JOM CHAT


Nama watak dan perwatakan dalam novel-novel yang diletakkan di blog ini adalah rekaan dan imaginasi penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.



Jika terdapat persamaan, itu hanyalah secara kebetulan sahaja.



Harap maklum.



Friday, July 30, 2010

STACY@URTV 1-15 OGOS 2010


Oleh Mastura Burhanuddin
Foto Shahril Azman Zain

Bayar Hutang Kerana Buah Hati

Mei lalu malang menimpa Stacy, apabila kereta yg dimenangi sewaktu menjadi juara AF6 remuk akibat kemalangan jalan raya. Bagaimanapun, awal Julai lalu Stacy sudah ada pengganti kereta Peugeot itu.


“Saya kenalah beli kereta baru sebab macam ‘patah kaki’ bila kereta kesayangan saya kemalangan dulu. Tipulah kalau tak rasa terkilan, kereta itu kenangan saya waktu jadi juara AF.

“Yang paling terasa sekarang, bulan-bulan kena keluar duit bayar ansuran beli kereta,”
akuinya tentang ‘buah hati’ (kereta) baru.



Nafi Cinta Akim

Bekas pelajar Sekolah Menengah St Micheal Penampang, Sabah ini mengaku dia masih belajar di Universiti Lim Kok Wing dalam jurusan Sound and Music.


“Saya perlu menjadualkan masa antara belajar dan bekerja. Ada kala terpaksa ponteng kuliah,tapi ganti dengan hari lain. Mujur pihak kolej faham,”akui Stacy jujur.

Stacy juga mahu serius memikirkan masa depannya dalam dunia hiburan. Katanya,yang penting sekarang dia bekerja dan belajar,soal cinta dan lelaki tolak ke tepi dulu.

“Saya bukan kekasih sesiapa termasuklah Akim (bintang Akademi Fantasia 7). Saya dan dia hanya kawan biasa. Kami tak bercinta. Saya sendiri dah letih dengan gossip kata kami bercinta,’’ tegas Stacy.


Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila dapatkan majalah URTV terbaru di pasaran sekarang!


No comments:

Related Posts with Thumbnails