JOM CHAT


Nama watak dan perwatakan dalam novel-novel yang diletakkan di blog ini adalah rekaan dan imaginasi penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.



Jika terdapat persamaan, itu hanyalah secara kebetulan sahaja.



Harap maklum.



Sunday, May 17, 2009

RIZ@HAI 7 MEI 2009


RIZ PUAS BAWA KELUARGA BERCUTI DI PERTH

Oleh Emma Hassan
Foto Album Riz


SERONOK sungguh mendengar cerita naib juara Akademi Fantasia musim keenam, Riz tentang percutiannya bersama keluarga di Perth, Australia.

Dalam rombongan seramai enam orang itu dari 3 hingga 11 April lalu, Riz membawa ibunya, Som Saat dan bapa, Mohd Zaizizi, seorang kakak, nenek serta pembantu peribadinya, Ejam.

“Ini merupakan percutian kali kedua saya di Perth. Kali ini saya bawa sekali keluarga.

“Percutian ini juga khusus untuk melawat ibu saudara yang sudah 20 tahun menetap di sana setelah berkahwin dengan lelaki tempatan.


“Saya bawa ibu bapa sebab mereka belum pernah ke Perth. Alhamdulillah, ada rezeki lebih dan ada masa lapang, saya laburkan dengan membawa keluarga bercuti.

“Kebetulan pula, bapa saudara saya mengidap penyakit leukemia dan semasa kami ke sana, dia baru selesai menjalani proses kemoterapi,”
cerita Riz atau nama sebenarnya, Mohd Idris Mohd Zaizizi.


Biarpun kali kedua bercuti di Perth, namun Riz tetap teruja melawat tempat-tempat menarik. Dia paling suka berada di kawasan pantai yang diberi nama Hillarys.

“Ia adalah tempat tercantik bagi menyaksikan matahari terbenam. Dalam tempoh tak sampai lima minit, kita boleh lihat ramai orang berlari berduyun-duyun memanjat batu-batu besar bagi tidak melepaskan peluang menyaksikan matahari terbenam.

“Pemandangannya sangat indah. Saya sendiri tidak lepaskan peluang merakamkan gambar.

“Sebenarnya, tidak mudah nak lihat matahari terbenam, sebab ada masanya tidak nampak kerana dilindungi awan tebal.

“Tempat lain yang menarik tentulah ladang anggur yang terletak di kawasan meletak kereta. Di sana, yang menariknya, kita boleh lihat bahagian atas bumbung tempat letak kereta itu dipenuhi anggur yang segar.

“Namun, kesemua anggur itu dilarang petik dan makan, sebab kawasan itu dijaga sebagai daya tarikan pelancong,”
ujar Riz.


Umrah Di Mekah

Riz mengakui gemar melancong kerana mahu melihat tempat dan budaya negara luar.

Pada sambutan tahun baru yang lepas, dia bercuti ke Pulau Kao Samui di Thailand. Kemudian pada Februari lepas, dia menghabiskan percutian di Phuket, Thailand, sementara pada Mac lepas pula dia ke Jakarta dan Bandung.


“Dulukan saya agak kurang berduit. Selepas jadi penyanyi, ada rezeki lebih, saya pergilah bercuti. Negara impian percutian selepas ini pula, Maldives, Buenos Aires, Amsterdam dan Las Vegas.

“Insyaallah, tahun depan, saya merancang untuk mengerjakan umrah di Mekah,”
jelasnya.

Katanya lagi, Perth adalah sebuah bandar yang tenang dan boleh dikatakan banyak orang Malaysia tinggal di sana. Kalau tak kena cara bercuti di sana, memanglah membosankan.

“Yang buat saya puas, sebab dapat membawa keluarga bercuti. Sekurang-kurangnya, saya menggembirakan mereka. Tak banyak cenderahati dibeli.

“Satu beg kecil saja saya beli dengan harga RM257. Lagipun, kalau pergi bercuti, saya lebih banyak beli cenderahati buat keluarga serta kawan-kawan,”
terang Riz.

No comments:

Related Posts with Thumbnails