STACY KERJA KUAT UNTUK SARA FAMILI
Juara AF6 iaitu Stracie Angie Anam atau Stacy sudah menyanyi sejak berusia lapan tahun. Pengalaman menyanyi di pusat hiburan dan lounge sebelum ini tidak disia-siakan Stacy hingga berjaya bergelar juara AF6.
Cerita Stacy:
“Saya terkejut, happy dan bersyukur sangat sebab ada ramai yg menyokong saya.
“Sebelum masuk AF6 saya banyak menyanyi di restoran atau pusat-pusat hiburan sejak berumur 15 tahun lagi.
“Walaupun saya bukan anak sulung tapi saya rasa bertanggungjawab untuk membantu keluarga. Jadi saya terpaksa berhenti sekolah.
“Kalau bercinta saya suka cari lelaki yg matang, kelakar, suka bergurau, memahami, pandai memujuk dan romantik….”
BEKAS AWEK RIZ GEBU!
Jejaka idaman ramai Naib Juara AF6, Riz pernah putus cinta dengan kekasih pertamanya sewaktu di bangku sekolah. Yang pastinya sekarang ini Riz solo.
Cerita Riz:
“Buat masa sekarang saya masih solo dan tidak dinafikan saya pernah mempunyai pengalaman cinta semasa zaman sekolah dulu.
“Masa tu saya form 3, saya mula berkenalan dengan si dia apabila bertemu dalam satu pertandingan memanah dan dia memang seorang yg baik hati, cantik, putih dan gebu.
“Setelah setahun berkawan, kami putus cinta kerana masing-masing tidak matured dan belajar di sekolah yg berlainan. Tambahan pula kami terpaksa menumpukan perhatian kepada pelajaran terlebih dahulu.
Apakah harapan Riz setelah mencapai cita-cita untuk menjadi artis?
“Saya merasakan ini merupakan tanggungjawab besar apabila peminat menaruh kepercayaan terhadap bakat saya. Dalam masa yg sama saya ingin baiki segala kelemahan dan mempraktikkan segala ilmu berharga yg dipelajari semasa di AF dulu.”
No comments:
Post a Comment