JOM CHAT


Nama watak dan perwatakan dalam novel-novel yang diletakkan di blog ini adalah rekaan dan imaginasi penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.



Jika terdapat persamaan, itu hanyalah secara kebetulan sahaja.



Harap maklum.



Tuesday, July 14, 2009

FLASHBACK : RIZ~STACY@AKSI AF 2008 ISU #11


Kemenangan Stacy Buat Negeri Di Bawah Bayu

Oleh Iqmal Fajri Muiz

Kemenangan gadis berasal dari negeri di bawah bayu ini telah mencipta sejarah kerana buat pertama kalinya, dia berjaya memecah dominasi juara AF yg selama ini hanya memihak kepada pelajar Semenanjung. Berkat dari pengalaman dan bakat yg ada padanya, dia telah berjaya menambat hati pengundi untuk memilihnya sebagai juara AF6.

Seperti yg dijangkakan dari awal, Stacy sememangnya telah dinampak sebagai calon yg paling sesuai dan berhak untuk menggondol gelaran tersebut. Dia sering kali tidak menghampakan peminat dan pengundi setianya dengan memberikan persembahan yg paling konsisten dan terbaik setiap minggu.

“Saya sememangnya tidak menyangka akan kemenangan ini. Tidak terlintas langsung di fikiran saya untuk memenangi pertandingan ini, walaupun mempunyai impian yg amat tinggi,”
jelas Stacy.


“Saya mahu kongsi kemenangan dan hadiah yg diterima bersama keluarga. Saya ingin membalas jasa mereka yg selama ini telah menyokong apa yg saya ingin lakukan.

“Saya mahu menjadi penyanyi yg versatile. Saya teringin menunjukkan kebolehan saya untuk menyanyi dan menari. Saya amat gemarkan kedua-dua perkara tersebut. Jika boleh, saya ingin mempelajari dengan lebih mendalam lagi tentang keduanya,”
terang Stacy mengakhiri perbualan.



Riz Bangga Bergelar Naib Juara AF6

Oleh Juan Danza


Bekas anggota kumpulan Equal Star ini sentiasa nampak yakin ketika melakukan persembahan, sesiapapun tidak mampu menyanggah keupayaannya. Bagus dalam penguasaan pentas membuktikan dia bukan calang-calang penghibur.

Menyentuh soal ketewasannya kepada Stacy, Riz menafikan dia berasa kecewa apatah lagi hampa kerana tidak bergelar juara.Baginya, menjadi lima peserta terbaik dikira menang dalam program itu. Dia juga percaya rezeki ditentukan Tuhan, malah berkongsi kegembiraan bersama Stacy walaupun gadis itu lebih bertuah.


Stacy dan rakan saya yg lain juga menunjukkan persembahan yg bagus. Semua orang berpeluang menang, jadi tak timbul soal kecewa. Kami sama-sama berusaha keras untuk sampai ke tahap ini. Saya puas kerana sampai ke tahap ini,” katanya lagi.

“Sebagai insan seni, kita tidak boleh cepat berpuas hati. Setiap kali saya membuat persembahan, saya tambah usaha untuk menyampaikan yg terbaik. Kalau ada yg tak berpuas hati, saya terima. Saya dah lakukan yg terbaik,” kata Riz.

Semua orang tahu mengenai kontroversi yg dicetuskan oleh Riz seperti dapat disaksikan menerusi Diari AF6.


“Saya cuba menjadi diri sendiri. Apabila kita terlepas cakap atau bergurau, kadang-kadang orang tak tahu apa maksud sebenar yg ada dalam hati. Kalau ada yg kata saya mulut jahat, mereka sepatutnya mengetahui baik dan buruk hati saya. Mungkin pada awal musim, rakan seakademi tak mengenali diri saya. Maklumlah, dalam proses mengenali orang mudah menghakimi kita tanpa usul periksa. Lama-kelamaan, mereka memahami diri saya,” ulas Riz.

No comments:

Related Posts with Thumbnails