati suara cinta sakti
Cinta agung dari jiwa ternyala
Janji tanah lahir aku cintai
Aku rela sama membela

Pengorbanan jangan diluka
Khianat janji hilang jasa
Ku mencari hati mulia
Aku sanjung pencinta bangsa

Usah rajuk jauh hati rindu
Nafas lain haluan seketika
Aku rayu wira hati sayangku
Ini bukan mainan cinta

Pengorbanan jangan diluka
Khianat janji hilang jasa
Ku mencari hati mulia
Aku sanjung pencinta bangsa
Janji janji cinta

Bila janji terlukis indah
Usah lagi kau buru cinta
Aku serahkan hati asmara ku
Kini bebas hati bersatu
Ooo hati


MEMBURU IMPIAN



Credit to harizmail89


Lirik:-

Ku jejak jalan yang berliku
Membara jiwaku memburu impian

Ku renang lautan gelora
Biarpun tersadai di hujung dunia

Akan ku rempuhi segala rintangan
Biarpun rebah ku bangun sendiri

Akan ku genggam biarpun hitam
Menjadi milikku

Ku mula dengan langkah ini
Menuju sinaran yang abadi


Saturday, May 23, 2009

KEJUTAN AF6

STACY



Credit to dbosv


RIZ



Credit to ajamihashim


Jom kita flashback semasa RIZ~STACY menjadi antara calon pelajar AF6. Inilah kejutan yang diterima oleh mereka. Siapa sangka mereka akhirnya berjaya menjadi Juara dan Naib Juara AF6.


KONSERT SUPERSTAR AF6 '08




Riz ~ Nakal




Credit to sarahallyssa

Stacy~Ku Telah Jatuh Cinta



Credit to nokeeto

Konsert ini diadakan selepas AF6 berakhir pada Mei '08 sebagai penghargaan kepada penyokong-penyokong kuat pelajar AF6 ini. Persembahan bertenaga daripada RIZ dan STACY.

IMBAUAN:RIZ DAN KERETA BMW@URTV 1-15 DISEMBER 2008



Oleh
Nafsiah Jani
Foto Jeffri Iran

Bintang Akademi Fantasia, Riz sudah mampu pakai BMW tau!

Walaupun kereta BMW ini second hand tapi ia tetap membanggakan Riz. Harganya pun bukan sedikit ketika dibeli.


Betul ke dengar cerita you juga pemboros?

Saya ni jenis boros. Kadang-kadang tu, kalau sebelah pagi saya keluarkan duit sebanyak RM1,000. Tiba-tiba petang hari yang sama, dah tinggal RM300 dalam poket! Itu sebabnya saya fikir daripada boros tak tentu hala lebih baik saya habis kerana kereta. Ada juga faedahnya," ujarnya.


Ramai bertanya, betul ke Riz bercinta dengan Nadia?

"Saya dengan Nadia kawan baik. Tak ada feeling pun. Orang yg salah sangka bila kami nampak baik. Dia tu macam adik sendirilah.

Tak nak kahwin sesama artis?

"Bercinta sesama artis ni ada baik dan buruknya. Baiknya sebab kita ada pasangan yg mempunyai minat sama. Buruknya pula kalau isteri itu nanti tak boleh ada banyak masa dengan kita. Dah sama-sama busy.

"Bagi saya, elok kahwin orang biasa. Cukuplah saya seorang yg jadi artis dan isteri saya jaga rumah tangga dan anak-anak. Takut nanti dua-dua sibuk anak-anak dan rumahtangga tak ke mana,"
kata Riz lagi.


Friday, May 22, 2009

BEST OF WEEK 6




RIZ~Seribu Tahun



STACY~Don’t Speak



Credit to harizmail89


BEST OF WEEK 5



RIZ~Time Is Running Out




STACY~Makhluk Tuhan Paling Seksi



Credit to harizmail89



BEST OF WEEK 4




RIZ~Marabahaya





STACY~Cinta Khayalan



Credit to harizmail89


RIZ@HAI 20 MEI 2009





Jangan lupa dapatkan di pasaran!


BEST OF WEEK 3

RIZ~Dari Sinar Mata




STACY~Pelesit Kota



Credit to teaoya




Monday, May 18, 2009

MEMORY @ GOLDCOAST







Credit to Riz Angels

Sesi percutian Riz~Stacy~Nubhan di GoldCoast selama 7 hari tajaan MayFirst. Sepanjang di sana mereka juga menjalani shooting 4 episod program 'Destinasi Fantasia @ GoldCoast'. Untuk menonton program tersebut sila klik pada labels 'Percutian' dan enjoy melihat gelagat mereka di sana!

SHOOTING BOH THE MUZIKAL






Credit to klubbkidd

Inilah aksi JG (Jahat Giler) bersama Miss Tea ketika shooting iklan Boh The Muzikal di Pavillion. Turut bersama menjayakan iklan ini ialah Zahid dan Shawal.

SWEET MEMORIES




Credit to gua.com

Malam bersejarah buat RIZ~STACY apabila diumumkan sebagai Juara dan Naib Juara AF6. Segala kepayahan yang dilalui hanya tinggal sejarah dan mereka kini sedang membina populariti serta berusaha keras untuk menjadi penghibur yang berjaya. Jangan berputus asa mengejar impian! Moga RIZ~STACY akan berjaya!

Sunday, May 17, 2009

BEST OF WEEK 1


Ketulusan Hati




Credit to ajamihashim

Lirik:-

Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa

Cintaku hanya indah
Hanya bahagia untuk selamanya

Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau dengarkan kasihku
Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu
Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Tak ada seribu janji
Hanya bahagia untuk selamanya



No One



Credit to teaoya


Lirik:-

I just want you close
Where you can stay forever
You can be sure
That it will only get better
You and me together
Through the days and nights
I don’t worry cuz
Everything’s going to be alright
People keep talking they can say what they like
But all i know is everything’s going to be alright

No one, no one, no one
Can get in the way of what I’m feeling
No one, no one, no one
Can get in the way of what I feel for you, you, you
Can get in the way of what I feel for you

When the rain is pouring down
And my heart is hurting
You will always be around
This I know for certain
You and me together
Through the days and nights
I don’t worry cuz
Everything’s going to be alright
People keep talking they can say what they like
But all i know is everything’s going to be alright

No one, no one, no one
Can get in the way of what I’m feeling
No one, no one, no one
Can get in the way of what I feel for you, you, you

Can get in the way of what I feel
I know some people search the world
To find something like what we have
I know people will try
Try to divide
Something so real
So til the end of time
I’m telling you
There is no one

No one, no one, no one
Can get in the way of what I’m feeling
No one, no one, no one
Can get in the way of what I feel for you, you, you
Can get in the way of what I feel for you

IMBAUAN : RIZ@HAI 5-18 JULAI 2008



RIZ AKUI ADA PERASAAN PADA NADIA

Oleh Wahida Oyhman
Foto Syefry Moniz


GURAU senda mereka sering jadi perhatian. Pelbagai tafsiran khalayak timbul bagi mencari sejauh mana hubungan mereka.

HAI cuba mendekati Riz bagi merisik kata hatinya tentang Nadia.


"Saya mengaku, semasa menyanyikan lagu Endless Love bersama Nadia dalam konsert mingguan AF6. memang saya ada menyimpan sedikit perasaan pada Nadia.

"Tetapi apabila habis saja menyanyikan lagu tersebut, perasaan itu terus hilang...berlalu pergi macam itu saja,"
jelasnya sambil tergelak besar.



Tidak mahu khalayak berfikir negatif tentang pandangannya itu, Riz menambah, "Saya anggap dia macam adik sajalah. Memang kami selalu bertanya khabar melalui SMS, tapi kami hanya bersembang kosong.

"Nak kata Nadia tidak sesuai dengan saya, tidak juga... Nadia baik, kelakar, peramah, saya pun dah kenal keluarganya. Tapi, apabila saya dah anggap dia macam adik, jadi susahlah nak ubah perasaan itu.

"Ada juga peminat yg beritahu, mereka suka melihat saya dan Nadia bersama. Tapi, saya tidak boleh nak ubah perasaan tersebut hanya kerana permintaan peminat,"
ujarnya.


RIZ@HAI 7 MEI 2009


RIZ PUAS BAWA KELUARGA BERCUTI DI PERTH

Oleh Emma Hassan
Foto Album Riz


SERONOK sungguh mendengar cerita naib juara Akademi Fantasia musim keenam, Riz tentang percutiannya bersama keluarga di Perth, Australia.

Dalam rombongan seramai enam orang itu dari 3 hingga 11 April lalu, Riz membawa ibunya, Som Saat dan bapa, Mohd Zaizizi, seorang kakak, nenek serta pembantu peribadinya, Ejam.

“Ini merupakan percutian kali kedua saya di Perth. Kali ini saya bawa sekali keluarga.

“Percutian ini juga khusus untuk melawat ibu saudara yang sudah 20 tahun menetap di sana setelah berkahwin dengan lelaki tempatan.


“Saya bawa ibu bapa sebab mereka belum pernah ke Perth. Alhamdulillah, ada rezeki lebih dan ada masa lapang, saya laburkan dengan membawa keluarga bercuti.

“Kebetulan pula, bapa saudara saya mengidap penyakit leukemia dan semasa kami ke sana, dia baru selesai menjalani proses kemoterapi,”
cerita Riz atau nama sebenarnya, Mohd Idris Mohd Zaizizi.


Biarpun kali kedua bercuti di Perth, namun Riz tetap teruja melawat tempat-tempat menarik. Dia paling suka berada di kawasan pantai yang diberi nama Hillarys.

“Ia adalah tempat tercantik bagi menyaksikan matahari terbenam. Dalam tempoh tak sampai lima minit, kita boleh lihat ramai orang berlari berduyun-duyun memanjat batu-batu besar bagi tidak melepaskan peluang menyaksikan matahari terbenam.

“Pemandangannya sangat indah. Saya sendiri tidak lepaskan peluang merakamkan gambar.

“Sebenarnya, tidak mudah nak lihat matahari terbenam, sebab ada masanya tidak nampak kerana dilindungi awan tebal.

“Tempat lain yang menarik tentulah ladang anggur yang terletak di kawasan meletak kereta. Di sana, yang menariknya, kita boleh lihat bahagian atas bumbung tempat letak kereta itu dipenuhi anggur yang segar.

“Namun, kesemua anggur itu dilarang petik dan makan, sebab kawasan itu dijaga sebagai daya tarikan pelancong,”
ujar Riz.


Umrah Di Mekah

Riz mengakui gemar melancong kerana mahu melihat tempat dan budaya negara luar.

Pada sambutan tahun baru yang lepas, dia bercuti ke Pulau Kao Samui di Thailand. Kemudian pada Februari lepas, dia menghabiskan percutian di Phuket, Thailand, sementara pada Mac lepas pula dia ke Jakarta dan Bandung.


“Dulukan saya agak kurang berduit. Selepas jadi penyanyi, ada rezeki lebih, saya pergilah bercuti. Negara impian percutian selepas ini pula, Maldives, Buenos Aires, Amsterdam dan Las Vegas.

“Insyaallah, tahun depan, saya merancang untuk mengerjakan umrah di Mekah,”
jelasnya.

Katanya lagi, Perth adalah sebuah bandar yang tenang dan boleh dikatakan banyak orang Malaysia tinggal di sana. Kalau tak kena cara bercuti di sana, memanglah membosankan.

“Yang buat saya puas, sebab dapat membawa keluarga bercuti. Sekurang-kurangnya, saya menggembirakan mereka. Tak banyak cenderahati dibeli.

“Satu beg kecil saja saya beli dengan harga RM257. Lagipun, kalau pergi bercuti, saya lebih banyak beli cenderahati buat keluarga serta kawan-kawan,”
terang Riz.

Monday, May 11, 2009

DUETS

RIZ & Alyah~Ku Pinjam Satu Bintang



Credit to kopisprite

Lagu ini ciptaan Ajai dan lirik oleh Slen. Penggambaran videoklip lagu ini dilakukan di Galeria Andara, Kemang Barat, Jakarta dan diarahkan oleh pengarah terkenal Indonesia Hedy Suryawan. Lagu ini merupakan single duet terbaru dari Riz dan Alyah.


STACY & Nubhan~Indera



Credit to wishingsapphirestar

Lagu ini menjadi lagu tema drama hari raya lakonan Stacy dan Nubhan, 'Ada Cinta Di Hari Raya' pada tahun lepas. Sayangnya, lagu ini tidak dimasukkan ke dalam album 'Aku Stacy'.

Sunday, May 10, 2009

RIZ~STACY@MANGGA APRIL 2009



STACY SUKA FESYEN KOREA

Oleh : Aisamurni Suparman


Sekarang ini nampak Stacy makin pandai berfesyen dan kena dengan imej, usia dan muzik yg Stacy bawa. Ada ke sesiapa yg jadi penasihat kepada imej Stacy dan bagaimana Stacy mengikuti perkembangan fesyen terkini?

STACY: "Sebenarnya tak ada pun sesiapa yg menjadi imej konsultan Stacy. Biasanya apa yg Stacy pakai semuanya idea sendiri. Stacy suka mix and match. Tapi kenalah ikut kesesuaian diri sendiri.

"Kadang-kadang abang Stacy, Chaq yg tolong bagi cadangan sebab dia pandai pilih baju perempuan.

"Kalau peminat suka dengan penampilan Stacy memang Stacy bersyukur sebab bukan mudah untuk orang terima penampilan kita.

"Ikutkan Stacy ni tak suka sangat shopping. Dulu sebelum jadi artis Stacy tak biasa shopping. Tapi bila jadi artis ni kadang kala kita kena keluar shopping sebab kita perlukan pakaian yg sesuai untuk sesi fotografi atau untuk majlis-majlis tertentu.

"Biasanya fesyen dari Korea Stacy suka tengok dan adakalanya tiru la sikit-sikit fesyen dia. Tapi dalam berfesyen ni Stacy suka beli baju dan kasut.

"Dari segi bajet atau brand tu Stacy tak kisah sangat. Ianya perlulah ikut kemampuan. Yang penting kualiti dan berbaloi.

"Biasanya Stacy suka shopping di
Sungai Wang dan Times Square, KL sebab kat situ banyak pilihan.

"Selain tu Stacy ada juga tengok majalah fesyen atau program di TV. Mana yg sesuai tu Stacy ikut.


Demikianlah cerita Stacy yg baru saja melancarkan album sulungnya pada 8 Mac lalu.


JANGAN TERLALU IKUT PERASAAN ~ RIZ

Oleh : Aisamurni Suparman
aisya_cute@yahoo.com

Cerita artis berhutang dengan ah long, ditipu dan ada juga yg dimasukkan ke hospital kerana tekanan perasaan bukan lagi cerita baru ketika ini. Malah kerana tekanan hidup ada artis yg sanggup membunuh diri.

Ikuti komen bintang AF6 iaitu Riz yg bakal muncul dengan album sulung yg akan dipasarkan pada April nanti.

Cerita Riz :
“Apa yg boleh saya katakan ialah benda-benda itu seperti pinjam ah long atau bunuh diri bukanlah jalan penyelesaian yg bijak. Bila ada segelintir artis menghadapi masalah macam tu saya rasa sedih dan kesian dengan mereka. Kita pun tak boleh salahkan mereka sebab kalau kita di tempat mereka pun mungkin kita akan buat benda yg sama.”

“Tapi minta dijauhkanlah dari buat atau terkena benda-benda mac

am tu sebab kita tahu setiap apa yg kita buat tu memang ada risikonya.”

“Tekanan itu memang ada di mana-mana. Cuma kita kena tahu macamana nak ‘handle’ perkara itu. Jangan sampai perasaan kita makan diri kita balik dan jangan terlalu mengikut perasaan.”.

“Sedih laa tengok kawan-kawan artis yg kurang bernasib baik. Tapi apa yg boleh kita buat? Sebab masuk dalam bidang ni kadang kala tengok nasib jugalah. Kalau nasib kita baik alhamdulillah. Tapi kalau sebaliknya kita kenalah lebih berusaha.”

Demikian komen Riz. Peminat Riz jangan lupa dapatkan album orginal Riz yg berjudul Bermula Semula. Banyak lagu best, antaranya Harus Ku Yang Pergi, Bermula Semula, Cinta Ini dan Khilaf.

Wednesday, May 6, 2009

GEMPAK ASTRO 2009


Bagi anda yang tinggal di bandar-bandar utama di sekitar Malaysia, bersiap sedialah kerana Gempak Selebriti Astro (GSA) akan datang menemui anda! Kunjungilah ke GSA beramai-ramai kerana macam-macam ada! Tahun ini, GSA akan menemui peminat di Pulau Pinang, Kedah, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak dan Selangor dari 21 Mac 2009 hingga 15 November 2009, 10 pagi hingga 10 malam.

JADUAL GSA

21-22 March @ Queensbay Mall, Penang
4-5 April @ Central Square, Sg Petani, Kedah
2-3 May @ Plaza Angsana, JB
13-14 June @ TBA
11 July @ Dataran Kluang – Gempak Astro
3 Oct @ Dataran Raub – Gempak Astro
17-18 Oct @ Jaya Jusco, Seremban 2
31 Oct-1 Nov @ Kuantan Parade
14-15 Nov @ Jaya Jusco Kinta City, Ipoh
28 Nov @ Stadium Kuala Selangor – Gempak Astro

Aktiviti sepanjang GSA:
•Konsert mini bertema
•Penjualan dan promosi istimewa Astro
•Pusat perkhidmatan pelanggan
•Sesi memanjakan diri (pampering)
•Permainan interaktif
•Sesi ramah mesra bersama asrtis-artis Astro

Senarai Artis GSA:
Dayang Nurfaizah
RIZ
Farhan
Marsha
Mila
STACY
Mawi
Farish
Alam
Reza
Edlin
Akma
Idayu
Hazama
Farah

Gempak Desa Astro (GDA) pula mengajak anda yang menetap di kawasan-kawasan luar bandar untuk datang beramai-ramai memeriahkan lagi GDA yang berlangsung di desa anda pada setiap Sabtu mulai 21 Februari 2009 hingga 8 Ogos 2009. Yang menariknya tentang GDA ialah ia bergerak ke 2 lokasi serentak pada setiap minggu dari 9.30 pagi hingga 10.30 malam!

Aktiviti sepanjang GDA:
• Penjualan dan promosi istimewa Astro
• Pertanyaan dan aduan
• Hiburan dan pembelajaran
- Permainan tradisional & rakyat
- Sukaneka
- Peraduan mewarna
- Pertandingan karaoke
- Pertandingan gubahan bunga/tuala/kain
- Sesi kaligrafi bersama ikon Astro Oasis
- Sesi ceramah motivasi bersama ikon Astro Oasis
- Tazkirah bersama ikon Astro Oasis
- Klinik IT
- Persembahan artis-artis Astro
- Sesi ramah mesra bersama asrtis-artis Astro

Senarai artis GDA:
Zahid
Mila
STACY
RIZ
Alam
Nubhan
Nadia
Farish
Aizat
Johan
Zizan

TOP 5 ABPBH 2008

Credit to gua.com

RIZ~STACY menjadi antara Top 5 bagi kategori Artis Baru Lelaki dan Artis Baru Wanita Popular ABPBH 2008. Stacy juga tercalon dalam kategori Artis Wanita Popular. Tahniah buat Stacy yang telah memenangi 'Artis Baru Wanita Popular ABPBH 2008'! Buat Riz pulak tak ada rezeki lagi tapi peluang masih terbentang untuk tahun-tahun akan datang. Dapat tercalon dalam Top 5 adalah satu pencapaian yang baik bagi pendatang baru. Selamat Maju Jaya untuk anda!

SENTAP_Tolong Kami




RIZ~STACY
berbakat besar dalam bidang lakonan. Jom lihat percubaan pertama mereka dalam adegan 'Sentap'.



Credit to nokeeto

Tuesday, May 5, 2009

1st SINGLE VC

RIZ~Hanya Sandiwara



Credit to sarahallyssa


STACY~Aku Stacy



Credit to otai901

RIZ BERCUTI DENGAN SIAPA DI THAILAND?@ MH 7-13 MAC 2009


Oleh Norhayati Suboh


Naib Juara Akademi Fantasia 6 (AF6), Mohammed Idris Mohd Zaizizi atau lebih dikenali sebagai Riz, 23, kesal apabila dikaitkan dengan gosip kononnya menjalinkan hubungan cinta terlarang dengan kaum sejenis.

Gosip itu semakin hangat diperkatakan apabila penyanyi yg bakal tampil dengan album sulung tidak lama lagi ini ditemui sedang bercuti bersama ‘pasangannya’ di sebuah pulau percutian terkemuka di Thailand baru-baru ini.

“Memang saya ada pergi bercuti di tempat yg dimaksudkan itu. Tetapi saya ke sana dengan teman serumah saya. Sepatutnya kami ke sana berenam, tetapi empat lagi rakan yg lain membatalkan pada saat-saat akhir kerana mereka ada urusan lain. Saya agak terkejut apabila percutian saya itu dijadikan isu oleh sesetengah pihak. Lebih mengejutkan apabila saya dikatakan melakukan perkara yg tidak baik ketika berada di sana. Itu tidak benar sama sekali,” ujarnya tenang.

Bagaimanapun, penyanyi yg tercalon untuk kategori Artis Baru Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular 2008 ini tidak menafikan kemesraannya dengan teman serumahnya itu mungkin telah disalah ertikan oleh sesetengah pihak. Apatah lagi ketika ditemui oleh sekumpulan rakyat Malaysia yg turut bercuti di sana, Riz membelikan bunga untuk temannya itu.

“Ketika itu ada seorang makcik yg menjual bunga kepada kami. Pada mulanya, saya tidak bercadang untuk membelinya tetapi apabila melihat keadaan makcik itu, saya merasa amat kasihan. Atas niat ingin menolong, saya terus membeli bunga yg dijualnya. Tak sangka pula bila orang tengok, lain pula cerita yg jadi. Apapun, saya tidak kisah apa orang hendak cakap. Apa yg penting saya bukanlah seperti yg mereka fikirkan,” tegasnya lagi.

Ditanya apakah gossip ini telah mencalarkan imejnya sekaligus menggugat perjalanan kerjaya seninya yg baru hendak bermula ini, Riz menolak kemungkinan itu. Katanya sebelum bergelar artis lagi, dia sudah bersedia untuk berdepan apa sahaja dugaan yg melanda.

“Saya tidak perlu merasa takut kerana saya tahu tidak melakukan apa-apa kesalahan. Prinsip saya hanya satu, berani kerana benar,” katanya lagi.

Credit to Media Hiburan


RIZ~STACY TIDAK PATAH SEMANGAT


Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED
metra.mohamed@utusan.com.my


RIZ~STACY di Bengkel Motivasi khusus untuk bintang AF6 di Celebrity Fitness, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor.


DIKRITIK hebat gara-gara kesilapan ketika melakukan persembahan di malam FFM21, Riz dan Stacy tidak patah semangat.

KEGAGALAN juara serta naib juara Akademi Fantasia musim keenam (AF6) iaitu Stacy dan Riz memberikan persembahan terbaik sempena Festival Filem Malaysia ke-21 (FFM21) baru-baru ini masih menjadi bualan ramai.

Menerima kritikan demi kritikan, kesilapan yang dilakukan mereka berdua seolah-olah sukar untuk dimaafkan memandangkan Stacy dan Riz pernah mendapat tunjuk ajar daripada tenaga pengajar berpengalaman sepanjang di AF.

Mana perginya segala ilmu yang diperoleh selama berminggu-minggu di akademi tersebut?
Kesilapan yang dilakukan sedikit sebanyak menimbulkan persoalan atau cakap-cakap mengenai tahap keseriusan mereka dalam dunia hiburan.

Stacy umpamanya, telah bergelar juara dan dilihat hebat ketika minggu-minggu konsert AF6 berlangsung namun gagal memanfaatkan segala ilmu yang ada untuk menyanyikan lagu Wajah Rahsia Hati.

Begitu juga dengan Riz, meski melakukan satu kesilapan tetapi ia sedikit sebanyak mampu mencalar imejnya. Di manakah silapnya dan apakah yang sebenarnya berlaku kepada mereka berdua?

******************************************

“Sesi latihan sehari sahaja. Kami cuma tidak pergi ke sesi sound check kerana terlibat dengan rakaman program raya di Pulau Pangkor. Kami akui kesilapan dan maaf atas kesilapan tersebut," kata mereka.

FESTIVAL FILEM MALAYSIA KE 21

Credit to jomstar

Credit to gua.com

Credit to mr manager

Credit to klubbkidd



Gaya
RIZ~STACY di malam Festival Filem Malaysia ke 21 (FFM21) pada 9 Ogos 2008. Pada malam tersebut Riz dan Stacy masing-masing menyampaikan lagu Azura dan
Wajah Rahsia Hati.

Related Posts with Thumbnails