JOM CHAT


Nama watak dan perwatakan dalam novel-novel yang diletakkan di blog ini adalah rekaan dan imaginasi penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.



Jika terdapat persamaan, itu hanyalah secara kebetulan sahaja.



Harap maklum.



Showing posts with label PERCUTIAN. Show all posts
Showing posts with label PERCUTIAN. Show all posts

Monday, January 3, 2011

PERCUTIAN BERSAMA RIZ


Info Riz Angels
Foto Mangga



"Salam kepada para peminat,

Sempena tahun baru 2011 ini, Riz dan Firefly nak bagi 1 hadiah istimewa kepada seorang peminat bertuah Riz.

Firefly dan Riz akan terbang ke Kuching pada 15hb hingga 18hb Januari 2011 sempena penerbangan pertama Firefly dan kami nak beri penghargaan untuk anda turut serta secara PERCUMA! Apa yang perlu anda buat, berikan komen yang paling menarik untuk lagu Khilaf tidak melebihi 25 patah perkataan. Riz akan pilih seorang pemenang bertuah yang akan terbang bersama Riz dan Firefly ‘Your Community Airline’.

Syarat-syarat penyertaan:

· Mestilah berusia 18 tahun ke atas

· Warganegara Malaysia

· Berpewatakan ceria dan sukakan ‘outdoor activities’

· Pihak kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa kemalangan sepanjang lawatan ke Kuching bersama Firefly. Peminat mengikuti aktiviti-aktiviti ke Kuching bersama Riz & Firefly di atas kerelaan masing-masing.

tarikh tutup penyertaan pada 5hb jan"


PENYERTAAN HANYA DI FB RIZ ANGELS



Friday, July 16, 2010

GELAGAT ... 2008





Credit to sapphireblu08


Imbas kembali.... Kelakar tengok gelagat Riz, Stacy dan Nubhan ketika di Gold Coast... ye ye jer diorang ni.. hehehe... tapi suka dapat dengar part duet Riz & Stacy ..walaupun...

Wednesday, March 3, 2010

MORE PICS RIZ@BRUNEI



Photos credit to
Daniel Shah

Wah, macam model professional je gaya Riz nie...

So sweet...pose Riz bersama Ika Nabila.

Photoshoot@Hotel Empire...

Terima kasih kepada Daniel Shah@Facebook kerana gambar-gambar yg sangat cantik ini.

More pictures @

http://www.facebook.com/photos.php?id=100000573971619




Sunday, August 16, 2009

STACY@THE WOODS RESORT

Stacy bersama Akim dan Yazid AF7 ketika rakaman program 'Menuju Puncak' di The Woods Resort.


Credit:-

Dari album: "af at woods" oleh Mohamad Hanafi@Facebook


More pictures, klik pada title post di atas ...


Friday, July 17, 2009

MORE PICS@GOLDCOAST








Credit to
rizangels



Saturday, June 20, 2009

RIZ~STACY@GOLDCOAST!





Credit to nokeeto


Eee...sukanya tengok video ni. Kreatif betul nokeeto ni. Dapatlah tengok keakraban sahabat baik ini di Gold Coast. Thanks to Waany yang inform pasal video ni. So, enjoy!

Monday, May 18, 2009

MEMORY @ GOLDCOAST







Credit to Riz Angels

Sesi percutian Riz~Stacy~Nubhan di GoldCoast selama 7 hari tajaan MayFirst. Sepanjang di sana mereka juga menjalani shooting 4 episod program 'Destinasi Fantasia @ GoldCoast'. Untuk menonton program tersebut sila klik pada labels 'Percutian' dan enjoy melihat gelagat mereka di sana!

Sunday, May 17, 2009

RIZ@HAI 7 MEI 2009


RIZ PUAS BAWA KELUARGA BERCUTI DI PERTH

Oleh Emma Hassan
Foto Album Riz


SERONOK sungguh mendengar cerita naib juara Akademi Fantasia musim keenam, Riz tentang percutiannya bersama keluarga di Perth, Australia.

Dalam rombongan seramai enam orang itu dari 3 hingga 11 April lalu, Riz membawa ibunya, Som Saat dan bapa, Mohd Zaizizi, seorang kakak, nenek serta pembantu peribadinya, Ejam.

“Ini merupakan percutian kali kedua saya di Perth. Kali ini saya bawa sekali keluarga.

“Percutian ini juga khusus untuk melawat ibu saudara yang sudah 20 tahun menetap di sana setelah berkahwin dengan lelaki tempatan.


“Saya bawa ibu bapa sebab mereka belum pernah ke Perth. Alhamdulillah, ada rezeki lebih dan ada masa lapang, saya laburkan dengan membawa keluarga bercuti.

“Kebetulan pula, bapa saudara saya mengidap penyakit leukemia dan semasa kami ke sana, dia baru selesai menjalani proses kemoterapi,”
cerita Riz atau nama sebenarnya, Mohd Idris Mohd Zaizizi.


Biarpun kali kedua bercuti di Perth, namun Riz tetap teruja melawat tempat-tempat menarik. Dia paling suka berada di kawasan pantai yang diberi nama Hillarys.

“Ia adalah tempat tercantik bagi menyaksikan matahari terbenam. Dalam tempoh tak sampai lima minit, kita boleh lihat ramai orang berlari berduyun-duyun memanjat batu-batu besar bagi tidak melepaskan peluang menyaksikan matahari terbenam.

“Pemandangannya sangat indah. Saya sendiri tidak lepaskan peluang merakamkan gambar.

“Sebenarnya, tidak mudah nak lihat matahari terbenam, sebab ada masanya tidak nampak kerana dilindungi awan tebal.

“Tempat lain yang menarik tentulah ladang anggur yang terletak di kawasan meletak kereta. Di sana, yang menariknya, kita boleh lihat bahagian atas bumbung tempat letak kereta itu dipenuhi anggur yang segar.

“Namun, kesemua anggur itu dilarang petik dan makan, sebab kawasan itu dijaga sebagai daya tarikan pelancong,”
ujar Riz.


Umrah Di Mekah

Riz mengakui gemar melancong kerana mahu melihat tempat dan budaya negara luar.

Pada sambutan tahun baru yang lepas, dia bercuti ke Pulau Kao Samui di Thailand. Kemudian pada Februari lepas, dia menghabiskan percutian di Phuket, Thailand, sementara pada Mac lepas pula dia ke Jakarta dan Bandung.


“Dulukan saya agak kurang berduit. Selepas jadi penyanyi, ada rezeki lebih, saya pergilah bercuti. Negara impian percutian selepas ini pula, Maldives, Buenos Aires, Amsterdam dan Las Vegas.

“Insyaallah, tahun depan, saya merancang untuk mengerjakan umrah di Mekah,”
jelasnya.

Katanya lagi, Perth adalah sebuah bandar yang tenang dan boleh dikatakan banyak orang Malaysia tinggal di sana. Kalau tak kena cara bercuti di sana, memanglah membosankan.

“Yang buat saya puas, sebab dapat membawa keluarga bercuti. Sekurang-kurangnya, saya menggembirakan mereka. Tak banyak cenderahati dibeli.

“Satu beg kecil saja saya beli dengan harga RM257. Lagipun, kalau pergi bercuti, saya lebih banyak beli cenderahati buat keluarga serta kawan-kawan,”
terang Riz.

Monday, May 4, 2009

DESTINASI FANTASIA @GOLDCOAST ~ Episode1

Destinasi Fantasia: Percutian Emas Mayfirst bersama Bintang AF6: Stacy , Riz dan Nubhan di Gold Coast, Australia.





DESTINASI FANTASIA @GOLDCOAST ~ EP2





DESTINASI FANTASIA @GOLDCOAST ~ EP3





DESTINASI FANTASIA @GOLDCOAST ~ EP4







Credit to sapphireblu08
Related Posts with Thumbnails