JOM CHAT


Nama watak dan perwatakan dalam novel-novel yang diletakkan di blog ini adalah rekaan dan imaginasi penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.



Jika terdapat persamaan, itu hanyalah secara kebetulan sahaja.



Harap maklum.



Thursday, July 30, 2009

COMMENT~MUSIC OF THE NIGHT (Phantom Of The Opera)






Credit to harizmail89

Baca komen Mr Manager tentang persembahan ini .....

"Thank god for Riz and Stacy who just about saved the song, and to a certain extent, Stanly. Yang lain bawak semak je. (The orchestra was really out of tune by now - lari dan pecut!!!) It was a bad performance, and I was making bunuh diri slitting my wrists signs to Sarimah who was sitting a few seats to my right, and she in turn was gaping with her mouth wide open in shock. The kids should have been given this song at least two weeks in advance to truly digest the incredibly difficult musicianship of this masterpiece."

**Mr Manager@Vernon Kedit-Jolly is an executive producer and an artiste manager. Beliau adalah bekas pengurus Ning Baizura dan Nubhan AF6.

Apa kata anda pula ... adakah anda bersetuju dengan komen Mr Vern? Pendapat masing-masinglah kan... tapi personally i agree with "Riz and Stacy who just about saved the song..." , memang gandingan suara Riz dan Stacy sesuai sangat ... dengan kata lain ... ada chemistry ... kita boleh dengar lantunan suara mereka yg sangat harmoni ...


Melalui lagu inilah dapat dengar sedikit paduan suara mereka... katanya ...... walaupun.....

Wednesday, July 29, 2009

RIZ~STACY@PROMO RAYA '08




Credit to azlan daniel


For more pictures, klik the link below:

RIZ~STACY@URS BIL. 3 2008



Foto
Hanna

SEMBANG SANTAI

Apa kata juri remaja dari URs tentang Bintang AF6: Siapa Lebih Meletup?

STACY:
Mampu pergi jauh untuk bergelar penghibur sebenar. Persembahan yg sentiasa menghiburkan.

RIZ:
Suaranya best dan sesuai untuk menambah koleksi vokal terbaik penyanyi lelaki di Malaysia.


RIZ ADA PAKEJ

Dia ada pakej sebagai artis. Tetapi Riz harus belajar menjadi seorang yg lebih merendah diri dan wajar menjaga penampilan. Sayang kalau pakej menarik tidak dilengkapkan dengan personaliti menarik. Riz perlu berubah untuk perjalanan panjang kerjaya seninya. Semoga selepas ini Riz akan lebih berjaya dan mantap dalam apa jua yg dilakukan.



STACY PERMATA DARI SABAH

Kemenangan yg tak perlu dipertikaikan. Stacy sememangnya layak bergelar juara mengenepikan empat pesaingnya. Nyatanya kesungguhan dan kejujuran yg sentiasa diberikan dalam setiap persembahannya menjadikan dia bertakhta di hati para pengundi dan peminat setia AF.

Buat Stacy, teruslah memberikan persembahan yg jujur , kamu akan terus dihargai dan dikagumi. Selamat melangkah ke dunia penghibur sejati.


Carta Sensasi URS AF6 2008

Persembahan Paling Best: STACY

Bintang AF6 Paling Stylo: RIZ

Bintang AF6 Paling Kacak: RIZ

Bintang AF6 Vokal Paling Best: STACY

Credit to URS (Untuk Remaja Sahaja)


Monday, July 27, 2009

EMM....RIZ~STACY SWEETNYA!




Pose ketika shooting iklan Boh The Muzikal di Pavillion pada 17/7/08. Suka sangat tengok kemesraan dua rakan baik ini ... gila gila ... suka sangat bergurau. Comel sungguh diorang ni!


Pictures credit to klubbkidd and lovesista


RIZ WITH FANS@MUZIK MUZIK TV3





Credit to riachannel



Riz dikerumuni peminat ketika menjalani rakaman Muzik Muzik di TV3. Pandai Riz melayan peminat ... dari kanak-kanak, remaja hingga dewasa .. semua dilayan serupa. Teruskan sikap anda ini Riz dan sentiasalah hargai peminat-peminat anda. Tanpa peminat siapalah Riz!


Teruskan vote lagu Ku Pinjam Satu Bintang di radio @ Muzik Muzik.


Jangan lupa juga undi lagu Pakai Buang@ MuzikMuzik.

Sunday, July 26, 2009

STACY NAFI PERNAH DIBUANG SEKOLAH!


Oleh Zubir Mohd Yunus
zubir@bharian.com.my


Di sebalik kisah kerjaya Stacy, baru-baru ini, Zubir menerima kiriman e-mel daripada seseorang nun jauh di selatan tanah air, mendakwa kenyataan Stacy sebelum ini yang memberitahu pihak media massa, dia terpaksa berhenti sekolah ketika di Tingkatan 5 kerana faktor kemiskinan adalah cerita rekaannya semata-mata, sebaliknya Stacy dilaporkan dibuang dari sekolahnya pada Februari 2007 kerana berdepan masalah disiplin! Alamak, terlebih sudah!

“Sebelum berhenti sekolah lagi, saya sudah menyanyi separuh masa di kelab malam untuk menambah pendapatan keluarga. Saya nekad berhenti sekolah untuk melihat adik-adik meneruskan persekolahan mereka. Adik beradik yang lain tidak bekerja, jadi saya harus berkorban kerana dengan menyanyi saja, boleh mendatangkan pendapatan agak lumayan.

“Saya mahu mengubah nasib keluarga, jadi sekalipun dalam keadaan terpaksa, saya akur untuk berhenti sekolah. Namun, saya sempat berjanji dengan ayah dan ibu, suatu hari apabila nasib keluarga kita sudah berubah, saya pasti menyambung persekolahan,”
kata Stacy kepada B*Pop terbitan 15 Jun 2008.

Tidak berpuas hati dengan kenyataan Stacy yang didakwa pengirim e-mel sebagai rekaan semata-mata, Zubir terus menghubungi bekas pelajar Sekolah Menengah St. Michael, Penampang, Kota Kinabalu, Sabah itu untuk mendapatkan kesahihannya.

Stacy mengaku, ketika masih berada di Tingkatan 3, dia nakal kerana sering ponteng sekolah dan selalu ‘terbabas tidur’ gara-gara bekerja separuh masa di kelab malam selepas waktu persekolahan.

“Memang saya selalu ponteng sekolah sehingga beberapa kali diberi surat amaran oleh pihak sekolah. Saya juga pernah dipanggil Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, gara-gara masalah yang saya timbulkan. Tapi, apabila saya masuk Tingkatan 4, saya dah kurang ponteng sebab takut dimarahi pihak sekolah. Akhirnya, apabila di Tingkatan 5, saya ambil keputusan berhenti sekolah kerana faktor kewangan yang menimba keluarga.

“Jadi, cerita yang mendakwa saya sebenarnya dibuang persekolahan kerana berdepan masalah disiplin adalah tidak benar! Sekiranya masih ada pihak yang terus mempertikaikan penjelasan ini, mereka boleh semak rekod persekolahan saya di Jabatan Pendidikan Negeri, dari situ mereka boleh tahu, saya dibuang sekolah atau berhenti,”
jelas Stacy yang terkejut dan kecewa dengan dakwaan berkenaan seolah-olah mahu menjatuhkan namanya.

Zubir difahamkan sebelum ini Stacy pernah mendapat tawaran biasiswa untuk melanjutkan pelajarannya di Universiti Limkokwing dalam bidang muzik. Apa perkembangan terbaru mengenainya?

“Buat masa ini, saya masih belum berkesempatan untuk melanjutkan pelajaran di sana (Universiti Limkokwing), boleh dikatakan hampir setiap hari saya sibuk bekerja. Bagaimanapun, saya harus mencuri ruang untuk pelajaran. Saya berharap, tahun depan saya boleh sambung belajar,” kata Stacy bersungguh-sungguh.

Cayalah Stacy, pedulikan cakap-cakap orang yang dengki dengan Stacy tu, mudah-mudahan suatu hari nanti Stacy bakal bergelar pelajar kolej!

IMBAUAN : RIZ~STACY@MANGGA JULAI 2008



Oleh
Aisamurni Suparman
E-mel : aisya_cute@yahoo.com



STACY KERJA KUAT UNTUK SARA FAMILI


Juara AF6 iaitu Stracie Angie Anam atau Stacy sudah menyanyi sejak berusia lapan tahun. Pengalaman menyanyi di pusat hiburan dan lounge sebelum ini tidak disia-siakan Stacy hingga berjaya bergelar juara AF6.

Cerita Stacy:

“Saya terkejut, happy dan bersyukur sangat sebab ada ramai yg menyokong saya.

“Sebelum masuk AF6 saya banyak menyanyi di restoran atau pusat-pusat hiburan sejak berumur 15 tahun lagi.

“Walaupun saya bukan anak sulung tapi saya rasa bertanggungjawab untuk membantu keluarga. Jadi saya terpaksa berhenti sekolah.

“Kalau bercinta saya suka cari lelaki yg matang, kelakar, suka bergurau, memahami, pandai memujuk dan romantik….”


BEKAS AWEK RIZ GEBU!


Jejaka idaman ramai Naib Juara AF6, Riz pernah putus cinta dengan kekasih pertamanya sewaktu di bangku sekolah. Yang pastinya sekarang ini Riz solo.

Cerita Riz:
“Buat masa sekarang saya masih solo dan tidak dinafikan saya pernah mempunyai pengalaman cinta semasa zaman sekolah dulu.

“Masa tu saya form 3, saya mula berkenalan dengan si dia apabila bertemu dalam satu pertandingan memanah dan dia memang seorang yg baik hati, cantik, putih dan gebu.

“Setelah setahun berkawan, kami putus cinta kerana masing-masing tidak matured dan belajar di sekolah yg berlainan. Tambahan pula kami terpaksa menumpukan perhatian kepada pelajaran terlebih dahulu.


Apakah harapan Riz setelah mencapai cita-cita untuk menjadi artis?

“Saya merasakan ini merupakan tanggungjawab besar apabila peminat menaruh kepercayaan terhadap bakat saya. Dalam masa yg sama saya ingin baiki segala kelemahan dan mempraktikkan segala ilmu berharga yg dipelajari semasa di AF dulu.”


RIZ@MEDIA HIBURAN 25-31 JULAI '09




JANGAN LUPA DAPATKAN MEDIA HIBURAN TERBARU DI PASARAN!

COVER ERRA, NASHA AZIZ & AARON...


Credit to rizangels

Wednesday, July 22, 2009

RIZ@HOTFM 30












Credit to riachannel



Thanks to Azwien@Rizangels for sharing the moments with us. Enjoy listening!

STACY@APM 2009





Credit to izah1237



Persembahan bertenaga Stacy di malam Anugerah Planet Muzik 2009 menyampaikan lagu Gagap walaupun tanpa penari-penarinya. Jika diperhatikan pergerakan tarian penari-penari Indonesia ini tidak selincah rakan-rakan penari yang sering mengiringi persembahan Stacy di Malaysia.

Secara keseluruhannya, Stacy memberikan persembahan mantap … tapi jika bersama penari-penarinya sendiri pasti lebih meletup pentas APM di Jakarta tu!


Tuesday, July 21, 2009

CONGRATS STACY@SHOUT AWARDS 2008

SHOUT AWARDS 2008 : CATEGORY MUSIC

POPSTAR AWARD ~ STACY


Nominees:


Aizat
Couple
Datuk Siti Nurhaliza
Jaclyn Victor
Nikki
WINNER : Stacy



Credit to www.gua.com.my

IMBAUAN : RIZ@HAI 20 DISEMBER 2008



Foto
Zakaria Idris

Riz antara artis remaja popular yg menjayakan parti roadshow HAI-HOT FM@The Summit USJ, Subang pada 21 Disember 2008.


Monday, July 20, 2009

RIZ~STACY@MANGGA OGOS ‘09



Oleh : Aisamurni Suparman
aisya_cute@yahoo.com

Riz dan Anith OIAM


ANTARA RIZ, NADIA DAN ALYAH TAK ADA HUBUNGAN ISTIMEWA PUN!


Nampaknya lagu duet Riz dan Alyah berjudul Ku Pinjam Satu Bintang semakin meletup di corong-corong radio. Malah kerana lagu itu juga Riz digosipkan punya hubungan istimewa dengan Alyah.

Betul ke gosip itu atau Riz masih ada hubungan istimewa dengan Nadia seperti yang digosipkan sebelum ini?

Cerita Riz :

“Haha..cerita saya pegang-pegang tangan dengan Nadia tu memang tak betul. Mungkin peminat tu salah tengok. Ikutkan dah lama juga saya tak jumpa Nadia. Lagipun macam saya cakap dulu yang Nadia tu macam adik saya je….

“Dengan Alyah pun macam tu juga. Orang mula gosipkan saya dengan dia sebab sejak single kami keluar di radio orang ingat kami ni bercinta.

“Tapi hakikatnya saya anggap dia hanya sebagai rakan seduet je….Tak lebih dari itu. Tak ada pun perasaan special padanya. Lagipun saya tak percaya sangat laa pada cinta studio ni….hehehe…

“Saya mula kenal Alyah masa shooting klipvideo lagu duet kami di Jakarta, Indonesia. Mula-mula jumpa tu dia tak ada laa peramah sangat. Tapi bila dah lama-lama kenal rupanya Alyah ni kelakar orangnya dan dia pun baik.

“Kalau ada peminat yang suka tengok kami bersama bagi saya itu pendapat masing-masing. Pendek kata baik dengan Nadia ataupun Alyah memang saya tak ada apa-apa perasaan pun. Belum terfikir lagi.”


TAK ADA MAKNANYA SAYA JEALOUS! - STACY

Stacy dan Nubhan


Apa komen Stacy bila tengok Nubhan bergambar dengan Anith? Ada tak perasaan cemburu sebab ada juga peminat yang suka tengok Nubhan dengan Anith bersama?

“Hahaha…tak ada maknanya! Stacy tak kisah dengan siapa pun Nubhan nak ambil gambar. Lagipun antara Stacy dengan Nubhan memang tak ada apa-apa. Kalau peminat suka tengok dia dengan Anith, Stacy tak ada masalah pun.”



Jangan lupa dapatkan Mangga Ogos '09!

Friday, July 17, 2009

MORE PICS@GOLDCOAST








Credit to
rizangels



MEDIA'S PARTY AF6 (6/6/2008)




Photos credit to Klubbkidd

Thursday, July 16, 2009

POSE STACY WITH....

Nikki, Ayu & Stacy Dicalonkan Untuk Anugerah Planet Muzik 2009

Stacy Anam bersama Nikki Palikat dan Ayu Damit turut dicalonkan untuk Anugerah Planet Muzik yang akan berlangsung di Balai Konvensyen Senayang, Jakarta, pada 18Julai 2009.

Untuk mengetahui lebih info tentang artis realiti TV sila layari,
http://tftif.blogspot.com/

RIZ@GENTING



Riz dan Iz



Riz dan Alyah


Pose Riz bersama rakan artis di malam ABPBH 2008 di Arena of Stars, Genting pada April '09 yg lalu.



Untuk mendapatkan lebih info tentang artis realiti TV, sila layari http://tftif.blogspot.com/

Wednesday, July 15, 2009

RIZ UBAT RINDU ANGELS


SETAHUN berlalu terlalu cepat dan tidak disangka-sangka, Riz-Angels @ Riz Fan Club telah pun berusia genap setahun.

Tanggal 21hb April 2009, merupakan detik sejarah Riz Fan Club. Namun disebabkan kesibukan antara ahli-ahli terlibat dan juga artis, maka sambutan ulang tahun diganjakkan ke tarikh 28 Jun 2009.

Bertempat di Ampang Superbowl, IOI Mall, Puchong, Selangor maka berlangsunglah acara 'The Fabulous Riz-Angels & Frenz Bowling Challenge'.

Acara bermula seawal 3pm, dengan mukadimah jua kata-kata aluan dari artis kesayangan fan club iaitu Riz di turuti ucapan dari Presiden Riz-Angels Cik Muzlia serta balingan bowling menandakan rasminya majlis tersebut.

Riz berkaraoke menghiburkan para peminatnya.

KARAOKE DENGAN PEMINAT

Petang tersebut merupakan hari yang paling indah dan bermakna bagi ahli kelab peminat Riz. Mereka bukan sahaja dapat beramah mesra malah ada yang berkesempatan menyanyi karaoke bersama artis kesayangan mereka.

Malah yang paling gembira, tempat bowling telah ditempah khasnya untuk 6jam berikutnya bermula jam 2pm hingga 8pm.

Malah ahli-ahli kelab peminat Riz yang hadir untuk bermain bowling datang dari segenap pelosok tanahair dari utara hinggalah selatan.

Riz memotong kek menyambut ulang tahun pertama kelab penyokongnya.

Bangga dengan kehadiran peminat Riz yang melebihi 60 orang yang susah payah datang dari Pulau Pinang, Ipoh dan juga dari Johor Bharu.

Kehadiran mereka umpama memberi cahaya menyinari hidup Riz dan menguatkan semangat Riz untuk berjuang dalam industri hiburan tanahair.

Juga di petang itu, Riz mendendangkan berbelas-belas lagu untuk mengubat kerinduan peminat-peminatnya.

Kehadiran bad (pengurus artis Diddy) jua turut menceriakan lagi suasana, gelagat Riz ketika bermain bowling mencuitkan hati para peminatnya.

Keterujaan peminat-peminatnya sudah tidak mengira kepenatan. Sambil berboling, mereka boleh lagi menari sambil menyanyi karaoke. Gelagat yang pasti membuat mereka tak kering gusi.

Untuk acara permainan bowling, pelbagai hadiah utama dan juga saguhati khas menjadi rebutan ahli-ahli kelab peminat.

Terima kasih diucapkan kepada penaja-penaja seperti Suria Resort Management, Ampang Superbowl dan penaja individu yang sudi memberikan sumbangan untuk acara bowling ini.

Terima kasih tidak terhingga kepada ibubapa Riz serta keluarga dari Perak yang sudi hadir untuk memeriahkan lagi majlis petang ini.


TARIAN POCO-POCO

Sambil menyanyi, sesetengah peminat dengan rela hati menjadi penari gelek ala dangdut.

Sememangnya seharian bersama Riz tak henti dgn hilaian ketawa, usik mengusik malah bergambar sakan dengan artis kesayangan mereka.

Ada juga yang merakamkan ucapan Riz untuk kaum keluarga dan bermacam-macam lagi agenda tersendiri antara ahli peminat dengan Riz.

Sebagai mengakhiri acara petang tersebut, Riz bersama-sama peminatnya tak kira lelaki mahupun perempuan beramai-ramai menari tarian poco-poco.

Ternyata setelah sekian lama tidak berkumpul sebegini, ianya memberi satu impak dan kesan amat mendalam untuk peminat Riz meraikannya dengan penuh meriah dan ceria.

Jika ada sumur di ladang Boleh kita menumpang mandi Jika ada umur yang panjang…Insya’Allah , anniversary kedua kita berjumpa lagi.
Credit to mStar Online

Tuesday, July 14, 2009

FLASHBACK : RIZ~STACY@AKSI AF 2008 ISU #11


Kemenangan Stacy Buat Negeri Di Bawah Bayu

Oleh Iqmal Fajri Muiz

Kemenangan gadis berasal dari negeri di bawah bayu ini telah mencipta sejarah kerana buat pertama kalinya, dia berjaya memecah dominasi juara AF yg selama ini hanya memihak kepada pelajar Semenanjung. Berkat dari pengalaman dan bakat yg ada padanya, dia telah berjaya menambat hati pengundi untuk memilihnya sebagai juara AF6.

Seperti yg dijangkakan dari awal, Stacy sememangnya telah dinampak sebagai calon yg paling sesuai dan berhak untuk menggondol gelaran tersebut. Dia sering kali tidak menghampakan peminat dan pengundi setianya dengan memberikan persembahan yg paling konsisten dan terbaik setiap minggu.

“Saya sememangnya tidak menyangka akan kemenangan ini. Tidak terlintas langsung di fikiran saya untuk memenangi pertandingan ini, walaupun mempunyai impian yg amat tinggi,”
jelas Stacy.


“Saya mahu kongsi kemenangan dan hadiah yg diterima bersama keluarga. Saya ingin membalas jasa mereka yg selama ini telah menyokong apa yg saya ingin lakukan.

“Saya mahu menjadi penyanyi yg versatile. Saya teringin menunjukkan kebolehan saya untuk menyanyi dan menari. Saya amat gemarkan kedua-dua perkara tersebut. Jika boleh, saya ingin mempelajari dengan lebih mendalam lagi tentang keduanya,”
terang Stacy mengakhiri perbualan.



Riz Bangga Bergelar Naib Juara AF6

Oleh Juan Danza


Bekas anggota kumpulan Equal Star ini sentiasa nampak yakin ketika melakukan persembahan, sesiapapun tidak mampu menyanggah keupayaannya. Bagus dalam penguasaan pentas membuktikan dia bukan calang-calang penghibur.

Menyentuh soal ketewasannya kepada Stacy, Riz menafikan dia berasa kecewa apatah lagi hampa kerana tidak bergelar juara.Baginya, menjadi lima peserta terbaik dikira menang dalam program itu. Dia juga percaya rezeki ditentukan Tuhan, malah berkongsi kegembiraan bersama Stacy walaupun gadis itu lebih bertuah.


Stacy dan rakan saya yg lain juga menunjukkan persembahan yg bagus. Semua orang berpeluang menang, jadi tak timbul soal kecewa. Kami sama-sama berusaha keras untuk sampai ke tahap ini. Saya puas kerana sampai ke tahap ini,” katanya lagi.

“Sebagai insan seni, kita tidak boleh cepat berpuas hati. Setiap kali saya membuat persembahan, saya tambah usaha untuk menyampaikan yg terbaik. Kalau ada yg tak berpuas hati, saya terima. Saya dah lakukan yg terbaik,” kata Riz.

Semua orang tahu mengenai kontroversi yg dicetuskan oleh Riz seperti dapat disaksikan menerusi Diari AF6.


“Saya cuba menjadi diri sendiri. Apabila kita terlepas cakap atau bergurau, kadang-kadang orang tak tahu apa maksud sebenar yg ada dalam hati. Kalau ada yg kata saya mulut jahat, mereka sepatutnya mengetahui baik dan buruk hati saya. Mungkin pada awal musim, rakan seakademi tak mengenali diri saya. Maklumlah, dalam proses mengenali orang mudah menghakimi kita tanpa usul periksa. Lama-kelamaan, mereka memahami diri saya,” ulas Riz.

Related Posts with Thumbnails