JOM CHAT


Nama watak dan perwatakan dalam novel-novel yang diletakkan di blog ini adalah rekaan dan imaginasi penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.



Jika terdapat persamaan, itu hanyalah secara kebetulan sahaja.



Harap maklum.



Monday, August 31, 2009

TAK PINJAM BINTANG ALYAH DAN STACY



Oleh FERIDE HIKMET ATAK
feride.hikmet@kosmo.com.my

BUKAN adik-beradik, bukan juga teman rapat. Namun, banyak persamaan yang dimiliki oleh Riz dan Chaq yang kini duduk di bawah jagaan syarikat rakaman milik komposer Ajai, Wake The Baby.

Masih baru dalam menjadi anak seni yang tegar, mereka mahu mencipta nama dan mengecapi populariti sepertimana yang diraih artis dan penyanyi popular seperti Datuk Siti Nurhaliza atau Anuar Zain.

Umum tahu, mereka menempa nama melalui pertandingan program realiti iaitu daripada Akademi Fantasia 6 (AF6) serta Mentor yang baru saja selesai pertandingannya.

Masing-masing membawakan muzik berkonsep pop R&B namun persamaan mereka lebih jelas boleh dilihat apabila karier mereka dibayangi wanita lain untuk bertapak dalam industri muzik.


Tak tumpang populariti

Riz atau nama sebenarnya Mohammed Idris Mohd Zaizizi tidak boleh menafikan karier seni sedikit dingin selepas keluar daripada AF6. Namun, sejak beberapa bulan lalu, nama Riz kembali meniti di bibir peminat, tuah duetnya bersama Alyah dalam lagu Ku Pinjam Satu Bintang yang kerap diputarkan di radio.

Kerana lagu itu juga nama Riz semakin bersinar. Bagaimanapun, Riz seperti dibayangi Alyah ke mana sahaja dia pergi.

Malah, untuk single ketiga, Bermula Semula, Riz juga menggunakan suara Alyah untuk beberapa bahagian lagu tersebut.

Menurut Riz, dia tidak pernah terlintas untuk menumpang populariti penyanyi jelita itu.

"Saya tak terfikir atau beranggapan untuk tumpang populariti sesiapa. Apa yang ditampilkan oleh saya dan Alyah sekadar mahu mencari kelainan kepada peminat.

"Lagipun saya masih baru dalam bidang ini. Untuk bertahan lama dan menarik perhatian peminat, kita perlu kreatif supaya usaha kita nampak di mata masyarakat.

"Kalau nak dijadikan cerita, masa mula-mula dulu, Alyah juga kurang dikenali. Apa yang saya rasa, nama kami naik bersama dengan lagu itu.

"Sebelum kami rakam lagu itu, saya dengar dulu suara dia, nak dengar sesuai atau tidak dengan suara saya. Bila dah dengar, masing-masing setuju untuk rakam lagu tersebut,"
katanya.

Tambah Riz, dia berharap agar peminat tidak salah faham mengenai hubungannya bersama Alyah yang dianggap sebagai kakaknya sahaja, tidak lebih daripada itu.

"Saya tahu, ada juga orang yang memanggil saya sebagai Riz-Alyah. Tapi saya tak kisah, janji nama saya disebut. Itu tandanya orang tahu mengenai kewujudan saya dalam industri," ujarnya.

NAMA Riz kembali menjadi sebutan selepas lagunya bersama Alyah semakin mendapat perhatian.


Bermula Semula

Bercerita mengenai single ketiga Riz iaitu Bermula Semula yang dihasilkan oleh Ajai dan lirik oleh Abie Abdullah, ia merupakan sebuah lagu yang begitu bermakna buat penyanyi kelahiran Kampung Padang Kunyit, Grik, Perak ini. Mana taknya, untuk menyiapkan lagu itu sahaja, Riz terpaksa mengumpul wang sehingga mencukupi sebelum merakamkan lagu berkenaan.

"Biasalah kalau guna bajet sendiri, memang lama sikit sebab nak kena kumpul duit sampai cukup. Insya-Allah, single ketiga saya ini akan dilancarkan selepas Hari Raya Puasa,"
ujarnya.

Berbicara mengenai lagu Bermula Semula, Riz merasakan bait-bait lirik itu begitu kena dengannya.

Apatah lagi ia mengisahkan mengenai kebangkitan seseorang daripada masalah, membuatkan Riz mudah untuk menghayati lagu tersebut ketika dirakamkan.

"Lagu ini mempunyai dua maksud. Satu, ia mengenai kisah cerai antara suami isteri yang kemudiannya mahu berdamai semula. Tapi saya anggap, lagu ini membayangkan seperti saya, di mana, perjalanan karier saya agak perlahan selepas AF6 dan inilah masanya untuk saya bangkit semula," kata Riz yang baru saja tamat rakaman drama raya, Mawi Habibi Raya.

DUA anak muda kelahiran program realiti TV ini berusaha gigih untuk berjaya di persada muzik tanah air seperti mana penyanyi wanita yang sering dikaitkan dengan mereka.


MORE PICS@SHOOTING DRAMA RAYA



Pictures credit to
RizAngels

STACY TAK LAYAN PEMINAT ?


Oleh Tajul Ariffin Abu Hassan
Foto Noor Azlina Jaafar




Sedang nama melonjak naik sebagai penyanyi pelapis,gadis kecil molek bernama Stracie Angie Anam ini mula dilabel sombong dan sudah lupa diri.

Juara Akedemi Fantasia musim keenam (AF6) ini dikatakan sudah mula berlagak dan sukar untuk menyapa peminat –peminatnya yang telah banyak membantu perjalanan kariernya .

Sikapnya yang enggan berdiri dan berpaling sebentar untuk peminat mengambil gambar telah mengecewakan ramai peminat yang begitu teruja dapat melihatnya semasa menjayakan promosi program anugerah baru di pusat membeli – belah termuka di Damansara baru – baru ini .

Ketika dilontarkan dengan pertanyaan tentang sikapnya yang mencetuskan rasa marah di hati peminat , Stacy memberitahu HAI bahawa dia punya alasan yang tersendiri.

“Bukannya saya sengaja atau mengelak untuk menyapa dan bergambar dengan mereka. Mungkin,pada masa itu saya sedang sibuk bersiap-sedia untuk membuat persembahan.

“Saya tidak pernah melupakan jasa peminat. Jika ada kelapangan dan masa mengizinkan, saya pasti akan melayan mereka.

“Tanpa peminat,pasti saya takkan kekal dalam industri sampai hari ini.Takkan saya sanggup buat begitu kepada mereka.

“Saya selalu mengutamakan peminat kerana itulah cara saya untuk membalas budi mereka.

“Tetapi,saya hanya manusia biasa dan tidak mampu puaskan hati semua orang. Saya ingin meminta maaf jika ada peminat yang tersinggung,”
jelas Stacy yang baru menginjak usia 19 tahun pada 18 Ogos lalu.


TIDAK PUAS

Bercerita tentang pengalaman beraksi di pentas Anugerah Planet Muzik (APM) 2009 di Jarkata,Indonesia ,baru-baru ini ,Stacy ternyata teruja kerana warga Indonesia menyaksikan persembahan mantapnya menerusi lagu Gagap.

Namun ,dalam kegembiraan itu, Stacy masih belum cukup puas kerana tidak dapat melakukan yang lebih baik pada malam itu.

“Biasanya ,saya akan mengambil masa yang lama sebelum membuat persembahan .

“Tetapi untuk persembahan di (APM),masa latihan tidak mencukupi kerana saya perlu beraksi bersama penari dari seberang dan saya pula tiba di Jakarta dua hari sebelum acara APM itu berlangsung .

“Selain itu ,keadaan fizikal saya yang terlalu lemah kerana kurang sihat juga telah menjejaskan mutu persembahan.

“Bagaimanapun , saya tetap kuatkan semangat untuk tidak mengecewakan peminat yang begitu teruja untuk melihat persembahan saya di sana, “
ceritanya.



KERJASAMA BERSAMA KRU

Selepas kejayaan album sulungnya, Aku Stacy ,gadis kelahiran Kota Kinabalu ,Sabah ini bakal menggegarkan industri muzik tempatan menerusi album kedua pula.

“Sekarang saya sedang sibuk merakamkan single terbaru dengan KRU dan mereka juga akan menghasilkan klip-video untuk lagu Pakai Buang .

“Ini merupakan satu projek usahasama di antara AESB dan KRU. Mungkin konsep yang saya bawakan serasi dengan KRU membuatkan mereka berminat untuk menghasilkan album kedua saya .

“Untuk album terbaru itu nanti, saya masih mengekalkan konsep muzik yang sama,”
terang Stacy.

Wednesday, August 19, 2009

NADIA CEMBURUI RIZ & ALYAH?

Siapa pilihan RIZ? Nadia atau Alyah? ... HAI >>>Amboi...soalan apa ni ??



MAJALAH HAI 20 OGOS 2009

Perihal kerenah peminat turut memberi tempias pada hubungan baik di antara Nadia dengan Riz. Sejak sama-sama berjuang di dalam Akademi Fantasia musim keenam lagi sekelompok peminat bagaikan mahu ‘menjodohkan’ mereka.

Yang mereka kurang suka apabila hadir penyanyi Alyah Abu Hasan di dalam hidup Riz. Kemesraan yg terjalin melalui lagu duet Ku Pinjam Satu Bintang telah menyebabkan segelintir peminat fanatik kedua-dua bintang AF itu naik marah.

Lebih panas, Alyah sendiri mengakui menerima kiriman e-mel kurang enak daripada para peminat Riz dan Nadia. Namun, dia tidak cepat melenting kerana baginya, hubungan dengan Riz sekadar teman seperjuangan.

“Cemburu? Memanglah saya cemburu dengan Riz. Tapi, bukan kerana dia sekarang lebih banyak digosipkan dengan Alyah.

“Cuma, saya cemburu melihat perkembangan seninya yg nampak lebih menyerlah berbanding saya.

“Mengenai gosip dia dengan Alyah, saya tak cemburu. Sebab sebelum ini pun saya pernah menerima tempias gosip yg sama, padahal tidak bercinta pun.




STACY ~ THE OUTSTANDING YOUNG PERSON AWARDS



KOTA KINABALU: Deputy Health Minister Datuk Rosnah Hj Abd Rashid Shirlin were among one of the 10 individuals to receive The Outstanding Young Person of Sabah 2009 (TOYPS) Awards organised by JCI Kota Kinabalu at resort here on Saturday night.

Rosnah who is the Puteri Umno chief was honoured in the political legal and government affairs category and she received the award from Assistant Minister of Youth and Sports Datuk Jahid Jahim who representing Deputy Chief Minister Datuk Peter Pang En Yin.

The award is to recognise to the contribution made by young Sabahans below 40 years-old in various fields of progress or welfare for the benefit of the community. The ceremony comprised 10 award categories.

And apart from Rosnah and the other award recipients are Gary Chaw Pak Haw in the Cultural and Artistic Achievement category; Tan Kar Leong (Business, Economic or Entrepreneurial Accomplishment); Dr Roland Chia Ming Shen (Humanitarian and Voluntary Services); Ben Leong (Personal Improvement and Accomplishment): Kevin Loo Seng Pung (Moral and Religious Leadership); Calvin Tang Kiat Chung (Scientific and Technological Development); Steven Liau Chee Kok (Contribution to Children, World Peace, Nature or Human Rights); Stracie Angie Anam @ Stacy (Cultural and Artistic Achievement); and Mak Ching Hsia (Academic, Leadership and Accomplishment).

Meanwhile, Pang in his speech read by Jahid said the winners will be the icon for the youth of this state and they will become an inspiration for fellow Sabahans and in the process not only develop themselves but also the state.


Article credit to New Sabah Times ~18/8/2009

Pictures credit to Metalz Zone (pictures during Sabah Media Press Fest)

Thanks to Virgonz for the info ;

http://headhunters89.blogspot.com/



Tuesday, August 18, 2009

GANGSTARZ 2007

EVOKE AND EQUAL STAR

Sunday, August 16, 2009

AF BUDDIES ...


Riz bersama Nubhan, Diddy dan Ebi @ photoshoot Mangga.


Riz bersama geng AF6 dan Reza.

STACY@THE WOODS RESORT

Stacy bersama Akim dan Yazid AF7 ketika rakaman program 'Menuju Puncak' di The Woods Resort.


Credit:-

Dari album: "af at woods" oleh Mohamad Hanafi@Facebook


More pictures, klik pada title post di atas ...


Saturday, August 15, 2009

RIZ~STACY@BATU PAHAT

RIZ~STACY bersama Mawi, peserta Anak Wayang dan pelakon lain ketika shooting telemovie raya Astro di Batu Pahat, Johor pada 11/8~13/8 yang lalu.

..telemovie ini akan disiarkan pada Hari Raya Pertama, jam 6 petang di Astro Ria....Tunggu!!


Pictures credit toAbang Manz


More pictures, klik post title di atas

Thursday, August 13, 2009

RIZ@MANGGA OGOS 2009


RIZ bersama Aishah AF7, Aweera dan Anith OIAM.


Credit to Majalah Mangga


Untuk cerita lebih lanjut tentang mereka, jangan lupa dapatkan majalah Mangga Ogos 2009 di pasaran sekarang!

Tuesday, August 11, 2009

FLASHBACK RIZ@AF6

RIZ dan Awal Ashaari di Konsert Akhir AF6.

Untuk lebih info tentang artis realiti TV, sila layari

MORE PICS@STACY BIRTHDAY PARTY








foto THE STAR oleh SAMUEL ONG


Credit to mStar Online

Monday, August 10, 2009

STACY@FFM 22




Credit to strawberry2406




Persembahan tribute Stacy untuk Yasmin Ahmad @ Festival Filem Malaysia ke 22... dengarkan lagu Angel...

Sunday, August 9, 2009

BERMULA SEMULA~Riz Pertaruh Album Pertama



RIZ …..kecewa single pertama terperap.

Oleh Firdaus Sahat
firdaussahat@hmetro.com.my


Kerjaya seni Naib juara Akademi Fantasia musim keenam (AF6), Riz bagaikan suram. Barangkali, jika tiada single duet bersama Alyah, kemungkinan besar peminat sepi daripada alunan suaranya.

Bukan kemahuannya seperti itu. Sebaliknya pelbagai perkara terjadi dengan bekas pihak pengurusan. Malah, apa yg dijanjikan mereka tidak langsung ditunaikan.


“Tidak perlulah saya nyatakan syarikat berkenaan. Apa yg penting, harapan saya untuk melihat single pertama dipromosikan dengan baik hancur. Malah ada di antara mereka tidak langsung buat kerja.

“Bayangkan saja, single yang sepatutnya dihantar ke stesen radio tidak dihantar. Malah, apabila saya bertanya mengenai album single yang dikhaskan untuk media, mereka kata ia sudah dihantar dan stok berkenaan sudah habis.

“Nak dijadikan cerita, rupa-rupanya album single berkenaan tersimpan dan disorok di bawah meja. Dari situ, barulah saya dapat tahu promosi untuk single berkenaan tidak dijalankan, “
katanya.

Tambah Riz, sudah tentu perasaan kecewa menghantui dirinya. Apabila syarikat berkenaan ditutup, Riz dilamar Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB).

“Bagaimanapun, mereka tidak menawarkan pengurus untuk menguruskan kerjaya saya.Bukan bertindak meminta atau ‘demand’, sebaliknya sebelum ini saya sudah mempunyai seorang pengurus yang banyak membantu saya.

“Jadi, selepas berbincang dengan AESB, saya membuat keputusan untuk bergerak sendiri. Bahkan, dengan cara ini saya lebih selesa walaupun perlu mengeluarkan bajet sendiri untuk menghasilkan album mahupun single,”
katanya.

Selepas lagu demi lagu diperdengarkan di corong radio, kini Riz tampil dengan single terbaru berjudul, Bermula semula. Katanya, lagu itu baru saja siap dirakamkan dan bakal dihantar ke stesen radio untuk dimainkan.

“Sekarang ini, saya hanya menunggu masa untuk ia dimainkan di radio. Sebelum ini, single terdahulu saya berentak agak perlahan jadi ia jarang mendapat perhatian pihak radio berkenaan.

“Harap- harap, single kali ini akan diterima peminat. Berikutan lagu saya jarang dimainkan di radio, ada peminat yang menganggap kerjaya seni saya semakin sepi.

Sebenarnya tidak. Saya masih lagi aktif memeriahkan pentas nyanyian. Harap-harap single ini akan mengubat rindu mereka,”
katanya.

Menyentuh soal album terbaru daripadanya, Riz menjelaskan ia masih di dalam proses pembikinan. Buat masa ini, perancangannya tertumpu untuk menghasilkan single dahulu.

“Bagaimanapun, saya tetap tidak mengetepikan album. Untuk terus kekal relevan dalam dunia muzik, album memainkan peranan penting bagi seseorang penyanyi.

“Insyaallah, jika tiada aral, album berkenaan akan siap pada Syawal ini,”
katanya yang mengeluarkan wang sendiri untuk produksi album berkenaan.

Tambah menarik, ada pihak menyatakan dia turut menumpang populariti
Alyah apabila berduet dengan penyanyi berkenaan menerusi lagu Ku Pinjam Satu Bintang.

Kerjasama yang terjalin serta paduan suara mereka itu, Riz dan Alyah dilihat serasi menyanyikan lagu berkenaan. Bagaimanapun, soal menumpang populariti tidak pernah wujud dalam kamus hidupnya.

“Saya tak kisah apa orang nak kata. Bukan mudah mahu menutup mulut mereka. Malah, bergandingan dengan Alyah menjadi rezeki buat saya apabila lagu berkenaan kini hangat dimainkan di radio.

“Soal populariti, kami masing-masing mempunyai kelompok peminat yang berbeza malah tidak pernah wujud mana-mana pihak menumpang populariti sesiapa,”
katanya.


Credit to
harianmetro

Friday, August 7, 2009

IMBAUAN : RIZ~STACY@MANGGA OGOS 2008


Oleh
Aisamurni Suparman
E-mel : aisya_cute@yahoo.com


STACY IKUT KATA HATI

Juara AF6 yg comel iaitu Stacy kini popular dengan lagu Aku Stacy. Jom baca kisah Stacy.

Cerita Stacy:
“So far saya bersyukur sebab belum ada lagi gossip buruk yg mengaitkan diri saya. Sebagai orang baru saya tidak mahu dilanda kontroversi. Sebaik-baiknya saya cuba elakkan dari berlakunya kontroversi.

“Tapi sebagai manusia biasa saya juga tak boleh memuaskan hati semua pihak.

“Soal cinta… saya akan jatuh hati pada seseorang kalau saya bertemu dengan orang tu, hati saya tiba-tiba terasa sesuatu. Kalau hati saya rasa something tu maknanya lelaki itulah yg berjaya mencuri hati saya. Itulah… saya akan ikut kata hati saya.”


RIZ PENCINTA YG ROMANTIK

Walaupun terlalu baru menceburkan diri dalam bidang seni, bintang AF6 iaitu Riz tidak terlepas dikaitkan dengan gossip dan kontroversi.

Cerita Riz:
“Paling kelakar apabila ada yg kata saya ni duda anak satu dan ada juga yang kata saya pernah bekerja sebagai tukang urut di rumah urut gayboy.

“Rasa sedih tu ada juga laa sebab cerita yg disebarkan tu bukan menggambarkan diri saya yg sebenar.

“Tapi saya pun tak peduli sangat pasal gosip-gosip ni sebab benda tu biasa dalam bidang seni. So far belum lagi laa saya tension dengan gossip tu semua.

“Buat masa ni saya nak fokus pada karier dulu. Nak bercinta tu belum lagi. Kalau ada girlfriend semata-mata nak menutup kontroversi yg datang, bagi saya itu tak patut..

“Kita bercinta dengan seseorang itu sebab ikhlas. Jadi kalau bercinta semata-mata untuk menutup kontroversi.. itu tak ikhlas namanya.

“Kalau bercinta saya ni seorang yg romantik.. he..he.. Rasanya perkara paling romantik pernah saya buat ialah bagi bunga. Itu dulu laa… Sekarang ni saya tak ada girlfriend so tak tahulah macam mana… ha.. ha..ha…Yang penting bagi saya dalam sesebuah perhubungan tu kena ada give and take.”

Wednesday, August 5, 2009

STACY BUAT CAMEO.....


Oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ

DISEBABKAN terlalu sibuk dengan ‘show’ sepanjang bulan ini, kelab peminat Stacy, Stacy Angie Frenz terpaksa meraikan sambutan majlis Hari Jadinya terlebih awal iaitu pada Isnin lalu walaupun ulangtahun kelahirannya jatuh pada 18 Ogos ini.

Stacy sememangnya tidak mahu melepaskan peluang untuk meraikan Hari Jadinya bersama peminat tersayang lantas memikirkan daripada langsung tidak buat, lebih baik di awalkan saja, fikirnya.

“Lepas semak jadual dengan pihak Astro Entertainment Sdn. Bhd. (AESB), saya akan sibuk dengan ‘show’ mulai 6 Ogos ini dalam majlis makan malam bersama media di Sabah, Festival Filem Malaysia (FFM) ke-22 di Sabah (8 Ogos), Promo Jelajah Era di Melaka, ‘show’ untuk Power Roots, beberapa jemputan majlis berbuka puasa seperti bersama TV3 sepanjang bulan puasa dan menyanyi sebagai ‘cameo’ dalam drama muzikal di Jakarta yang turut dilakonkan oleh Akim, Mila, Aril dan ramai lagi alumni AF (26 hingga 28 Ogos).

“Saya bersyukur sangat dengan rezeki yang murah ini dan sekarang tumpuan saya hanya untuk meluaskan bakat saya dalam bidang nyanyian dulu.

“Saya pernah berlakon untuk sketsa Raya bersama Mawi yang diterbitkan oleh syarikatnya tetapi saya dah tak larat nak tunggu dan susah untuk berlakon.

“Kalau ada peluang untuk berlakon, saya akan cuba tetapi hati belum bersedia dan ada ‘feel’ untuk berlakon buat masa ini,” kata Stacy yang terkejut dengan kemeriahan sambutan majlis Hari Jadi yang dianjurkan oleh kelab peminatnya itu.

Menurut Stacy, pada mulanya mereka hanya meminta dia datang tanpa memberitahu ada ‘sesuatu’ yang mereka aturkan untuknya, biasalah namanya pun ‘kejutan’ Hari Jadi.

“Saya tak tahu yang mereka ada menyediakan ‘slide show’ yang mengumpul gambar kenangan saya sejak kecil hingga sekarang, lepas tu ada ‘game’ seperti Limbo Rock dan yang mereka aturkan.

“Saya suka semuanya kerana meriah sangat. Lagipun, ini kali pertama saya boleh mengenali peminat dengan lebih rapat dan rasa lebih dekat dengan mereka,” ujarnya mengenai kelab peminat yang telah mengumpul lebih 2,000 peminat itu.

Stacy berkata dia mendapat banyak hadiah seperti baju, anak patung, jam tangan Bonia dan aksesori seperti gelang.

Selain itu, Stacy, abangnya, Chaq Mentor dan rakan seperjuangannya yang lain seperti Diddy AF, Thye Mentor, Hyrul Mentor dan Naizle turut menghiburkan tetamu yang hadir.


Terharu dengan sokongan peminat


Stacy berkata dia terharu dengan setiap sokongan peminat yang tidak putus-putus dalam menaikkan kerjayanya.

Menurut Stacy, disebabkan peminat dia telah berjaya menggondol Anugerah Popstar di Anugerah Shout! dan hampir memenangi gelaran Artis Malaysia Paling Popular di Anugerah Planet Muzik 2009.

“Saya terkejut apabila mendapat tahu yang saya hanya kalah satu mata dengan Datuk Siti Nurhaliza untuk menang anugerah Artis Malaysia paling popular tapi nak buat macamana dah tiada rezeki.

“Tak mengapa, saya bersyukur sangat kerana telah menang Anugerah Shout!,” beritahunya dalam nada ceria.



Credit to mStar online


Untuk cerita lebih lanjut, sila klik pada tajuk post di atas!

Tuesday, August 4, 2009

A TRIBUTE TO.......



Riz


Rock Around The Clock ... nyanyian asal oleh Bill Haley dan Elvis Presley ...dibawa oleh RIZ dengan gaya tersendiri.


Stacy


Beat It ... nyanyian asal oleh lagenda pop dunia, Micheal Jackson. Dibawakan dengan baik oleh Stacy ..

Kalau diperhatikan ketika di AF, Riz dan Stacy betul betul diuji dengan berbagai genre lagu berbanding dengan yang lain ... Tapi, Riz dan Stacy telah membuktikan bakat mereka dengan memberikan yg terbaik! ...



Credit to
harizmail89

Monday, August 3, 2009

RIZ@HAI 7 OGOS '09




RIZ IKAT PERUT DEMI ALBUM


Ramai beranggapan, seronok jadi artis sebab mudah popular, glamour dan boleh hidup mewah.

Atas faktor itulah, ramai orang berkejar menyertai program realiti untuk mengubah nasib mereka.

Pada hakikatnya, hanya segelintir artis yg berjaya menikmati kemewahan hasil kejayaan dalam karier.

Begitu jugalah dengan Riz yg menyedari hakikat bergelar penyanyi bukanlah tiket untuk sentiasa bermewah-mewahan.

Malah ada kalanya dia sendiri terpaksa ikat perut demi menyempurnakan penerbitan album pertamanya.

“Nak hasilkan album bukan senang. Kadang kala bila peminat bertanya bila nak keluar album saya hanya boleh suruh mereka bersabar.

“Untuk menghasilkan satu album, ada kalanya saya terpaksa mengikat perut. Bayangkan, satu album saja sudah memakan kos perbelanjaan sebanyak RM50 ribu.

“Jadi, saya terpaksa kumpul duit sendiri bagi memastikan impian memliki album sendiri tercapai.

“Pernah juga saya hanya makan mi segera, kerana mahu berjimat. Setiap duit show, saya simpan.

“Tapi sekarang alhamdulillah, rezeki ada lebih sedikit berbanding dulu,”
luah Riz yang belum berminat mencuba bidang lakonan.

Janji Riz kepada peminat, album pertamanya bakal berada di pasaran selepas Hari Raya atau selewat-lewatnya pada penghujung tahun ini.

“Keseluruhan lagu telah pun siap dirakamkan, hanya tinggal cetakan sahja. Dalam album itu nanti ada memuatkan tujuh buah lagu termasuk ciptaan Ajai dan Noh (Hujan).

“Bila melihat keadaan ekonomi dan penjualan album yang semakin lembap, saya tak mahu meletakkan harapan tinggi album itu akan meletup di pasaran.

“Namun saya berharap agar nama saya akan terus berada dalam industi apabila terhasilnya album itu nanti,”
ujar Riz yang bakal mempertaruhkan single terbaru, Bermula Semula.


SOKONGAN PEMINAT

Biarpun kehangatan Akademi Fantasia Musim Keenam sudah setahun berlalu, namun populariti pesertanya masih belum terpadam.

Naib juara AF6 dari Gerik, Perak ini masih menjadi tumpuan dan kekal disayangi oleh para peminatnya yang menggelarkan diri mereka, Riz Angels.

Malah, sokongan dan semangat yang diberikan oleh kelompok peminatnya itu, dikatakan masih sama seperti mana sokongan yang diberikan pada awal melangkah keluar dari gelanggang AF6.

“Tak dinafikan, saya memang memerlukan sokongan mereka untuk terus berada di dalam dunia nyanyian ini.
“Alhamdulillah, setakat ini hubungan saya dengan ahli-ahli kelab peminat masih rapat dan kami sentiasa berhubung.

“Mereka sangat menyokong kerjaya saya, walaupun ia tidaklah semeriah seperti peringkat awal saya menyertai AF6.

“Namun, saya tetap berterima kasih pada mereka kerana sentiasa berada di belakang menyokong saya.

“Saya tak boleh menghalang mereka untuk berhenti menyokong saya, kerana ada kalanya saya sendiri seakan sepi tanpa sebarang perkembangan terbaru.

“Tetapi bila mereka kekal setia menjadi peminat, saya rasa sangat dihargai,”
ujar Riz memuji para peminatnya yang sanggup turun ke Johor Bahru sewaktu membuat persembahan untuk pelancaran Suara Karaoke HAI-Red Box, pada Mei lalu.




Jangan ketinggalan untuk mendapatkan majalah HAI terbaru di pasaran sekarang!



Credit to Angah@RizAngels

BERSAMA IDOLA.....



Riz dan Stacy bersama idola mereka, Datuk Siti Nurhaliza di Pesta Filem Malaysia Ke 21 pada 9/8/2008.


Credit to
RizAngels, StacyFrenz


Sunday, August 2, 2009

IMBAUAN : RIZ~STACY@BINTANG KECIL 1 FEBRUARI 2009




SEJENAK BERSAMA :
ABANG RIZ NAK JADI JURUTERBANG

PIN UP LIRIK : STACY~GAGAP

AKU STACY



Dipasarkan pada : 9 March 2009

Genre
Pop, Pop dance, Ballad

Label
Maestro Records, Warner Music

Penerbit
Freddie Fernandez, Ajai, Audi Mok, Edry KRU, Kieran Kuek



Track


1. "Aku Stacy" ~ Intan Norul Azlin/Layla Ismail 2:50

Pertama kali dengar@ final AF6, aku dah sukakan lagu ni. Single ini pilihan tepat buat Stacy... rancak. I love it! ****STAR

2. "Gagap" ~ Kieran Kuek/Mode 3:49

Lagu ini menjadi single kedua Stacy dan secara peribadi, aku bukanlah penggemar lagu ini pada peringkat awal. Namun, lagu ini best untuk didengar. ***STAR

3. "Pakai Buang" ~ Edry KRU 3:37

Aku gemarkan lagu ini bila first time dengar @ radio. Lagu ni memang cepat mesra ke telinga aku. Beatnya memang mampu menarik pendengar... terhibur sangat. *****STAR

4. "Cerah" ~ Audi Mok/Nurfatima 2:58

Best! Lagu yg boleh menceriakan hariku.... *****STAR

5. "Cinta Yang Ku Duga" ~ Ajai 4:44

Lagu balada yg mencabar vokal Stacy. Best penghayatan Stacy dalam lagu ini. Aku akui Stacy mempunyai kualiti suara yg bagus dan versatile. I love it! *****STAR

6. "Aku Stacy (Live version)" ~ Intan Norul Azlin/Layla Ismail 2:55

Lagu ini mengimbau nostalgia di malam final AF6... persembahan mantap dari Stacy... ****STAR

7. "Cinta Khayalan (Live version)" ~ Sharon Paul/Shimy 3:44
Personally, aku lebih sukakan versi Stacy daripada versi asal. Stacy menyampaikan lagu ini dengan cara tersendiri. Agak sedih dengan situasi lagu ini... lagu baru tapi sebenarnya tidak. Namun, Stacy telah memberikan yg terbaik untuk lagu ini. ****STAR


Dapatkan album ini .... yang original ye ... hanya RM19.90!

Saturday, August 1, 2009

STACY@KEMUNCAK ANAK WAYANG





Credit to guatvdotcom


Persembahan bertenaga Stacy semalam di pentas akhir Anak Wayang .. tribute to MJ. Siap moonwalk lagi .. cayalah Stacy!
Related Posts with Thumbnails