Oleh : EMMA HASSAN
Foto : MOHD SHARIFUL HAFIZAL
Lokasi : RED BOX, THE GARDEN
Alyah dan Riz ditemukan dalam lagu Ku Pinjam Satu Bintang. Orang yg bertanggungjawab menyatukan mereka ialah pencipta lagu tersebut, Ajai.Tak kenal maka tak cinta, begitu kata pepatah orang tua tua. Kedua-duanya pertama kali bertemu sewaktu penggambaran klip video di Jakarta, Indonesia, kerana rakaman lagu dijalankan berasingan.
Dalam beberapa kali pertemuan lain, memutikkan kemesraan antara mereka. Tengok dari luaran, lagak macam ada sesuatu yg istimewa. Apatah lagi mereka tampil mesra dan nampak serasi melantunkan lagu di atas pentas.
Malahan, Alyah tanpa berselindung kerap memanggil Riz sebagai kekasih sewaktu mengundangnya naik ke atas pentas. Kemesraan ditambah dengan gurau senda serta tidak segan silu bertepuk- tampar di depan khalayak, menimbulkan pertanyaan apakah benar dalam hati mereka ada cinta?
“Semasa mula-mula tengok Riz di dalam AF6, Alyah kurang gemar. Sebab masa itu, ada satu kes kononnya dia bergaduh dengan Mama Rina. Dalam hati Alyah berbisik masa itu, eh Riz dengan orang yg lebih tua pun mahu diajak gaduh.
“Tetapi sekarang bila dah kenal, barulah tahu dia sama kepala dengan Alyah yg gila-gila.“Semakin lagu itu mendapat sambutan, ramai pula yg fikir Alyah dan Riz ada hubungan istimewa. Kami sebenarnya berkawan baik sahaja."
Riz Akui Selesa
“Alyah kepala gila-gila. Jadi, saya tak rasa risau mahu bergurau dengannya sebab dia boleh terima cara saya. Bukan sekali diundang menyanyi bersama dalam satu majlis, sebab itulah kami rapat.
“Ada jugalah peminat bertanya pasal saya dengan Alyah. Tapi saya jelaskan yg kami adalah pasangan duet untuk lagu Ku Pinjam Satu Bintang. Sebab itulah, adakalanya kami selalu bersama di dalam satu majlis.
“Saya senang berkawan dengan dia, sebab adakalanya dia ini lawak jugalah,” kata Riz.
Untuk mengetahui lebih lagi, jangan lupa dapatkan HAI terbaru di pasaran!
No comments:
Post a Comment