JOM CHAT


Nama watak dan perwatakan dalam novel-novel yang diletakkan di blog ini adalah rekaan dan imaginasi penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.



Jika terdapat persamaan, itu hanyalah secara kebetulan sahaja.



Harap maklum.



Monday, July 20, 2009

RIZ~STACY@MANGGA OGOS ‘09



Oleh : Aisamurni Suparman
aisya_cute@yahoo.com

Riz dan Anith OIAM


ANTARA RIZ, NADIA DAN ALYAH TAK ADA HUBUNGAN ISTIMEWA PUN!


Nampaknya lagu duet Riz dan Alyah berjudul Ku Pinjam Satu Bintang semakin meletup di corong-corong radio. Malah kerana lagu itu juga Riz digosipkan punya hubungan istimewa dengan Alyah.

Betul ke gosip itu atau Riz masih ada hubungan istimewa dengan Nadia seperti yang digosipkan sebelum ini?

Cerita Riz :

“Haha..cerita saya pegang-pegang tangan dengan Nadia tu memang tak betul. Mungkin peminat tu salah tengok. Ikutkan dah lama juga saya tak jumpa Nadia. Lagipun macam saya cakap dulu yang Nadia tu macam adik saya je….

“Dengan Alyah pun macam tu juga. Orang mula gosipkan saya dengan dia sebab sejak single kami keluar di radio orang ingat kami ni bercinta.

“Tapi hakikatnya saya anggap dia hanya sebagai rakan seduet je….Tak lebih dari itu. Tak ada pun perasaan special padanya. Lagipun saya tak percaya sangat laa pada cinta studio ni….hehehe…

“Saya mula kenal Alyah masa shooting klipvideo lagu duet kami di Jakarta, Indonesia. Mula-mula jumpa tu dia tak ada laa peramah sangat. Tapi bila dah lama-lama kenal rupanya Alyah ni kelakar orangnya dan dia pun baik.

“Kalau ada peminat yang suka tengok kami bersama bagi saya itu pendapat masing-masing. Pendek kata baik dengan Nadia ataupun Alyah memang saya tak ada apa-apa perasaan pun. Belum terfikir lagi.”


TAK ADA MAKNANYA SAYA JEALOUS! - STACY

Stacy dan Nubhan


Apa komen Stacy bila tengok Nubhan bergambar dengan Anith? Ada tak perasaan cemburu sebab ada juga peminat yang suka tengok Nubhan dengan Anith bersama?

“Hahaha…tak ada maknanya! Stacy tak kisah dengan siapa pun Nubhan nak ambil gambar. Lagipun antara Stacy dengan Nubhan memang tak ada apa-apa. Kalau peminat suka tengok dia dengan Anith, Stacy tak ada masalah pun.”



Jangan lupa dapatkan Mangga Ogos '09!

No comments:

Related Posts with Thumbnails