JOM CHAT


Nama watak dan perwatakan dalam novel-novel yang diletakkan di blog ini adalah rekaan dan imaginasi penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.



Jika terdapat persamaan, itu hanyalah secara kebetulan sahaja.



Harap maklum.



Tuesday, February 21, 2012

FOTO STACY @ PC MANIA ASTRO




Beberapa gambar Stacy di sidang akhbar program Mania Astro.

Jangan lupa saksikan di Astro Ria bermula 17 Mac 2012 pada jam 9 malam. Vote Stacy ok!






Monday, February 20, 2012

MANIA @ ASTRO RIA




Bagi mencapai matlamat untuk mengukuhkan lagi kedudukan sebagai peneraju utama kandungan dalam dunia penyiaran, Astro dengan berbesar hati membawakan sebuah lagi projek hebat berjudul Mania yang bakal menggegarkan industri muzik tanah air. Program yang akan menyaksikan pertembungan sengit penyanyi-penyanyi hebat berbakat besar yang akan bekerjasama dengan penerbit muzik tersohor di rantau ini bakal bersiaran secara langsung menerusi Astro Ria pada setiap hari Sabtu jam 9.00 malam bermula 17 Mac 2012 secara eksklusif di saluran 104.

Berkonsepkan pertandingan nyanyian, program Mania ini akan dikemudikan oleh Aznil Haji Nawawi yang telah diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai pengacara selama 10 minggu bersiaran.

Program Mania bakal menyaksikan dua belas (12) penyanyi terkenal iaitu Stacy AF6, Jaclyn Victor, Hafiz AF7, Shila Amzah, Hazama AF9, Atilia, Akim AF7, Alyah, Kumpulan Estranged, Adira AF8, Kumpulan Kristal dan Awi Rafael yang akan berentap untuk membuktikan bakat dan kebolehan menyanyi masing-masing sekaligus dinobatkan sebagai juara di kalangan yang terbaik.

Tiga (3) orang ikon muzik tersohor telah diberi amanah untuk memikul tanggungjawab sebagai penerbit muzik untuk program Mania yang mana empat (4) orang penyanyi akan diletakkan di bawah bimbingan dan pemerhatian mereka. Mereka juga diberi kuasa untuk memilih sendiri penyanyi-penyanyi yang akan dibimbing kelak. Ikon-ikon tersebut adalah Dato’ M Nasir, Ahmad Dhani dan Aubrey Suwito.

Uniknya program ini, sebanyak tiga (3) orang penyanyi lagi akan diserap masuk menyertai pertandingan ini yang akan dipilih menerusi undian Hot Seat secara online, menjadikan jumlah keseluruhan peserta adalah seramai 15 orang. Penyanyi-penyanyi yang terpilih ini juga akan diletakkan di bawah bimbingan penerbit muzik terlibat yang akan ditetapkan sendiri oleh pihak Astro.

Tempoh talian undian Hot Seat secara online akan dibuka bermula pada 20 Februari 2012 sehingga 16 Mac 2012, jam 12.00 tengah hari. Untuk mengundi, orang ramai hanya perlu melayari laman sesawang rasmi program Mania di www.mania.com.my. Para peminat kini boleh menilai dan mengundi calon-calon peserta yang digemari untuk diserap masuk ke program Mania.
20 orang penyanyi yang akan dipilih menerusi undian secara online adalah Idayu (AF2), Akma (AF3), Noni, Ebi, Shawal (AF5), RIZ, Toi, Nadia (AF6), Aishah, Aril (AF7), Daus, Maulana (AF8), Azri, Kay, Lena, Erul, Fina (AF9), Chaq, Fiq dan Mohd (Mentor).

Program Mania akan menggunakan format pemarkahan 100% undian penonton melalui sistem pesanan ringkas (SMS) yang mana peserta dengan undian terendah setelah talian ditutup di akhir konsert mingguan pada setiap minggu akan tersingkir. Cara-cara untuk mengundi akan diumumkan dari semasa ke semasa di saluran Astro Ria.

Juara Mania bakal membawa pulang hadiah lumayan iaitu wang tunai berjumlah RM500,000. Manakala naib juara dan tempat ketiga pula masing-masing akan memenangi RM200,000 dan RM100,000. Bukan itu sahaja, penerbit muzik yang berjaya membimbing mana-mana penyanyi di bawah pengawasannya sehingga dinobatkan sebagai juara juga akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM300, 000.

Jangan lupa saksikan program Mania menerusi Astro Ria pada setiap hari Sabtu jam 9.00 malam bermula 17 Mac 2012 secara eksklusif di saluran 104!
<>
 


Untuk mengundi, anda perlu LIKE laman Facebook MANIA! di http://www.facebook.com/ManiaAstro terlebih dahulu. Anda hanya boleh mengundi sekali sahaja bagi setiap 20 peserta Hot Seats yang tersenarai.



Sunday, February 19, 2012

RIZ ZAIZIZI : AKU YANG TERBAIK





Selesai sudah proses penghasilan single terbaru RIZ yang berjudul Aku Yang Terbaik hasil ciptaan komposer dari seberang, Atra Petrana.

Harap-harapnya segala akan berjalan lancar dan single ini akan diputarkan di radio. All The best to you RIZ!







Thursday, February 9, 2012

RIZ @ HAI 7 FEBRUARI 2012




Cover depan HAI keluaran 7 Februari 2012...


EKSKLUSIF : ALYAH & RIZ TIDAK LAGI BERMASAM MUKA
Oleh: Emma Hassan & Farol Hadi Mustafa
Foto: Mohd Farizwan Hasbullah
Lokasi: Pusat Sains Negara, Kuala Lumpur



Tarikh 12 Januari 2012 menjadi detik penyatuan semula Alyah dan Riz. Mereka kini tidak lagi bermasam muka.

Mereka akui apa yang berlaku adalah kerana salah faham dan keegoan diri masing-masing. Biarlah apa yang berlaku menjadi sejarah dalam hidup mereka.

Kata Alyah: “Sekarang kami sudah matang dan boleh menerima setiap perkara dengan baik. Seronok dapat berjumpa dengan Riz. Sekarang pun Riz dah banyak berubah dan semakin matang. Saya doakan semoga kami sama-sama berjaya dalam kerjaya pada masa akan datang.”


RIZ IKUTI PERKEMBANGAN ALYAH

Menurut Riz, dia sentiasa mengikuti perkembangan Alyah dan kagum dengan kejayaan yang telah dicapai oleh penyanyi Kisah Hati itu.

“Perkara yang berlaku dahulu hanyalah salah faham. Kalau dari awal dahulu kami berbincang baik-baik, mungkin tidak aka nada sengketa antara kami berdua.”

“Tidak sedikit pun saya simpan rasa marah atau dendam di dalam hati. Saya gembira melihat kejayaan yang dicapai oleh Alyah sekarang ini. Dia miliki vokal yang cukup hebat.”

Peminat Beri Duit Bikin Album

Lama menyepi dalam industri bukan bermaksud Riz angkat kaki dan meninggalkan bidang yang amat dicintainya ini.

Diam-diam ubi berisi. Setelah sekian lama menyepi, Riz bakal tampil dengan single terbaru. Menarik tentang lagu rakaman lagu ini, Riz memberitahu kos untuk merakamkan lagu ini turut ditanggung oleh peminat.

Riz sendiri tidak menyangka ada sekumpulan peminat yang telah mengumpul duit untuk merealisasikan penghasilan lagu itu.

Nak tahu cerita selanjutnya sila dapatkan HAI keluaran terbaru di pasaran sekarang.

Related Posts with Thumbnails