TANGGAL 26 Mei lalu genap setahun usia pembabitan gadis cilik yang semakin menunjukkan taring ketika memberikan persembahan bertenaganya di atas pentas. Malah, kehadirannya sudah mula memberi impak dan siapa sangka, penyanyi kelahiran Sabah ini pernah tercari-cari identiti sebenarnya dalam perjuangan muzik.
Namun, pertaruhannya berbaloi sejak tampil dengan album sulungnya, Aku Stacy, yang mula mendaki tangga populariti.
Akuinya, perjalanan masih jauh dan kredibilitinya mula tercalar selepas gagal memberikan persembahan sempurna sewaktu berlangsungnya Festival Filem Malaysia ke-21 di Putrajaya ketika mendendangkan lagu Wajah Suara Hati.
Mengumpul semangat daripada kesilapan lalu, Stacy mula memberikan persembahan mengagumkan ketika bolos ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu awal tahun lalu menerusi lagu Aku Stacy.
“Sewaktu keluar AF6, kehadiran Stacy bagaikan tidak disedari. Namun, selepas menjumpai identiti dan konsep muzik yang sesuai, Stacy sudah tahu formula yang betul, lalu inilah hasilnya. Stacy bersyukur dan sentiasa berusaha mencari kelainan. Stacy nak buktikan kewujudan ini bukan sekadar suka-suka. Alang-alang membuat sesuatu biar bersungguh dan Stacy hendak mengubah persepsi yang mengatakan produk bintang realiti itu umpama mi segera."
•Tidak mementingkan jenama mewah pakaian. Antara barangan jenama yang dibelinya seperti Guess, MNG dan Romp. Paling penting dan yang dititikberatkannya dalam pemilihan pakaian ialah stail yang ingin ditampilkannya. Stacy selalu membeli pakaian di Berjaya Times Square.
•Sedang mengikuti siri persembahan Gempak Selebriti Astro dan Jelajah Era.
•Idolanya, Datuk Siti Nurhaliza, Beyonce Knowles, Britney Spears, Pussy Cats Doll.
•Kata Stacy, mengikut perancangan AESB dia bakal merakamkan klip video lagu Gagap, Cerah dan Pakai Buang.
•Mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBS) sebagai ikon dan idola belia serta remaja dalam industri hiburan di Negeri di Bawah Bayu. Pengiktirafan itu dizahirkan kepadanya menerusi penganugerahan sijil penghargaan dalam bentuk plak yang diserahkan Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Jahid Jahim kepada anak kelahiran Kampung Tuavon, Penampang Mac lalu.
Credit to beritaharian
No comments:
Post a Comment