JOM CHAT


Nama watak dan perwatakan dalam novel-novel yang diletakkan di blog ini adalah rekaan dan imaginasi penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.



Jika terdapat persamaan, itu hanyalah secara kebetulan sahaja.



Harap maklum.



Sunday, May 3, 2009

STARS IN THE MAKING!



Kedua-duanya memang berbakat besar dan mempunyai kelebihan masing-masing. Riz, jejaka kacak yg mempunyai renungan mata seksi serta suara yg begitu lunak dan Stacy pula, si gadis manis yg sangat lincah di pentas, selain mempunyai suara yg bagus. Apa lagi yg boleh dikatakan tentang mereka, selain sinar dan karisma sebagai bintang baru yg berbakat besar di arena seni suara. Selamat datang ke persada seni tanahair!

Mereka pernah sama-sama dapat menempatkan diri bersama kumpulan masing-masing dalam program realiti anjuran TV3, Gangstarz. Namun kecundang di minggu-minggu awal program tersebut.

Dengan tidak mengenal erti putus asa, mereka mencuba nasib secara solo dan akhirnya menjadi antara 14 pelajar AF6, seterusnya mencapai kejayaan pada malam konsert kemuncak AF6 itu. 24 Mei 2008 menjadi tarikh keramat bagi mereka. Tahniah!

Biodata Riz

Nama Penuh : Mohammed Idris bin Mohd Zaizizi

DOB : 19 Disember 1986

Tinggi : 177 cm

Asal : Gerik, Perak

Hobi : Karaoke, Bowling, Main video game


Biodata Stacy

Nama Penuh : Stracie Angie Anam

DOB : 18 Ogos 1990

Tinggi : 155 cm

Asal : Kota Kinabalu, Sabah

Hobi : Menyanyi, menari

Ceritakan pengalaman kali pertama anda menyanyi?

R : Sewaktu berumur 11 tahun.

S : Di Kota Kinabalu, ketika berumur 10tahun.

Apakah bakat lain yg anda miliki?

R : Berlakon

S : Menari

Apakah matlamat hidup anda?
R:
Ingin menjadi penyanyi yg berjaya dan disegani.

S : Berjaya dalam setiap bidang yg diceburi.

Siapakah artis yg anda minati?

R : Anuar Zain, Datuk Siti Nurhaliza dan Jaclyn
Victor.

S : Christina Aguilera

Sebutkan 3 keunikan yg ada pada anda.

R : Rupa, suara dan perangai.

S : Berfikiran terbuka, senang berkawan dan pendengar yg baik.

Perkara paling memalukan pernah kamu alami dalam hidup kamu?

R : Bercakap dengan orang sebelah yg disangka kawan tetapi rupa-rupanya orang lain.

S : Berpindah meja makan kerana restoran itu ada kucing.

Sepanjang hidup kamu, apakah halangan paling besar yg pernah kamu alami dalam hidup?

R : Berhenti kerja dan meneruskan hidup sebagai penyanyi sambilan. Kerana kalau show kurang, duit pun kurang.

S : Tidak dapat menduduki peperiksaan SPM kerana terpaksa bekerja membantu keluarga.

Jika kamu boleh membuat perubahan kepada dunia, apakah perubahan yg akan kamu lakukan?

R :Berhentikan peperangan.

S : Membawa kemajuan Malaysia ke taraf paling tinggi di dunia dan digeruni oleh semua negara.


Sumber : Laman web AF6

No comments:

Related Posts with Thumbnails