JOM CHAT


Nama watak dan perwatakan dalam novel-novel yang diletakkan di blog ini adalah rekaan dan imaginasi penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.



Jika terdapat persamaan, itu hanyalah secara kebetulan sahaja.



Harap maklum.



Showing posts with label MAJALAH. Show all posts
Showing posts with label MAJALAH. Show all posts

Thursday, February 9, 2012

RIZ @ HAI 7 FEBRUARI 2012




Cover depan HAI keluaran 7 Februari 2012...


EKSKLUSIF : ALYAH & RIZ TIDAK LAGI BERMASAM MUKA
Oleh: Emma Hassan & Farol Hadi Mustafa
Foto: Mohd Farizwan Hasbullah
Lokasi: Pusat Sains Negara, Kuala Lumpur



Tarikh 12 Januari 2012 menjadi detik penyatuan semula Alyah dan Riz. Mereka kini tidak lagi bermasam muka.

Mereka akui apa yang berlaku adalah kerana salah faham dan keegoan diri masing-masing. Biarlah apa yang berlaku menjadi sejarah dalam hidup mereka.

Kata Alyah: “Sekarang kami sudah matang dan boleh menerima setiap perkara dengan baik. Seronok dapat berjumpa dengan Riz. Sekarang pun Riz dah banyak berubah dan semakin matang. Saya doakan semoga kami sama-sama berjaya dalam kerjaya pada masa akan datang.”


RIZ IKUTI PERKEMBANGAN ALYAH

Menurut Riz, dia sentiasa mengikuti perkembangan Alyah dan kagum dengan kejayaan yang telah dicapai oleh penyanyi Kisah Hati itu.

“Perkara yang berlaku dahulu hanyalah salah faham. Kalau dari awal dahulu kami berbincang baik-baik, mungkin tidak aka nada sengketa antara kami berdua.”

“Tidak sedikit pun saya simpan rasa marah atau dendam di dalam hati. Saya gembira melihat kejayaan yang dicapai oleh Alyah sekarang ini. Dia miliki vokal yang cukup hebat.”

Peminat Beri Duit Bikin Album

Lama menyepi dalam industri bukan bermaksud Riz angkat kaki dan meninggalkan bidang yang amat dicintainya ini.

Diam-diam ubi berisi. Setelah sekian lama menyepi, Riz bakal tampil dengan single terbaru. Menarik tentang lagu rakaman lagu ini, Riz memberitahu kos untuk merakamkan lagu ini turut ditanggung oleh peminat.

Riz sendiri tidak menyangka ada sekumpulan peminat yang telah mengumpul duit untuk merealisasikan penghasilan lagu itu.

Nak tahu cerita selanjutnya sila dapatkan HAI keluaran terbaru di pasaran sekarang.

Sunday, October 23, 2011

RIZ @ MAJALAH HAI 7 OKTOBER 2011




(Petikan daripada artikel majalah HAI)


Pengasas Jamu Mak Dara, Halimah Shuib bersama empat orang artis , Tasha Shilla, RIZ AF6, Salma dan Iqa Mentor telah singgah di Rumah Seri Kenangan Taiping, Perak.

Komen RIZ:

"Apabila melihat mereka membuatkan saya sendiri terfikir apakah nasib saya pada masa akan datang.

"Kalau boleh saya tak mahu jadi seperti mereka. Tak salah untuk menghantar ibu bapa ke rumah kebajikan sekiranya kita tak mampu untuk menjaga.

"Tapi janganlah biarkan terus dan abaikan tanggungjawab tanpa menjenguk mereka."




Tuesday, October 4, 2011

STACY @ REMAJA 1 OKT 2011




Dapatkan segera majalah REMAJA  keluaran terbaru 1 Oktober 2011 di pasaran untuk mengetahui info terkini tentang Stacy.

Jangan lupa dapatkan sekarang!



Saturday, June 4, 2011

RIZ @ MAJALAH AKSI 30 MEI 2011


Oleh Halis Shafik



Dapatkan Majalah Aksi AF9 ...cover Hazama ...di pasaran sekarang....








Friday, March 18, 2011

RIZ~STACY @ MANGGA APRIL 2011





Nak baca tentang gosip cinta ini.....


Apa Kata Riz Tentang Pencemaran Alam Sekitar......

 ataupun .....
Perfume Kesukaan Riz


 
Dapatkan di pasaran sekarang!





Wednesday, February 23, 2011

RIZ @ MEDIA HIBURAN 19-25 FEB 2011



Teks Meen Tahrin
(Petikan daripada Media Hiburan 19-25 Feb 2011)



Tuah artis Wake The Baby...percutian ditaja Firefly..

Tanggal 15 Januari yg lalu, artis-artis di bawah naungan Wake The Baby ygt terdiri daripada Ilyka, Riz, Aisya dan Sani telah dibawa bercuti ke negeri yg kaya dengan budaya menarik, Sarawak. Selain empat artis ini, turut sama dalam percutian tersebut adalah rakan-rakan media dari pelbagai agensi.

Percutian selama empat hari tiga malam tersebut telah ditaja sepenuhnya oleh syarikat penerbangan tambang murah Firefly.



Untuk gambar dan cerita selanjutnya, dapatkan Media Hiburan terbaru di pasaran sekarang...cover Rosyam Nor dan Fauziah Gous...





Friday, February 4, 2011

MINI POSTER STACY & ADAM @ URTV 1 FEBRUARI 2011





Dapatkan mini poster Stacy bersama Adam @ URTV terbaru di pasaran sekarang.... cover Juliana Evans & Nur Fathia thanks to Husna Siti Angie for the pictures... cantik editing tu....


Nak tengok lebih banyak gambar, sila layari website Husna @




Friday, January 14, 2011

KELUARGA STACY PILIH AKIM!


Oleh Fadhil
(Petikan Mangga Februari 2011)




Jom ikuti komen kakak Stacy iaitu Cherry serta sepupunya Pauline dan Gayle tentang Akim….

CHERRY : Sebagai kakak, saya happy lihat Stacy bahagia berkawan dengan Akim. Bagi saya, Akim seorang yg menghormati orang, peramah dan pandai bawa diri. Kalau mereka suka sama suka, saya dengan senang hati terima Akim sebagai adik ipar.


GAYLE : Saya selalu lepak bersama mereka (Stacy & Akim)/ Boleh dikatakan saya dan Akim rapat jugak laa. Saya tengok Akim ni seorang yg cepat mesra dan boleh berkawan dengan sesiapa saja. Dia pun selalu ambil berat tentang Stacy.

PAULINA : Akim seorang yg comel, baik hati dan caring. Saya tahu inilah ciri-ciri lelaki idaman yg Stacy cari selama ini.


Monday, December 13, 2010

MAK TAK SUKA GOSIP DENGAN AKIM....


Teks Sudyr
Foto TM Azman


...... Di tanyakan perkembangan perhubungan mereka (dengan Akim), Stacy nyata tidak berselindung.

"Memandangkan masing-masing sibuk, saya dengan persiapan AJL tahun depan dan dia dengan penggambaran drama, jadi kami jarang keluar bersama.

"Lagipun, mak saya tidak suka kalau kami keluar selalu. Sehinggakan kalau kami keluar, mak pasti akan bising. Dia juga tidak suka mendengar gosip tentang kami berdua. Mak tak nak saya tumpukan sangat pada cinta. Katanya, apa-apa saja boleh jadi dalam usia sebegini," luah Stacy.



Mendengarkan kata-katanya itu, mungkinkah mereka kini sedang mengalami krisis, dan beritahu Stacy;

"Kami masih okay dan masih seperti dahulu. Kami tetap rapat."

Bukan setakat ibunya, malah Stacy juga sering dinasihati oleh adik-beradiknya agar sentiasa menjaga diri dalam soal perhubungan.



TUNANG? NANTI DULU.....~ AKIM


Tidak sesekali menidakkan hubungan yg dibina, Akim yg dikenali dengan sikap ramahnya mengakui perhubungan yg dibina hampir dua tahun itu mendapat restu keluarga.

"Dalam perkara ini, keluarga saya tidak pernah berkata apa-apa. Sehingga hari ini mereka tidak menghalang untuk saya berkawan dengannya," luah Akim jujur.

Jika begitu ungkapnya, MH bertanya lagi adakah dia punya perancangan untuk ke fasa lain iaitu bertunang, lantas Akim menjawab;

"Saya belum berfikir sejauh itu. Kami masih muda lagi dan buat masa sekarang kami perlu fokus pada kerja masing-masing."

Untuk mengetahui cerita selanjutnya, sila dapatkan Media Hiburan di pasaran sekarang.


(Petikan daripada majalah Media Hiburan 11-17 Disember 2010)




Sunday, December 12, 2010

STACY NYARING.... KERANA LIMA SAUDARA!


(Petikan daripada majalah URTV 15 Disember 2010)


Oleh Shana Ahmad
Foto Shahril Azman Zain



Kalau ditanya kepada penyanyi Stacy bagaimanakah caranya menjaga kualiti suaranya, katanya, latihan vokal sudah bermula sejak menjaga lima orang anak saudaranya!

"Merekalah yg buat vokal saya nyaring sejak sebelum masuk AF dulu. Mana taknya, anak-anak saudara saya ni nakal-nakal dan selalu saya kena 'menjerit'. Lama-lama saya jadi biasa dah nak keluarkan suara yg kuat.

"Kalau mereka mula memanjat, saya gelabah.... takut mereka jatuh..saya jerit kuat-kuat. Lepas geram cara macam tu sebab tak sampai hati nak pukul.

"Sejak saya jadi artis, anak-anak saudara saya memang manja dengan saya. Kalau dulu ada antara mereka panggil saya dengan nama saja sebab terikut-ikut dengan panggilan orang lain kepada saya tapi sekarang mereka dah panggil saya dengan nama 'auntie Stacy'. Bila balik Sabah, saya akan melayan mereka bermain dan bawa jalan-jalan," kata Stacy.



BUKAN DIVA KERANA DUIT


Pengalaman ditipu menyebabkan Stacy menjadi sangat berhati-hati sekarang!

"Saya tak menafikan memang pernah beberapa kali juga saya ditipu oleh beberapa pihak tak bertanggungjawab bila pergi menjayakan show.

"Bayangkan ada kala, bila dah penat menyanyi saya hanya dibayar RM500. Patutnya lebih daripada itu. Tak apalah, saya sedar rezeki dah banyak tu setelah kena tipu," kata Stacy.

"Sakitnya hati bila yg menipu tu orang yg saya kenal. Tak apalah, walaupun dilakukan begitu, rezeki menyanyi untuk saya tak putus.

"Cuma saya harap, jangan terasa hati kalau saya meminta separuh bayaran sebelum naik pentas. Bukan nak tunjuk diva tetapi saya takut kena tipu macam dulu-dulu tu," ujarnya.



Untuk baca cerita selanjutnya, sila dapatkan URTV 15 Disember 2010 di pasaran sekarang!



Saturday, November 20, 2010

RIZ @ MAJLIS AMAL JAMU MAK DARA BERSAMA HAI DI KUALA KANGSAR


(Petikan daripada majalah HAI keluaran 20 November 2010)


Oleh Aisamurni Suparman & Farol Hadi Mustaffa
Foto Mohd Farizwan Hasbullah

Back cover HAI terbaru.....



RIZ SEDIH

Menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini, Riz akan terkenang kembali kisah yang berlaku padanya tahun lalu. Mana tidaknya, Aidiladha tahun lepas disambut di hospital disebabkan Riz menjalani pembedahan apendiks.

Bersama mengikuti program ke Kuala Kangsar, Riz tidak melepaskan peluang untuk sama-sama merasakan suasana di kampung di tambah lagi dengan acara sembelih lembu dan juga kenduri secara gotong-royong. Tidak dapat dilupakan apabila dapat berkongsi kegembiraan bersama golongan susah.



"Apabila melihat mereka dalam keadaaan susah memang saya sedih. Membuatkan saya terfikir alangkah baiknya jika dari awal lagi mereka tidak terseksa. Melihat anak yatim saya sedih kerana mereka membesar tanpa ibu bapa.

"Walaupun bukan beramal dengan wang ringgit, hadirkan diri dan ceriakan suasana bersama orang di sana sudah cukup puas bagi saya," ujar anak kelahiran Gerik, Perak ini.


Jangan lupa dapatkan HAI keluaran 20 November 2010 di pasaran sekarang!


Sunday, November 7, 2010

PILIHAN HATIKU.....DULU KINI & SELAMANYA


Foto Majalah HAI



Andai diberi pilihan antara jejaka di atas...yang mana satu pilihan hati anda....??Hehehe.....



RIZ

Yang pasti aku dah ada pilihan sejak dulu, kini dan selamanya.... tentulah si dia ini,... yg akan sentiasa beraja di hatiku...huhu. Mempunyai pakej lengkap..Berbakat, Rupa dan Suara lunak.

Anda pulak bagaimana? Sila buat pilihan anda yek....hehehe



Saturday, November 6, 2010

STACY AKUR PILIHAN KELUARGA


Teks Wahida Othman & Farol Hadi Mustafa
Foto Fatah Sulaiman



Tidak seperti Akim, Stacy lebih telus menceritakan konflik sebenar yg berlaku dalam hubungan rapat mereka.

“Susah nak cakap pasal hubungan kami sekarang. Banyak perkara saya perlu jaga dan saya tidak boleh pentingkan diri sendiri. Antara saya dan Akim memang tiada apa-apa masalah.

“Akim gila-gila, kelakar dan tidak banyak kerenah, jadi saya senang dan selesa setiap kali bersamanya. Tetapi hubungan ini tidak melebihi sekadar teman rapat sahaja.


“Semua orang tahu, halangan yg bakal menimpa jika kami bercinta. Saya tidak mahu susahkan hati ibu. Setiap kali keluar cerita cinta kami, ibu akan runsing dan bising-bising, jadi saya tidak mahu menjadi anak yg derhaka.

“Sebaiknya saya biarkan saja hubungan antara kami terikat sebagai teman rapat sahaja. Memandangkan masing-masing sibuk dengan tugas dan kerjaya, maka kami sudah lama tidak berjumpa.

“Ini pertemuan kami setelah beberapa bulan tidak berjumpa, malu juga nak bergurau dengannya, sebab dah lama tak buat macam tu,” luah Stacy.


(Petikan daripada majalah HAI keluaran 7 November 2010)




Saturday, October 30, 2010

STACY @ REMAJA 1 NOVEMBER 2010


 (Petikan daripada majalah Remaja keluaran 1 November 2010)


CERITA CINTA STACY

Oleh Ju Munira
Foto Syaiful Azuan/Sharinizam

Apabila disebut sahaja nama Stacy, kebanyakan peminat di luar sana terus membayangkan betapa rancaknya tarian yang dipersembahkan olehnya. Bukan itu sahaja, malah stamina yang ada pada Stacy turut dikagumi kerana dia mampu menyanyi sambil menari lincah di atas pentas. Ikuti cerita cinta penyanyi yang kian popular dengan lagu 'Jahat' ini.....


Sebagai seorang selebriti memang tidak dapat lari daripada sebarang gosip. Bagaimana Stacy berhadapan dengan situasi ini?
Stacy anggap gosip ini adalah lumrah kehidupan artis. Jadi, Stacy sudah persiapkan diri untuk menghadapi sebarang gosip. Yang penting kita harus cool bila berdepan dengan situasi yang melibatkan gosip.

Apakah kenangan terindah yg tidak dapat dilupakan sepanjang bergelar artis?
Bagi Stacy, kenangan terindah yg tidak dapat dilupakan ketika memenangi Akademi Fantasia musim ke-6. Tak tergambar rasanya perasaan Stacy ketika itu.

Apa makna cinta buat Stacy?
Cinta itu adalah rasa sayang kepada keluarga, Tuhan, alam sekitar dan banyak lagi. Cinta juga adalah sesuatu yg paling bahagia apatah lagi jika dicintai.

Apakah status Stacy sekarang? Dan apakah kriteria lelaki idaman Stacy?
Stacy masih single but not available. Hahaha. Stacy tak kisah kriteria apa pun asalkan Stacy suka padanya. Yang penting dia boleh buat Stacy rasa dicintai, buat Stacy happy dan seorang yg memahami.



Rahsia Alam Stacy.....

1  Nama panggilan dalam keluarga Putet...
2  Stacy obses kepada....Baju
3  Rakan artis yg Stacy ingin berduet....NICO
4  Tiga perkara yg harus dibawa ke mana-mana.... Telefon, dompet, topi
5  Stacy seorang yang..... 'Happy go lucky'
6  Stacy fobia kepada ..... Ular
7  Barang kesayangan yg Stacy simpan sampai sekarang.... Piala kemenangan


NAMA PENUH : Stracie Angie Anam
NAMA SAMARAN : Stacy Anam
TARIKH LAHIR : 18 Ogos 1990
TEMPAT LAHIR : Kota Kinabalu, Sabah
ADIK-BERADIK : 6 orang
HOBI : Menari, memancing, menyanyi
WARNA KEGEMARAN : Hitam, merah, kuning, putih
KERETA YG DIPANDU SEKARANG : Toyota Wish
KERETA IMPIAN : Sport Car
MUZIK YG DIMINATI : Pop rock, balada
MAKANAN KEGEMARAN : Tomyam


Untuk mengetahui selanjutnya, sila dapatkan majalah Remaja terbaru di pasaran sekarang!


Saturday, October 23, 2010

STACY, ADIRA & FANS KECOH @ CRUISE TASIK PUTRAJAYA


Oleh Aqilah Mior
Foto Dannial Shah

Beruntungnya lima sahabat karib ni kerana berpeluang bersantai dengan artis kesayangan iaitu Adira dan juga Stacy di atas Cruise Tasik Putrajaya.


(Petikan daripada majalah Yezz keluaran November 2010)




Related Posts with Thumbnails