Nama watak dan perwatakan dalam novel-novel yang diletakkan di blog ini adalah rekaan dan imaginasi penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.
Jika terdapat persamaan, itu hanyalah secara kebetulan sahaja.
Harap maklum.
Monday, September 5, 2011
2ND ALBUM 'STAY-C'
Sunday, July 24, 2011
Sunday, July 17, 2011
COMING SOON ~ STAY-C
Monday, August 16, 2010
STACY@ALBUM HANGATNYA RAYA



Sebagai memberi pilihan kepada masyarakat yang menyambut Aidilfitri tidak lama lagi, stesen radio Hot FM dengan kerjasama PMP Artist Management Sdn Bhd, Astro dan Mongkey Bone menghasilkan album raya berjudul Hangatnya Raya.
Album mengandungi enam buah lagu baru ini dinyanyikan penyampai Hot FM yang digandingkan bersama penyanyi popular.
Antaranya gandingan Faizal Ismail (FBI) bersama Faizal Tahir dan juara Akademi Fantasia musim kelapan, Shahir dalam lagu berjudul Tiba manakala Fara Fauzana, Leya, Stacy dan Shila OIAM menyanyikan lagu Bunga Api Di hati.
Lagu Rindu Yang Telah Pergi dan Hanya Kerana Cinta yang diberi sentuhan irama Rap pula menggandingkan Ikhwan bersama penyanyi popular Mawi, Kieran dan Tomok. Memeriahkan album ini adalah nyanyian beramai-ramai barisan penyampai radio dan artis tanah air melalui lagu Salam Lebaran.
Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Radio Media Prima, Seelan Paul berkata, album dan lagu raya berkenaan dihasilkan untuk menyerikan musim perayaan yang bakal tiba.
Album ini sudah berada di pasaran sejak 9 Ogos lalu. Selain itu, kandungan muat turun secara digital juga boleh di dapati melalui rangkaian Maxis dan seterusnya melalui semua operator tempatan. Tidak cukup itu, 2 minggu lagi, DVD yang memuatkan 6muzik video dari album Hangatnya Raya juga akan menyusul untuk menjadi sebahagian daripada koleksi peminat barisan artis yang ada.
Nantikan juga sesi bertemu peminat oleh barisan artis dan personaliti tidak lama lagi. Maklumat lanjut, teruskan mendengar Hot FM atau layari laman web www.hotfm.com.my.
Monday, August 9, 2010
DUA 'SINGLE' DARI ALBUM RIZ 'BERMULA SEMULA' (FANMADE VIDEO)
~Cinta Ini~
~Bermula Semula~
Kedua-dua lagu ini adalah single RIZ untuk tahun 2010. Dua lagu ini terkandung dalam album pertama RIZ yg berjudul 'BERMULA SEMULA' yg telah pun berada di pasaran sejak akhir Disember 2009 yg lalu.
Tunjukkan sokongan anda pada RIZ dengan membeli album yg original sekarang!
Kulit album RIZ 'Bermula Semula'...
Berbaloi untuk anda membeli album ini dengan susunan lagu-lagu menarik iaitu Hanya Sandiwara (Versi 'live'), Harus Ku Yang Pergi, Bermula Semula, Ku Pinjam Satu Bintang (versi solo), Kau Wanita, Kehilangan Kamu, Cinta Ini dan Khilaf.
Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai album ini, sila tinggalkan pesanan di message box di blog ini @ emailkan ke tinieabd@yahoo.com
Saturday, February 27, 2010
KEMUNCULAN RIZ
Oleh Alzahrin Alias
ALBUM : BERMULA SEMULA
ARTIS : RIZ
Anak muda yg pernah menduduki tempat kedua AF6 yg lalu, Riz kini sudah boleh berdiri bangga dengan album solonya. Walaupun terpaksa berhempas pulas sebelum dapat merealisasikan album ini, Riz tetap puas.
'Bermula Semula' ibarat signifikan kepada liku-liku seninya sepanjang bergelar artis. Pertama kali melihat album ini, MH tertarik dengan konsep albumnya yg seperti surat khabar.
Mengandungi lapan buah lagu di dalam album ini, pastinya tidak menghampakan. Daripada susunan muzik sehinggalah vokal Riz, MH mendapati tiada cacat celanya dan boleh dijangka hits. Antara lagunya adalah 'Bermula Semula', 'Ku Pinjam Satu Bintang', 'Kau Wanita' dan banyak lagi.
(Petikan daripada majalah Media Hiburan keluaran terbaru)
Friday, February 12, 2010
OK KE TAK?



Apa pendapat anda tentang cover album Riz 'Bermula Semula'?
Sebenarnya, saya baru terjumpa satu topik @ Cari Forum berkenaan tajuk ini. Namun, sebagai peminat saya rasa sangat terkilan dan marah dengan kutukan-kutukan yg dilemparkan berkenaan cover album Riz ini.
Kritik boleh tapi jangan sehingga tahap mengutuk dan mengaibkan orang. Saya tak sanggup nak baca semua komen-komen kat situ.
Kat bawah ni adalah komen jujur dari Rindok Blog (Celebrity & E News).....
Kulit Album Riz AF6 Ala-ala 70′an gitu?
Ni dia kulit album Riz AF6 yang dikatakan Ala-ala 70′an gitu.. Rindok Blog suka tengok konsep “Ala-ala 70′an gitu” yang diserlahkan. Kulit Album Riz AF6…Menarik dan segar!
Credit to Rindok Blog
Friday, January 29, 2010
BERMULANYA LANGKAH RIZ
Oleh Abdul Aziz Itar@Utusan Malaysia
KOMENSebagai penyanyi baru, Riz menyerlahkan gaya suaranya yang tersendiri menerusi album sulungnya yang mengandungi lapan lagu itu.
Gaya suara Riz yang kental dengan elemen "kejantanan" di dalamnya mampu digilap lebih jauh sebagai antara penyanyi pelapis tanahair. Kegemersikan suara Riz dapat didengar melalui alunan lagu2 berentak perlahan seperti Hanya Sandiwara, Harusku Yang Pergi dan Cinta Ini.
Sebagai penyanyi yang tampil dengan gaya suara yang sebegitu, Riz kedengaran paling serasi dengan seleksi lagu-lagu berentak sentimental. Malah, hampir keseluruhan lagu dalam album ini berkonsepkan lagu-lagu sentimental pop yang cukup sesuai dengan gaya suaranya.
Cuma di masa akan datang, jika Riz dipertemukan dengan lagu-lagu pop sentimental yang kuat melodinya, maka penampilan suaranya itu akan lebih terserlah lagi. Apa pun itu langkah awalnya.
**2 BINTANG DARIPADA 5 *****BINTANG
Thursday, January 21, 2010
BERMULA SEMULA
Tahniah diucapkan pada RIZ dengan kelahiran album sulungnya, Bermula Semula. Sebagai antara pengikut setianya sejak AF, aku ingin berkongsi apa yang aku rasa mengenai album ini. Ini hanyalah pendapat peribadiku… anda berhak tidak bersetuju…
RIZ
BERMULA SEMULA
Penerbit Eksekutif : Riz Entertainment
Penerbit/Susunan Muzik: Ajai
Studio/Promosi : Wake The Baby
Edaran : Warner Music (Malaysia) Sdn Bhd
Fotografi : Natrah Mat Jaan
Make-Up & Rambut : Chomel
Koordinasi Pakaian : Afeeq Wahab
Track
1. HANYA SANDIWARA (Norliza/Dean) 4:10
Versi ‘live’ @ Konsert Akhir AF6 (2008) kembali membangitkan nostalgia pada Riz dan para peminatnya. Jujurnya, aku agak mengambil masa untuk menyukai single pertama Riz ini ketika mula mendengarnya. Namun, akhirnya diakui lagu ini best dan sesuai dengan vokal Riz. ****STAR
2. HARUSKU YANG PERGI (Ajai) 4:52
Aku suka lagu ini …rasa tenang dan terbuai-buai dengan alunan suara Riz yg mendayu-dayu itu. Riz telah menghayati lagu ini dengan sangat baik… sambil membayangkan Riz sedang menyanyi bersama orkestra di konsert sulungnya. Wow, semua akan kagum dengan alunan vokalnya! *****STAR
3. BERMULA SEMULA (Ajai/Abie) 4:44
Aku sukakan lagu ini ketika pertama kali mendengar previewnya. Riz dan Ajai membuat pilihan tepat dengan memilih lagu ini sebagai single pertama Riz untuk tahun 2010. Satu permulaan yg baik, sesuai dengan tajuknya, Bermula Semula. *****STAR
4. KU PINJAM SATU BINTANG (Ajai/Slen) 3:18
Versi disko ini lebih segar dan rancak, sangat sesuai menemaniku dalam apa jua situasi .. yap… . Aku lebih gemarkan versi solo ini… ****STAR
5. KAU WANITA (Ajai) 3:59
Setelah mendengar kali ketiga, baru boleh menangkap melodi lagu ini. Best jugak… rasa perasan sekejap lagu ni ditujukan pada diri sendiri… Dah mula menyukai lagu ini… ***STAR
6. KEHILANGAN KAMU (Ajai/Noh) 4:00
Personally, pertama kali dengar aku kurang gemar dengan melodi lagu sebegini. Akhirnya, setelah mendengar berulang-ulang kali telingaku boleh juga terima. But, honestly this song is not my favourite one.. Sorry, Riz and fans lain..
huhu… ***STAR
7. CINTA INI (Ajai) 4:26
First time dengar Riz nyanyikan lagu ni @ Mangga Star Search 2009, aku dah mula suka, Lagu ini cepat sangat mesra ke telingaku. Hopefully, lagu ini turut mendapat tempat di hati pendengar. ****STAR
8. KHILAF (Ajai/Slen) 5:00
Dah mula sukakan lagu ni ketika mendengarnya@ launching album ini (walaupun tidak berada di tempat kejadian… huhu). Lirik lagu ni macam ada kena mengena dengan diri sendiri je… Best sangat arrangement muziknya (pada akulah…) dan aku sukakan penghayatan Riz untuk lagu ini. *****STAR
Secara keseluruhannya, sebagai artis baru album ini merupakan satu permulaan yang baik untuk Riz. Bukan mudah untuk mencari lagu-lagu yang menepati citarasa pendengar.
Lagu-lagu seperti Bermula Semula, Harusku Yang Pergi, Khilaf dan Cinta Ini, mampu meledakkan nama Riz di persada muzik tanahair jika dipromosikan dengan baik.
Diharapkan dengan sokongan Wake The Baby dalam mempromosikan album ‘Bermula Semula’ ini, akan memberikan sinar kepada karier Riz seterusnya… Insya-Allah..
Berbaloi untuk membeli album ini kerana rata-rata lagu yg dimuatkan kena dengan selera kini . Dapatkan yg original sekarang dan nilaikan sendiri. Jangan cuba membuat telahan sendiri tanpa mendengarnya!
Beli.. Dengar dan Nilaikan… Jadilah peminat dan pendengar yang bijak!
Tuesday, January 12, 2010
MUZIKA@B POP BERITA MINGGU
ALBUM: Bermula Semula
ARTIS: Riz
GENRE: Pop
EDARAN: Warner Music
PENYANYI yang bertapak selepas meraih naib juara program realiti, Akademi Fantasia musim keenam ini mengambil masa setahun mencari material yang bersesuaian dan serasi dengan kelebihan vokalnya.
Kekuatan Riz menyerlah pada sentuhan balada dan kelebihan itu dimanfaatkan sebaiknya oleh Ajai, selaku penerbit untuk mencungkil sisi terbaik penyanyi ini.
Riz juga menampakkan kesungguhan dan serius dalam usaha pertamanya ini. Itu diterjemahkan pada setiap penyampaiannya dalam keseluruhan lagu yang dimuatkan dalam Bermula Semula.
Dia memberi nyawa untuk lagu balada seperti Harusku Yang Pergi, Bermula Semula dan Khilaf. Mungkin penghayatan Riz belum pada tahap terbaik untuk berdiri selesa dalam industri muzik.
Masih banyak yang perlu difahami Riz terutama dalam memahami serta mendalami sesebuah lagu itu. Tetapi jika diberi sedikit masa dan Riz sendiri mengambil inisiatif untuk memajukan diri, dia berupaya melangkah jauh.
Riz juga merakamkan semula lagu duetnya bersama Alyah, Ku Pinjam Satu Bintang dalam versi solo.
Disuntik nafas baru yang lebih bertenaga, persembahan solo Riz berjaya menyuntik kelainan daripada versi duet yang terlebih dulu diperdengarkan.
Tuesday, December 22, 2009
KOMPILASI 10 SINGLE HANGAT CARTA LAGU DI PASARAN
Info dari ASTRO


Album kompilasi 'single' terbitan AESB ini memuatkan sepuluh (10) lagu hebat yang bakal diedarkan oleh Syarikat Warner Music Malaysia Sdn Bhd. Sepuluh (10) lagu yang dimuatkan ialah Menggegar Dunia (Stacy & Adam), Sugul (Yazid), Berbicara (Isma), Jika Kau Ubah fikiran (Mila), Menatap Matamu (Aril), Sujud (Mawi & KRU), Masih Jelas (Hafiz), Bengang (Akim), Pakai Buang (Stacy) dan Maafkan (Anita Sarawak).
Lagu berjudul 'Bengang' nyanyian Akim telah mencatat rekod lagu paling lama mengungguli carta lagu nombor satu (1) radio HOT.FM selama lebih dari enam (6) minggu berturut turut. Di carta ERA pula, Pakai Buang (Stacy) telah berada selama 11 minggu, Menatap Matamu (Aril AF7) selama 6 minggu, Masih Jelas (Hafiz AF7) selama 24 minggu, Bengang (Akim AF7) selama 24 minggu dan Jika Kau Ubah Fikiran (Mila) 5 minggu. Manakala lagu lain sedang mendaki anak tangga carta 40 ERA iaitu Menggegar Dunia (Stacy & Adam), Sugul (Yazid) dan Berbicara (Isma).
Malahan, Pakai Buang, Masih Jelas dan Bengang turut tercalon untuk Anugerah Juara Lagu TV3. Paling menarik sokongan para peminat yang tidak berbelah bagi menambah lagi kehangatan lagu Masih Jelas, Bengang dan Menatap Matamu apabila pelayar pelayar Youtube secara sukarela melakar muzik video berbentuk animasi untuk ketiga tiga buah lagu ini.
Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih, album kompilasi berjudul '®ERA RADIO HITZ' ini turut memuat tujuh (7) muzik video percuma untuk tatapan peminat yang menyokong kerjaya seni artis artis di bawah naungan AESB. Album ke- 2 terbitan AESB ini dijangka berada di pasaran seluruh Malaysia pada akhir November 2009. Kompilasi khas untuk peminat ini boleh didapati dengan harga RM21.90.
Para pendengar juga berpeluang mendapatkan lagu lagu kompilasi hangat ini melalui nada dering dilaman web Maxis, Digi dan Celcom.
Friday, September 4, 2009
IMPIAN SYAWAL

Edaran : Hup Hup Sdn Bhd(Life Records)
Antara lagu yg terdapat di dalam album ini :
1. Impian Syawal ~ AF6
Lagu: Nik Nizam
Lirik: Ernie Sulastri
2. Raya Datang Lagi ~ Stacy
Lagu : Hadi Hassan
Lirik : Sham Amir Hussein
3. Syawal Kemaafan ~ Riz
Lagu : Hadi Hassan
Lirik : Sham Amir Hussein
4. Segaris Bulan Sabit ~ Nubhan
5. Syawal Di Rantauan ~ Toi
6. Sketsa Menjelang Raya ~ Nadia
7. Di Pagi Raya ~ AF1
8. Syawal Telah Menjelma ~ AF3
9. Mesti Balik Raya ~ AF4
10. Indahnya Beraya Di Desa ~ AF4
11. Cahaya Raya Jiwa Kita ~ AF5
12. Ayah … Aku Rindu Padamu ~ Mawi
13. Hari Raya Bahagia ~ Khai & Rosma
14. Joget Aidilfitri ~ Mama Rina & Saida
Sunday, August 2, 2009
AKU STACY
Dipasarkan pada : 9 March 2009
Genre
Pop, Pop dance, Ballad
Label
Maestro Records, Warner Music
Penerbit
Freddie Fernandez, Ajai, Audi Mok, Edry KRU, Kieran Kuek

Track
1. "Aku Stacy" ~ Intan Norul Azlin/Layla Ismail 2:50
Pertama kali dengar@ final AF6, aku dah sukakan lagu ni. Single ini pilihan tepat buat Stacy... rancak. I love it! ****STAR
2. "Gagap" ~ Kieran Kuek/Mode 3:49
Lagu ini menjadi single kedua Stacy dan secara peribadi, aku bukanlah penggemar lagu ini pada peringkat awal. Namun, lagu ini best untuk didengar. ***STAR
3. "Pakai Buang" ~ Edry KRU 3:37
Aku gemarkan lagu ini bila first time dengar @ radio. Lagu ni memang cepat mesra ke telinga aku. Beatnya memang mampu menarik pendengar... terhibur sangat. *****STAR
4. "Cerah" ~ Audi Mok/Nurfatima 2:58
Best! Lagu yg boleh menceriakan hariku.... *****STAR
5. "Cinta Yang Ku Duga" ~ Ajai 4:44
Lagu balada yg mencabar vokal Stacy. Best penghayatan Stacy dalam lagu ini. Aku akui Stacy mempunyai kualiti suara yg bagus dan versatile. I love it! *****STAR
6. "Aku Stacy (Live version)" ~ Intan Norul Azlin/Layla Ismail 2:55
Lagu ini mengimbau nostalgia di malam final AF6... persembahan mantap dari Stacy... ****STAR
7. "Cinta Khayalan (Live version)" ~ Sharon Paul/Shimy 3:44
Dapatkan album ini .... yang original ye ... hanya RM19.90!

