JOM CHAT


Nama watak dan perwatakan dalam novel-novel yang diletakkan di blog ini adalah rekaan dan imaginasi penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.



Jika terdapat persamaan, itu hanyalah secara kebetulan sahaja.



Harap maklum.



Monday, September 27, 2010

HATI EMAS BY RIZ



Credit to honey1681


Ini satu lagi lagu nyanyian Riz @ Wisata Puisi Muzik Aktif yg bersiaran pada tahun lepas...huhu..terlepas sudaa... Thanks to honey yg upload vc nie... best sangat Riz nyanyi..

Macam biasa, Riz menjadikan lagu ini seperti lagu sendiri... tidak terikut penyanyi asal.. sentiasa 'memikat hati' huhu.... I Likeeeee!!


Lirik


Berjalan di tanah gersang
Mentari mencekam dada
Debu-debu di jalanan
Menjadi teman setia

Tiada lain tujuanku
Hati emas yang ku cari
Kisahnya di hujung dunia
Mengapa tak ku temui

Oh! terdengar suara halus
Bagai dengar dan menghilang
Katanya pulanglah oh! anakku
Ia tiada di sini

Kembara
Puas sudah ku mengembara
Ke mana perginya oh! cahaya
Mencari hati emas bukannya mudah
Di masa kini adakah kau peduli

Mungkinkah dikau miliki
Hati emas murni suci
Inginku menjadi sahabatmu
Hingga akhir hayat nanti

Kembara
Puas sudah ku mengembara
Ke mana perginya oh! cahaya
Mencari hati emas bukannya mudah
Mungkin selamanya takkan aku temui

Sunday, September 26, 2010

RIZ @ SAMBUTAN HARI RAYA BERSAMA ANAK-ANAK YATIM PAYASUM (25/9/2010)



Amboi comeiinye budak kecik ni..(anak tuan punya gambar)... tembamnya dia..huhu... teringat lak kat anak sedara aku hehe... Riz kontrol tu ..padahal  'mak aii.. semangatnya budak nie' hehe...

Nak tanya korang nie ..sape yg paling cute dalam gambar kat atas ni...? haa...jawab jangan tak jawab...(jawapan 'dua dua' tak diterima ye...) hehe.. saje jer....


Dari album:

Sambutan Majlis Hari Raya bersama Anak Yatim PAYASUM oleh Rozita Rusli @ Facebook



KERONCONG UNTUK ANA BY RIZ



Credit to honey1681


Nyanyian semula oleh RIZ untuk program 'Wisata Puisi' @ Muzik Aktif. Adududu... Bestnya Riz nyanyi..terus lupa yg versi asal...hahaha. Nak buat camna..kalau Riz nyanyi mana-mana lagu penyanyi lain, confirm aku lagi suka yg versi Riz... so, jangan marah le yer... Tapi kalau ada gak yg marah..ade aku kesah...hahaha...


Jom kita nyanyi sama...hehe


Lirik

Benarkah tiada bagiku
Ruang di hatimu untukku bertapak
Walaupun sejengkal jari
Agar dapat ku berdiri
Di ambang pintumu

* Ke mana
Hilangnya keroncong
Oh! cinta yang kita
Nyanyikan bersama

Ataupun
Aku yang bersalah
Hanya menepuk tangan
Sebelah saja

Ana... Ana...
Ana... Ana...

(ulang dari *)

Tiada ku sangka akhirnya
Kau tutup semua
Pintu cinta untukku
Hinggaku
Termanggu tiada
Arah nak ku tuju
Membawa hatiku



Saturday, September 25, 2010

RUGI RM14 RIBU ~ STACY DITIPU PENGURUS SENDIRI


(Petikan artikel daripada majalah Media Hiburan keluaran 25 Sept-1 Okt 2010)


Harapkan pagar, pagar makan padi.... itulah situasi yg berlaku kepada penyanyi cilik, Stacy apabila orang yg diharapkannya utuk membantu menyelesaikan urusan peribadinya tidak melaksanakan tanggungjawab yang diberikan.

Sebaliknya, duit yg sepatutnya digunakan untuk urusan pembayaran rumah lesap begitu sahaja. Dek kerana itu, Stacy kerugian hampir RM14 ribu. Lebih menyakitkan lagi apabila kejadian tersebut terbongkar beberapa bulan sebelum dia menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-20.

Mengetahui sahaja tindakan individu tersebut yang juga merupakan salah seorang pengurus artis, Stacy  lantas membuat laporan polis.

"Kalau boleh saya tidak mahu kes ini diperbesar-besarkan. Apa yg boleh saya katakan, kes ini sudah dilaporkan kepada pihak polis dan masih belum selesai.

"Namun dalam masa yg sama saya juga ada berbincang dengannya untuk menyelesaikan masalah ini secara baik, " jelas Stacy yg enggan memberikan komen lebih lanjut.


Dalam pada mempersiapkan diri dengan perancangan yg diatur pihak pegurusannya, Stacy dalam diam-diam sudah memiliki syarikat sendiri yang diberi nama Angiez Entertainment.

"Syarikat ini baharu sahaja ditubuhkan awal tahun ini dan belum bergerak aktif lagi.


Nak mengetahui cerita selanjutnya, jangan lupa dapatkan majalah Media Hiburan terbaru di pasaran sekarang.



 

Tuesday, September 21, 2010

MY HOLIDAY TRIP @ CHERATING WITH RIZ & ANGELS (PART 10)



Coretan @ Malam Kemuncak di Mercu Beach Resort (26/6)

Photos by Riz Angels

Wah... tak abih lagi ni nak share gambar dan cite pasal holiday trip bersama Riz & Riz Angels ni... huhu. Banyak sangat kenangan terindah masa tu...

Gambar kat bawah ni masa malam kemuncak(26/6)... karaoke time.. dinner...dan macam-macam lagi yg sewaktu dengannya hehehe.....

Happy 2nd Anniversary .... time ni semua nak tolong tiup lilin tu huhu... masa ni takde lak yg nak nyanyikan Happy Birthday in advance untuk aku...hahaha.. tapi kan...kiranya kek tu dah mewakili birthday aku yg akan menyusul pada 29/6 ..lagi 3 hari masa tu... Actually.. dapat join event ni dah menjadi hadiah terindah pada tahun ini... Alhamdulillah akhirnya hajat untuk bersua muka dengan RIZ dah termakbul ..beberapa hari sebelum tarikh lahirku itu....


Apa kehe nya Yeop?? Haa.... cuba tengok aksi Riz tu... tak leh jumpa kat mana-mana event ni...ahak... aksi dangdut + hindustan.... pakai selipar jepun lak tu ...hahaha...kelakar betul... Akak salute dengan sikap sporting Riz.. best Riz nyanyi lagu 'Memori Daun Pisang' tu dengan partner yg memang happening...Siti..sporting giler si Siti ... happy dapat kenal awak Siti...

Masa karaoke ni memang terserlah sikap 'gila-gila' si Riz ni... memang betul-betul enjoy kan...huhu. Aku ni duk gelak jelah duk tengok gelagat korang semua time nyanyi ni...Aan...Ejam...(kelakar..sampai terangkat kaki... penghayatan bagus tu hahaha...)


Berdiri dari kiri; Anis, Aku(Tinie aka Savvy), Aan(husband Anis), Siti, Muzlia(Miss Presiden Rizfc) dan Min aka H.
Duduk tengah; RIZ dan Ejam(PA Riz).
Duduk hadapan dari kiri; Tun, Yani dan Frizz.

Ini jelah yg dapat join... bersama fotographer khas, Bada dan adik Nana Burn juga.... Memang best dapat jumpa korang semua... Insyaallah, kalau ada pertemuan seterusnya kita akan jadi lebih rapat dan lebih mengenali antara satu sama lain ok...


To be continued.................


Sunday, September 19, 2010

PICS STACY @ MASiF 2010



Stacy @ MASiF 2010...  Stacy menyampaikan lagu Sweet Child Of Mine, Pakai Buang dan Jahat.


Photos & Info  Hanif Hisham @ Facebook




Saturday, September 18, 2010

SALAM AIDILFITRI DARIPADA RIZ & STACY



Salam Syawal Hari ke-9... jom kita baca ucapan ringkas hari raya daripada RIZ & STACY... sorry sebab lambat tepek kat sini...huhu..




"Assalamualaikum....

Di kesempatan ini saya ingin memohon maaf di atas segala kesalahan saya secara sengaja mahupun tidak dan jikalau ada sekiranya tersalah bahasa..... maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki, Zahir dan Batin.

SELAMAT HARI RAYA....."


(Petikan ucapan ringkas hari raya daripada RIZ @ http://www.rizfc.forumotion.com/ )


Credit to RizAngels


 


"Stacy ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan selamat hari raya , maaf zahir dan batin..mohon maaf jika ada salah dan silap ya.... "


(Petikan daripada ucapan Stacy @ Facebook... Stacy Angie Full)


Selamat Hari Raya juga diucapkan untuk Riz & Stacy... cuti sakan diorang ye.. Stacy berkesempatan pulang ke Sabah dan Riz pulak dengarnya baru balik KL semalam... beraya sakan di kampung.. menurut Miss Presiden Rizfc,  Cik Muzlia yg berkunjung ke rumah keluarganya di Kampung Padang Kunyit, Grik, Perak tu... Riz steady je melayan tetamu walaupun penat...


Riz bersama peminat ciliknya... anak sedara Miss Pres.. sukenya dia dapat duit raya dari abang Riz yek ..huhu

Photo by Muzlia @ RizAngels



***Psst ... "Riz... ada fans kat Riz~Stacy Zone ni nak duit raya .... akak tolong sampaikan je... hehehe.."




Thursday, September 16, 2010

STACY @ MASIF 2010


Oleh ABD. AZIZ ITAR
Gambar DJOHAN SHAHRIN SHAH


BARISAN penyanyi yang akan menjayakan MASiF 2010 (dari kiri) Reshmonu, Mimi, Khadijah Ibrahim, Stacy dan Amy menaruh keyakinan festival itu mampu mengangkat martabat bidang seni tempatan.


TAHUN ini industri muzik, seni dan fesyen tempatan mencipta sejarah dan ruangnya yang tersendiri apabila Festival Muzik, Seni, Fesyen Antarabangsa (MASiF 2010) buat julung-julung kalinya dianjurkan.

Festival yang akan diadakan di sekitar pusat membeli-belah Pavillion, Kuala Lumpur dari 15 hingga 19 September ini bukan setakat mahu bertapak dalam industri muzik, seni dan fesyen di negara ini semata-mata.

Sebaliknya, menurut Ketua Pegawai Eksekutif MASiF 2010, Sofia Akzan Amir, pihaknya mempunyai perancangan untuk membawa festival itu bagi dipromosi serta dianjurkan di negara-negara lain pada masa akan datang.

"Untuk kali pertama festival ini dianjurkan biarlah ia diadakan di negara ini. Pada masa akan datang kami merancang untuk mengadakannya di luar negara dengan membawa sekali para penggiat seni yang terbabit bersama produk mereka.

"Melalui cara itu, golongan ini akan berpeluang mempromosi serta memasarkan produk masing-masing di negara tempat festival ini diadakan kelak," katanya ketika ditemui Hits di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

MASiF 2010 dianjurkan oleh Bumiputera Designers Association dengan kolaborasi Majlis Muzik Malaysia, Art Malaysia, Saphire Screen Sdn. Bhd., Pavilion Kuala Lumpur, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Bernama TV.

Menerusi festival yang akan diadakan secara percuma kepada orang ramai itu, ia dipecahkan kepada tiga kategori iaitu persembahan nyanyian artis, peragaan fesyen dan seni-seni lain termasuklah lukisan dan tarian.

Dalam bidang muzik misalnya, antara artis yang akan menjayakan persembahan terdiri daripada Datuk Khadijah Ibrahim, Zainal Abidin, Amy Search, Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Reshmonu, Mimi (One Nation Emcee) dan Stacy.

Selain mengadakan persembahan, Khadijah Ibrahim yang juga Pengerus MASiF 2010 berkata, festival itu merupakan medan buat para penggiat seni mempromosikan album masing-masing kepada para pengunjung.

Katanya, festival yang akan diadakan secara besar-besaran itu juga mampu menarik ramai pengunjung termasuklah para pelancong dari luar negara kerana ia akan dijadikan acara tahunan dalam kalendar pelancongan negara ini.

"Setiap peserta seperti penyanyi dan pereka fesyen yang terbabit dalam MASiF berpeluang mempromosikan produk masing-masing di mana ini merupakan festival yang menggabungkan muzik, fesyen dan seni bertaraf dunia.

"Mana tahu sewaktu muncul di festival ini ada pihak dari luar negara yang berminat untuk mengetengahkan bakat-bakat seni artis-artis kita di luar negara, ia suatu peluang yang tidak boleh dilepaskan begitu sahaja," ujarnya.

Elemen muzik

Penyanyi Amy Search yang dijemput menjayakan festival itu berasa bangga kerana ia dapat menyatukan elemen muzik dan fesyen dalam dirinya untuk dipersembahkan kepada para peminatnya kelak.

"Dalam diri saya elemen muzik dan fesyen berjalan seiring. Melalui festival ini, para peminat bukan setakat menghayati lagu-lagu nyanyian saya tetapi juga fesyen yang akan saya pakai pada persembahan saya.

"Ia bukan sahaja suatu pendedahan buat diri saya tetapi juga kelainan buat para peminat saya serta para pengunjung yang akan mengikuti festival selama lima hari dengan pelbagai aktiviti membabitkan muzik, seni dan fesyen," katanya.

Penyanyi angkatan baru, Stacy pula tidak melepaskan peluang apabila dijemput oleh pihak penganjur mengadakan persembahan pada festival itu yang mampu menjulang aspirasi rakyat Malaysia melalui seni dan budaya.

"Ini adalah festival muzik, fesyen dan seni peringkat antarabangsa yang pertama saya. Saya harap akan mendapat banyak pendedahan melalui festival ini. Mana tahu penganjur berminat membawa saya ke festival ini lagi jika ia diadakan di luar negara," impinya.

Selain bidang muzik, MASiF 2010 juga mengetengahkan para pereka fesyen terkenal tanah air antaranya Datuk Tom Abang Saufi, Hatta Dolmat, Rizman Ruzaini, Rahman Sarif, Nazari Maarus dan Faizell Azraff.

Sementara karyawan seni yang terbabit dalam seni tampak, halus dan fesyen yang akan menjayakan festival itu seperti Harris Ribut, Ismail Baba, Zaim Durulaman, Alisa Wan, Patrick Lazak dan Rashid Yusof.

Sebarang maklumat berhubung festival yang dianjurkan sempena sambutan Hari 1Malaysia itu sila hubungi Sharmillah Saleh di talian 010-367 0057 atau layari laman sesawang http://www.masifestival.com/.



Wednesday, September 15, 2010

STACY PUAS DAPAT CUTI PANJANG


Oleh Hanisah Selamat


STACY gembira dapat melepaskan rindu kepada keluarga sepanjang cuti Aidilfitri.Rai Syawal bersama rakan beragama Islam.


BINTANG gadis bernama Stacy di arena seni suara cukup menyinar. Berbanding rakan seperjuangan lain, dia masih mempertahankan popularitinya biarpun ramai pelapis baru datang dan pergi.

Pemilik nama Stracie Angie Anam itu juga bukan sekadar laris di pentas persembahan malah setiap lagunya sentiasa memancing perhatian hingga syarikat yang dinaungi tidak berkira melabur sejumlah kos bagi pembikinan album baru setiap tahun. Namun ada harga yang perlu dibayar untuk menyemarakkan lagi kerjaya seninya yang baru bermula. Gara-gara kesibukan, Stacy terpaksa mengorbankan kuliahnya di Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing untuk satu semester hingga April depan.

“Saya tidak ralat, jauh sekali menyesal. Bukan disebabkan saya terkejar-kejar dengan populariti sebaliknya ada tugas yang perlu diselesaikan hingga saya terpaksa bercuti satu semester. Itu pun selepas mendapatkan pandangan pensyarah, keluarga dan pengurusan.

“Bercuti daripada belajar tidak bermakna saya langsung lepas tangan sebaliknya masih menghubungi rakan pengajian bertanyakan perkembangan tambahan pula saya sudah mula rindu untuk ke kelas,” katanya yang mengambil jurusan Bunyi dan Muzik.

Walaupun baru menyelesaikan semester pertama pengajian di IPT di Cyberjaya itu, Stacy tidak mampu melupakan keramahan rakan sekuliah yang kebanyakannya pelajar luar negara termasuk Nigeria, malahan seorang bintang AF, Sahri turut berada satu kuliah dengannya.

Ceritanya dengan ramah, awalnya mereka tidak mengetahui dirinya seorang penyanyi namun selepas seorang rakan lain memaklumkan berita mengenai Stacy di majalah, mereka sering mengusiknya dengan memaksanya menyanyi di depan kelas.

“Semua rakan dan pensyarah memberi dorongan apabila mengetahui latar belakang saya. Saya harap segala kerja berkaitan kerjaya seni saya dapat diselesaikan tahun ini kerana saya sudah tidak sabar untuk ke kuliah semula dan dijangka pengajian semester kedua bermula awal tahun depan,” katanya yang mengambil pengajian di peringkat diploma itu.

Tampak manis mengenakan baju kurung, akui penyanyi lagu Jahat itu, dia akhirnya turut berpeluang mengambil kesempatan di atas cuti pengajian itu dengan berehat di kampung halamannya di Sabah hingga dua minggu dengan pulang sejak awal puasa.

Katanya yang gembira dapat melepas rindu kepada keluarga, walaupun kerap mengadakan persembahan di tanah tumpah darahnya, kebiasaannya hanya untuk dua tiga hari malah masa berkualiti lebih kepada persembahan bukan bersama saudara atau kenalan.

“Memang puas meronda satu kampung kali ini. Dapatlah saya berjumpa kawan lama dan berkunjung ke rumah saudara mara. Sebelum ini kalau balik tak sempat ke mana-mana. Habis saja persembahan, terus pulang ke rumah dan keesokan harinya balik semula ke Kuala Lumpur.

“Masa bercuti pun saya sempat mempertajamkan skil tarian dengan mengunjungi pusat tarian milik seorang rakan. Memang seronok percutian kali ini. Walau hanya pulang ke kampung, ia seakan menyuntik tenaga untuk saya lebih giat bekerja selepas ini,” katanya sudah kembali bekerja disebabkan komitmen terhadap program hari raya.

Menyentuh mengenai ketibaan Syawal, Stacy mengakui teruja untuk mengunjungi kediaman rakan beragama Islam yang sememangnya sudah sedari awal mengajaknya berhari raya dengan mereka.

Bukan itu saja, dia juga tidak sabar untuk menjamah juadah istimewa hari raya terutama ketupat dan rendang.

Gadis berusia 20 tahun itu sendiri memaklumkan sudah menyediakan beberapa pasang baju kurung untuk digayakan tatkala menziarahi kediaman teman selain sebagai persiapan untuk beberapa undangan rumah terbuka serta program televisyen.

“Nampaknya undangan menjayakan rancangan televisyen sempena Syawal banyak saya terima. Seronok dapat berkumpul ramai-ramai dengan penyanyi lain terutama orang lama. Walaupun tidak menyambut hari raya, saya gembira dapat berkongsi kemeriahan.

“Pada hari raya nanti peminat boleh mengikuti rancangan Akustika Raya gandingan antara saya dan Shila (One In A Million) selain beberapa program lain termasuk siaran langsung MHI pada pagi 1 Syawal. Malah saya turut menjayakan album hari raya bersama barisan penyampai HotFM berjudul Hangatnya Raya,” ceritanya lagi penuh ceria.

Ditanya kemungkinan sudah sedia beraksi di layar perak, katanya cukuplah sketsa Raya bersama Mawi yang diterbitkan Mawi World Entertainment serta muncul ‘cameo’ dalam sebuah muzikal Jakarta kerana kecenderungannya hanya terarah kepada nyanyian.

Hambatan masa selain lenggok bahasa Melayunya yang masih berbunyi Sabah membuatkan gadis Kadazan itu mahu berfikir dua kali sebelum menerima sebarang tawaran lakonan walaupun sekadar watak kecil kerana menyedari setakat mana kemampuan diri.




Monday, September 13, 2010

LAGU RAYA BEST AF ~ IMPIAN SYAWAL(AF6)



Credit to nadiacribs


Lirik:-

IMPIAN SYAWAL ~AF6

Bersama Perahu Masa Kita Lalui Lagi
Menghirup Wanginya Di Pagi Syawal Penuh Kesyukuran

Tibanya Hari Raya Hadirlah Kisah kita
Melalui Jalan Penuh Kenangan Pertemuan Kita

Lama Sudah Rindu Kita Harungi
Hanya Wajah Hadir Dalam Mimpi Terhimpunlah Impian
Seluas Langit Yang Memayungi Bumi
Hadir Kasih Dalam Hati Ini Tiada Bersempadan

Hiasi Halaman Kenangan
Untuk Kita Simpulkan Setia
Syawal Menemukan Bahgia
Kisah Kita Di Hari Mulia

Warnailah Impian Dengan Penuh Keikhlasan
Menghiasi Keindahan Kenangan Hari Raya

Dengan Segulung Kenangan Terbinalah Impian
Melayari Hari Raya Dengan Sebuah Ikatan

Lagu : Nik Nizam
Lirik : Ernie Sulastri


** Ini adalah lagu raya AF yg paling aku suka...lirik dan melodi sesuai dengan mood raya + ada ciri-ciri tradisional sikit + moden sikit ...boleh jadi evergreen cam lagu-lagu raya hits yg lain. Lagu raya special sebab kita dengar setahun sekali jer..so,  janganlah main hentam je buat lagu raya..walaupun katanye ikut muzik terkini... aku agak kecewa dengan penghasilan lagu-lagu raya terkini... adeiii tak larat nak dengar....


Friday, September 10, 2010

SALAM LEBARAN 1431 HIJRAH




Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1431 Hijrah kepada semua pengunjung setia blog ini. Di kesempatan ini, aku menyusun jari sepuluh memohon maaf di atas salah silap yg mungkin berlaku tanpa aku sedari...Maaf Zahir Batin.

Mohon maaf jika ada yg terasa dengan teguran, kata-kata atau perilaku ku yg tujuannya hanya satu iaitu untuk menjaga keharmonian blog ini. Dalam masa yg sama, perlu juga menjaga hati Riz & Stacy.. atau dengan kata lain, tidak mahu ada kritikan negatif yg cuba mengaibkan mereka. Blog ini hanya untuk penyokong-penyokong setia mereka sahaja...bagi yg sebaliknya @ 'anti' mereka, di sini bukan tempat anda...!!

Mohon maaf jika ada yg 'bengang' dengan tindakan yg aku lakukan... aku lakukan semua itu dengan bersebab. Anda boleh mengkritik tetapi bukan mengutuk. Kritik dan kutukan adalah dua perkara yg berbeza... sila fahami perbezaannya dahulu sebelum anda meluahkan pendapat...

Seperti yg telah aku nyatakan, Riz & Stacy sama sekali tidak terlibat dalam penghasilan blog ini. Anda jangan beranggapan mereka akan membaca mesej-mesej anda di sini(kalau baca, Alhamdulillah..hehe).. anggap saja anda cuma luahkan apa saja tentang mereka di sini.. namun, masih ada batasnya...okey.. jangan marah jika ada antara mesej tersebut tiba-tiba 'hilang'... pasti ada sebabnya ia tiba-tiba lenyap begitu saja....cuba fahami pendirian aku tentang blog ini..ok...


Terima kasih di atas sokongan yg telah anda berikan kepada blog ini. Apa yang pasti anda memang peminat setia Riz & Stacy....jika sering menjadikan blog ini antara persinggahan wajib anda, selain daripada blog rasmi Rizfc dan Stacyfc...thank you so much!


Apa yg aku harapkan, anda semua akan terus memeriahkan blog ini. Tanpa anda, apalah yg ada pada blog ini... kann.. hehehe..


Yang paling penting, teruskan sokongan anda pada mereka(terutamanya Riz yg masih berusaha untuk 'menempatkan' lagu-lagunya di corong-corong radio). Dalam masa yg sama teruskan sokongan padu anda untuk perjalanan karier Stacy yg semakin bersinar.


Selagi hayat dikandung badan, aku akan terus memberikan sokongan yg tidak berbelah bagi kepada Riz & Stacy...InsyaAllah...


Akhir kata.....sekali lagi diucapkan....

SALAM AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

Wednesday, September 8, 2010

STACY @ MEDIA HIBURAN 11-17 SEPTEMBER 2010


Stacy Tumpang Gembira Di Hari Raya


Meskipun tidak menyambut 1 Syawal, Stacy mengakui yang mana setiap tahun dia pasti dapat meraikannya bersama sepupu dan saudara-mara yang beragama Islam.

“Walaupun saya tidak menyambut 1 Syawal, tapi setiap kali Hari Raya saya akan meraikannya bersama-sama dengan sepupu dan saudara-mara lain yang beragama Islam.

“Bila setiap kali raya, saya akan berkunjung ke rumah mereka, dan saya juga pasti akan minta bungkuskan kuih raya yang ada,” cerita Stacy sambil tergelak.


Dalam pada itu, Stacy juga pernah merasai sendiri pengalaman membuat persiapan menyambut Hari Raya di rumah saudaranya.

“Masa saya di tingkatan tiga, saya pernah rasa macam mana suasana ketika di malam raya. Ketika itu saya tinggal di rumah saudara. Malam raya tu, saya tolong mereka kemas rumah dan membuat kuih raya. Memang seronok sampai tak tidur pun.

“Pada pagi raya pula, saya dah bangun awal dan bersiap dengan persalinan baju raya yg disediakan oleh saudara saya. Ketika itu saya dapat lihat kanak-kanak dan ibu bapa mereka berjalan menuju ke masjid untuk sembahyang hari raya,”tambahnya yang menggemari juadah rendang dan lemang.

**Untuk mengetahui lebih lanjut, dapatkan Media Hiburan terbaru di pasaran sekarang!

Sunday, September 5, 2010

RIZ @ HELLO MALAYSIA







Credit to TheDIORATIC

Riz bersama Amylea dan Dior dalam program Hello Malaysia di Bernama TV membincangkan topik "Artis Sendu" dengan hos, Hilmy Ashley.


Saturday, September 4, 2010

LAMAN WEB BINTANG AF DI AESB DAH MUNCUL


Petikan daripada artikel @ Murai.com

Diam tak diam, rupa-rupanya laman sesawang bintang-bintang Akademi Fantasia (AF) iaitu www.aftalents.com.my sudah pun dilancarkan sejak tarikh 27 Ogos yang lalu.

Yang kasitau benda ni pun teman-teman Murai Batu jugak. Punyalah dia suka tengok laman sesawang tu.

Apa tidaknya, selain memaparkan maklumat terkini yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti semua penyanyi di bawah naungan Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB), ia juga digunakan menyertakan rekod pencapaian jadual, muat turun gambar, lagu dan muzik video tentang bintang AF yang berkenaan.
 
Syabas buat AESB. Murai Batu rasa tindakan mereka mewujudkan laman sesawang ini memang cukup baik sekali serta kena pada masanya. Setidak-tidaknya, ia boleh dijadikan platform untuk mengetengahkan lagi bakat seni bintang-bintang AF yang berada di bawan naungan anak syarikat Astro ini.
 
Lagipun, masyarakat kita memang gemar melayari jalur lebar untuk mengikuti segala pekembangan terbaru mengenai dunia hiburan tanah air. Dengan, adanya laman sesawang bintang AF seperti Mawi, Hafiz, Akim, Aril, Stacy, Shahir, Adira, Ema, Anum, Ain, Iwan dan Maulana ini, ia dapat memberi peluang kepada peminat untuk mendekati mereka dengan lebih pantas lagi.

Lagi satu, kalau sesiapa nak buat sebarang tempahan jadual persembahan setiap penyanyi di bawah naungan AESB seperti acara makan malam, konsert mahupun drama atau filem boleh dibuat secara 'online booking'. Sila layari http://www.aftalents.com.my/




Related Posts with Thumbnails