JOM CHAT


Nama watak dan perwatakan dalam novel-novel yang diletakkan di blog ini adalah rekaan dan imaginasi penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.



Jika terdapat persamaan, itu hanyalah secara kebetulan sahaja.



Harap maklum.



Sunday, May 17, 2009

IMBAUAN : RIZ@HAI 5-18 JULAI 2008



RIZ AKUI ADA PERASAAN PADA NADIA

Oleh Wahida Oyhman
Foto Syefry Moniz


GURAU senda mereka sering jadi perhatian. Pelbagai tafsiran khalayak timbul bagi mencari sejauh mana hubungan mereka.

HAI cuba mendekati Riz bagi merisik kata hatinya tentang Nadia.


"Saya mengaku, semasa menyanyikan lagu Endless Love bersama Nadia dalam konsert mingguan AF6. memang saya ada menyimpan sedikit perasaan pada Nadia.

"Tetapi apabila habis saja menyanyikan lagu tersebut, perasaan itu terus hilang...berlalu pergi macam itu saja,"
jelasnya sambil tergelak besar.



Tidak mahu khalayak berfikir negatif tentang pandangannya itu, Riz menambah, "Saya anggap dia macam adik sajalah. Memang kami selalu bertanya khabar melalui SMS, tapi kami hanya bersembang kosong.

"Nak kata Nadia tidak sesuai dengan saya, tidak juga... Nadia baik, kelakar, peramah, saya pun dah kenal keluarganya. Tapi, apabila saya dah anggap dia macam adik, jadi susahlah nak ubah perasaan itu.

"Ada juga peminat yg beritahu, mereka suka melihat saya dan Nadia bersama. Tapi, saya tidak boleh nak ubah perasaan tersebut hanya kerana permintaan peminat,"
ujarnya.


No comments:

Related Posts with Thumbnails