JOM CHAT


Nama watak dan perwatakan dalam novel-novel yang diletakkan di blog ini adalah rekaan dan imaginasi penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.



Jika terdapat persamaan, itu hanyalah secara kebetulan sahaja.



Harap maklum.



Monday, December 13, 2010

DARI STUDIO.. BERSAMA BINTANG AF



Credit to AFTalent


Khas buat peminat, Astro Entertaiment mempersembahkan Dari Studio.. Rancangan ini merupakan "Showcase" yang menampilkan bintang-bintang Akademi Fantasia iaitu Stacy, Adira, Shahir, Aril, Akim dan Hafiz.

Rancangan ini juga bakal menampilkan artis-artis undangan yang akan berduet bersama bintang-bintang Akademi Fantasia di episod-episod yang berlainan. Artis undangan yang terlibat adalah Jaclyn Victor, Alya, Black, Azlan Typewriter, Jamal Abdillah dan Ana Raffali.

Bermula pada 14 Disember, episod pertama akan disiarkan pada jam 10.30 malam di Astro Ria (104), selepas siaran Konsert Mawi Dan Idola yang bersiaran pada jam 10 malam hari yang sama. Episod seterusnya pula akan disiarkan pada minggu seterusnya hari yang sama.

Berikut adalah jadual siaran Dari Studio..


1. Stacy & Jaclyn Victor (14 Disember 2010)

2. Sahir & Jamal Abdillah (21 Disember 2010)

3. Akim & Black (28 Disember 2010)

4. Adira & Alyah (4 Januari 2011)

5. Hafiz & Ana Rafali (11 Januari 2011)

6. Aril & Azlan Typewriter (18 Januari 2011)

Jangan lupa saksikan Dari Studio.., bermula 14 Disember 2010, jam 10.30 malam, eksklusif di Astro Ria (104)

No comments:

Related Posts with Thumbnails