JOM CHAT


Nama watak dan perwatakan dalam novel-novel yang diletakkan di blog ini adalah rekaan dan imaginasi penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.



Jika terdapat persamaan, itu hanyalah secara kebetulan sahaja.



Harap maklum.



Sunday, May 10, 2009

RIZ~STACY@MANGGA APRIL 2009



STACY SUKA FESYEN KOREA

Oleh : Aisamurni Suparman


Sekarang ini nampak Stacy makin pandai berfesyen dan kena dengan imej, usia dan muzik yg Stacy bawa. Ada ke sesiapa yg jadi penasihat kepada imej Stacy dan bagaimana Stacy mengikuti perkembangan fesyen terkini?

STACY: "Sebenarnya tak ada pun sesiapa yg menjadi imej konsultan Stacy. Biasanya apa yg Stacy pakai semuanya idea sendiri. Stacy suka mix and match. Tapi kenalah ikut kesesuaian diri sendiri.

"Kadang-kadang abang Stacy, Chaq yg tolong bagi cadangan sebab dia pandai pilih baju perempuan.

"Kalau peminat suka dengan penampilan Stacy memang Stacy bersyukur sebab bukan mudah untuk orang terima penampilan kita.

"Ikutkan Stacy ni tak suka sangat shopping. Dulu sebelum jadi artis Stacy tak biasa shopping. Tapi bila jadi artis ni kadang kala kita kena keluar shopping sebab kita perlukan pakaian yg sesuai untuk sesi fotografi atau untuk majlis-majlis tertentu.

"Biasanya fesyen dari Korea Stacy suka tengok dan adakalanya tiru la sikit-sikit fesyen dia. Tapi dalam berfesyen ni Stacy suka beli baju dan kasut.

"Dari segi bajet atau brand tu Stacy tak kisah sangat. Ianya perlulah ikut kemampuan. Yang penting kualiti dan berbaloi.

"Biasanya Stacy suka shopping di
Sungai Wang dan Times Square, KL sebab kat situ banyak pilihan.

"Selain tu Stacy ada juga tengok majalah fesyen atau program di TV. Mana yg sesuai tu Stacy ikut.


Demikianlah cerita Stacy yg baru saja melancarkan album sulungnya pada 8 Mac lalu.


JANGAN TERLALU IKUT PERASAAN ~ RIZ

Oleh : Aisamurni Suparman
aisya_cute@yahoo.com

Cerita artis berhutang dengan ah long, ditipu dan ada juga yg dimasukkan ke hospital kerana tekanan perasaan bukan lagi cerita baru ketika ini. Malah kerana tekanan hidup ada artis yg sanggup membunuh diri.

Ikuti komen bintang AF6 iaitu Riz yg bakal muncul dengan album sulung yg akan dipasarkan pada April nanti.

Cerita Riz :
“Apa yg boleh saya katakan ialah benda-benda itu seperti pinjam ah long atau bunuh diri bukanlah jalan penyelesaian yg bijak. Bila ada segelintir artis menghadapi masalah macam tu saya rasa sedih dan kesian dengan mereka. Kita pun tak boleh salahkan mereka sebab kalau kita di tempat mereka pun mungkin kita akan buat benda yg sama.”

“Tapi minta dijauhkanlah dari buat atau terkena benda-benda mac

am tu sebab kita tahu setiap apa yg kita buat tu memang ada risikonya.”

“Tekanan itu memang ada di mana-mana. Cuma kita kena tahu macamana nak ‘handle’ perkara itu. Jangan sampai perasaan kita makan diri kita balik dan jangan terlalu mengikut perasaan.”.

“Sedih laa tengok kawan-kawan artis yg kurang bernasib baik. Tapi apa yg boleh kita buat? Sebab masuk dalam bidang ni kadang kala tengok nasib jugalah. Kalau nasib kita baik alhamdulillah. Tapi kalau sebaliknya kita kenalah lebih berusaha.”

Demikian komen Riz. Peminat Riz jangan lupa dapatkan album orginal Riz yg berjudul Bermula Semula. Banyak lagu best, antaranya Harus Ku Yang Pergi, Bermula Semula, Cinta Ini dan Khilaf.

No comments:

Related Posts with Thumbnails