









To be continued......
To be continued......
“Saya kenalah beli kereta baru sebab macam ‘patah kaki’ bila kereta kesayangan saya kemalangan dulu. Tipulah kalau tak rasa terkilan, kereta itu kenangan saya waktu jadi juara AF.
“Yang paling terasa sekarang, bulan-bulan kena keluar duit bayar ansuran beli kereta,” akuinya tentang ‘buah hati’ (kereta) baru.
Nafi Cinta Akim
Bekas pelajar Sekolah Menengah St Micheal Penampang, Sabah ini mengaku dia masih belajar di Universiti Lim Kok Wing dalam jurusan Sound and Music.
“Saya perlu menjadualkan masa antara belajar dan bekerja. Ada kala terpaksa ponteng kuliah,tapi ganti dengan hari lain. Mujur pihak kolej faham,”akui Stacy jujur.
Stacy juga mahu serius memikirkan masa depannya dalam dunia hiburan. Katanya,yang penting sekarang dia bekerja dan belajar,soal cinta dan lelaki tolak ke tepi dulu.
“Saya bukan kekasih sesiapa termasuklah Akim (bintang Akademi Fantasia 7). Saya dan dia hanya kawan biasa. Kami tak bercinta. Saya sendiri dah letih dengan gossip kata kami bercinta,’’ tegas Stacy.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila dapatkan majalah URTV terbaru di pasaran sekarang!
(Petikan daripada majalah Remaja 15 Julai 2010)
KEGEMBIRAAN Mohd. Idris Mohd Zaizizi atau Riz meraikan kelahiran album sulungnya pada 13 Oktober tahun lalu ternyata tidak berlarutan begitu lama.
Ternyata, selepas beberapa bulan album tersebut berada di pasaran, tiada sambutan menggalakkan.
Lebih malang lagi, tujuh buah lagu yang terkandung di dalam album itu, dipandang sepi oleh beberapa buah stesen radio, lantas membuatkan pemiliknya berkecil hati.
Melihat nasib yang kurang baik, naib juara Akademi Fantasia musim keenam itu mengakui amat tertekan.
“Saya letih, tertekan dan tak tahu apa lagi yang perlu saya lakukan untuk album ini.
“Ada kalanya,bila duduk berehat di rumah, saya dengar semula lagu-lagu dalam album ini, mencari apa sebenarnya kesilapan sehingga sukar diterima baik.
“Ramai rakan yang meyakinkan saya, bahawa lagu-lagu dalam album itu berkualiti dan sedap didengar.
“Tapi mereka sendiri tidak tahu mengapa jarang benar radio memutar lagu-lagu saya.
“Memang sedih bila ada yang bertanya tentang album. Bayangkan, untuk menghasilkan album ini, saya terpaksa bertungkus-lumus mencari wang sendiri, kerana kos pembikinan bukannya murah.
“Saya sanggup berlapar kerana mahu mengumpulkan wang, tapi bila fikirkan kesudahannya begini, saya jadi lemah.
“Saya akui serik dengan kegagalan album ini, tapi saya masih berharap ia akan diterima juga suatu hari nanti,” luah Riz yang mempertaruhkan lagu ‘Bermula Semula’ dalam album sulungnya itu.
Kurang promosi
Ditanya adakah kegagalan dari segi promosi, Riz memberitahu HAI, selepas pelancaran album, dia menggajikan seorang agen bagi melunaskan hal promosi dan pemasaran.
“Ada kenalan beritahu, saya perlu hantar sendiri lagu-lagu saya ini ke stesen radio, dan saya sudah lakukannya, tapi keadaan masih jua begini.
“Saya tiada jawapan kenapa mereka tidak mahu memutarkan lagu-lagu saya. Mungkin kerana terlalu ramai penyanyi yang muncul sekarang ini, jadi lagu-lagu dalam album ini perlu menunggu giliran untuk dimainkan di radio,” jelas Riz yang sedang memikirkan strategi baru untuk tujuan promosi albumnya.
Ubah imej
Kekal dengan imej berambut panjang selepas selesai AF6 dua tahun lepas, Riz kini mahu tampil dengan imej yang lebih kemas.
Mengambil keputusan mengubah imej kepada rambut pendek, Riz turut mengambil berat soal berat badan.
“Sudah dua tahun saya berambut panjang. Sekarang sudah sampai masanya saya berubah dari segi penampilan. Saya mahu kelihatan lebih segar dan berkeyakinan.
“Sebenarnya, saya memang suka berambut panjang. Tapi malangnya bila sudah terlalu panjang, saya mula mengalami sakit-sakit kepala.
“Rambut juga semakin hari semakin sukar diuruskan, jadi saya ambil keputusan memotong pendek.
“Tentang berat badan, tak dinafikan saya sudah hilang lebih sepuluh kilogram dalam masa dua bulan.
“Sebelum ini berat badan ialah 83 kilogram, tetapi sekarang sudah tinggal 71 kilogram.
“Saya mahu badan yang ringan, sebab senang untuk menyanyi sambil menari lagu rancak,” terang Riz.
So, jangan lupa dapatkan di pasaran sekarang!
Apa yg penting posing... macam macam gaya ada..kat tangga pun boleh saja... huhu..
Ahak... akak berdua ni pun tak nak lepaskan peluang bergambar dengan Riz.. cantik pulak background penyu kat belakang tue..hehe
Riz mewakili Angels menandatangani buku pelawat.. bukti kunjungan kami ke sini.. ade ke artis lain bawa fanclub datang sini??...ermmm ..lupa pulak nak tanya akak tu hehe..
To be continued...
Riz tengah duk pilih ikan.. yang lain tolong tengok sama hehe.. Tak kisahlah kan..memang Riz selalu dikelilingi Angels dia kannn.. ahak...
Sementara duk menunggu order siap..saling berborak.. masa ni borak pasal profesion aku le pulak... Riz tak berapa nak faham lah pulak bidang tugas aku sebagai cikgu prasekolah... katanya tak ada adik kak.. huhu.. explain please..hehe.. Riz pulak jadi reporter hahaha.. Haa.. masa ni aku ajar Riz cakap dialek Terengganu... "Air limau se.." (.. air limau satu.. wah siap ade translation nie hehe..).....bagus anak murid ni.. cepat belajar haha..
Apa yang aku perasan, Riz ni cuba nak buat orang yang berada di sekeliling dia rasa selesa.. memang itulah yang aku rasa.. selesa dan suka dapat borak dengan Riz..walaupun 1st time jumpa..huhu
Angels lain pun sama gak layan aku.. masa tu duk mencelah gak time Muz, Tun ngan Frizz duk borak...
Actually malam tu Riz yang belanja kami... thanks Riz. Katanya dapat belanja sikit jer.. Takpe Riz, next time awak belanja banyak lagi ye.. hahaha...
Masa tu dah awal pagi tau.. aduhai mataku.. masa makan dan borak tu cerah sikit mata.. tapi kalau dah ngantuk menguasai huhu..memang tak ada ubat lain yang paling mujarab kannn... Sampai kat resort terus zzzzzzz... (memang spesies camni huhu..)sori takleh join korang jadi burung antu hehe..
To be continued....
Dahlah gelap gelita.. huii.. nasib baik ramai.. kalau sorang huii takdenya aku sanggup hehehe....
Riz pulak siap boleh tukar tempat duduk lagi masa bot sedang bergerak tu... masa kat atas bot nilah.. terserlah sikap sebenar Riz.. ahak ..kuang kuang kuang...
Yang penting takde kerja lain ler kami..asyik posing jelah jawabnya... ceria jer semuanya.. gelap pun gelaplah.. hahaha.. satu pengalaman dan kenangan yg tak mungkin dilupakan.. macam macam ada...
Nak datang lagi ke tengok 'firefly' kat sini??..... aku? ermmm...entahlah..hehehe
To be continued......
"Sepanjang pembabitan saya dengan penghasilan klip video, projek inilah yang paling menarik, paling berbeza daripada yang lain sebab ada jalan cerita. Saya sendiri tiba-tiba jadi ninja dan geisha serta kena disolek sebegitu rupa," cerita Stacy saat satu pertemuan khas yang dirancangkan Astro Entertainment Sdn. Bhd., baru-baru ini.
Jangka hayat seni Stacy baru dua tahun. Untuk tempoh akan datang, siswi di sebuah univerti swasta di Cyberjaya yang kini dilantik menjadi jurucakap produk Clinelle ini tidak gentar mencuba penerimaan peminat dengan buah tangan bernada balada pula.
******* ******* ******* ******* *******
JADI GEISHA KERANA JAHAT
Oleh SYED MUSSADDAD MAHDI
mussaddad.mahdi@utusan.com.my
Foto WAHIDAH ZAINAL
Riz tak nak tinggal solat tarawih
"Walaupun sibuk atau penat kita dengan kerja, itu bukan alasan untuk kita tinggalkan solat tarawih.
"Bulan puasa yang muncul setahun sekali adalah bulan yang diberkati. Ini juga merupakan masa untuk mendekati Tuhan dan mengenali diri-sendiri.
"Saya harap, saya akan dapat tunaikan ibadat puasa dengan baik dan tak tinggalkan solat tarawih tahun ini."