JOM CHAT


Nama watak dan perwatakan dalam novel-novel yang diletakkan di blog ini adalah rekaan dan imaginasi penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.



Jika terdapat persamaan, itu hanyalah secara kebetulan sahaja.



Harap maklum.



Saturday, May 23, 2009

IMBAUAN:RIZ DAN KERETA BMW@URTV 1-15 DISEMBER 2008



Oleh
Nafsiah Jani
Foto Jeffri Iran

Bintang Akademi Fantasia, Riz sudah mampu pakai BMW tau!

Walaupun kereta BMW ini second hand tapi ia tetap membanggakan Riz. Harganya pun bukan sedikit ketika dibeli.


Betul ke dengar cerita you juga pemboros?

Saya ni jenis boros. Kadang-kadang tu, kalau sebelah pagi saya keluarkan duit sebanyak RM1,000. Tiba-tiba petang hari yang sama, dah tinggal RM300 dalam poket! Itu sebabnya saya fikir daripada boros tak tentu hala lebih baik saya habis kerana kereta. Ada juga faedahnya," ujarnya.


Ramai bertanya, betul ke Riz bercinta dengan Nadia?

"Saya dengan Nadia kawan baik. Tak ada feeling pun. Orang yg salah sangka bila kami nampak baik. Dia tu macam adik sendirilah.

Tak nak kahwin sesama artis?

"Bercinta sesama artis ni ada baik dan buruknya. Baiknya sebab kita ada pasangan yg mempunyai minat sama. Buruknya pula kalau isteri itu nanti tak boleh ada banyak masa dengan kita. Dah sama-sama busy.

"Bagi saya, elok kahwin orang biasa. Cukuplah saya seorang yg jadi artis dan isteri saya jaga rumah tangga dan anak-anak. Takut nanti dua-dua sibuk anak-anak dan rumahtangga tak ke mana,"
kata Riz lagi.


No comments:

Related Posts with Thumbnails