JOM CHAT


Nama watak dan perwatakan dalam novel-novel yang diletakkan di blog ini adalah rekaan dan imaginasi penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.



Jika terdapat persamaan, itu hanyalah secara kebetulan sahaja.



Harap maklum.



Tuesday, May 5, 2009

RIZ BERCUTI DENGAN SIAPA DI THAILAND?@ MH 7-13 MAC 2009


Oleh Norhayati Suboh


Naib Juara Akademi Fantasia 6 (AF6), Mohammed Idris Mohd Zaizizi atau lebih dikenali sebagai Riz, 23, kesal apabila dikaitkan dengan gosip kononnya menjalinkan hubungan cinta terlarang dengan kaum sejenis.

Gosip itu semakin hangat diperkatakan apabila penyanyi yg bakal tampil dengan album sulung tidak lama lagi ini ditemui sedang bercuti bersama ‘pasangannya’ di sebuah pulau percutian terkemuka di Thailand baru-baru ini.

“Memang saya ada pergi bercuti di tempat yg dimaksudkan itu. Tetapi saya ke sana dengan teman serumah saya. Sepatutnya kami ke sana berenam, tetapi empat lagi rakan yg lain membatalkan pada saat-saat akhir kerana mereka ada urusan lain. Saya agak terkejut apabila percutian saya itu dijadikan isu oleh sesetengah pihak. Lebih mengejutkan apabila saya dikatakan melakukan perkara yg tidak baik ketika berada di sana. Itu tidak benar sama sekali,” ujarnya tenang.

Bagaimanapun, penyanyi yg tercalon untuk kategori Artis Baru Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular 2008 ini tidak menafikan kemesraannya dengan teman serumahnya itu mungkin telah disalah ertikan oleh sesetengah pihak. Apatah lagi ketika ditemui oleh sekumpulan rakyat Malaysia yg turut bercuti di sana, Riz membelikan bunga untuk temannya itu.

“Ketika itu ada seorang makcik yg menjual bunga kepada kami. Pada mulanya, saya tidak bercadang untuk membelinya tetapi apabila melihat keadaan makcik itu, saya merasa amat kasihan. Atas niat ingin menolong, saya terus membeli bunga yg dijualnya. Tak sangka pula bila orang tengok, lain pula cerita yg jadi. Apapun, saya tidak kisah apa orang hendak cakap. Apa yg penting saya bukanlah seperti yg mereka fikirkan,” tegasnya lagi.

Ditanya apakah gossip ini telah mencalarkan imejnya sekaligus menggugat perjalanan kerjaya seninya yg baru hendak bermula ini, Riz menolak kemungkinan itu. Katanya sebelum bergelar artis lagi, dia sudah bersedia untuk berdepan apa sahaja dugaan yg melanda.

“Saya tidak perlu merasa takut kerana saya tahu tidak melakukan apa-apa kesalahan. Prinsip saya hanya satu, berani kerana benar,” katanya lagi.

Credit to Media Hiburan


No comments:

Related Posts with Thumbnails