JOM CHAT


Nama watak dan perwatakan dalam novel-novel yang diletakkan di blog ini adalah rekaan dan imaginasi penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.



Jika terdapat persamaan, itu hanyalah secara kebetulan sahaja.



Harap maklum.



Tuesday, May 5, 2009

RIZ~STACY TIDAK PATAH SEMANGAT


Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED
metra.mohamed@utusan.com.my


RIZ~STACY di Bengkel Motivasi khusus untuk bintang AF6 di Celebrity Fitness, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor.


DIKRITIK hebat gara-gara kesilapan ketika melakukan persembahan di malam FFM21, Riz dan Stacy tidak patah semangat.

KEGAGALAN juara serta naib juara Akademi Fantasia musim keenam (AF6) iaitu Stacy dan Riz memberikan persembahan terbaik sempena Festival Filem Malaysia ke-21 (FFM21) baru-baru ini masih menjadi bualan ramai.

Menerima kritikan demi kritikan, kesilapan yang dilakukan mereka berdua seolah-olah sukar untuk dimaafkan memandangkan Stacy dan Riz pernah mendapat tunjuk ajar daripada tenaga pengajar berpengalaman sepanjang di AF.

Mana perginya segala ilmu yang diperoleh selama berminggu-minggu di akademi tersebut?
Kesilapan yang dilakukan sedikit sebanyak menimbulkan persoalan atau cakap-cakap mengenai tahap keseriusan mereka dalam dunia hiburan.

Stacy umpamanya, telah bergelar juara dan dilihat hebat ketika minggu-minggu konsert AF6 berlangsung namun gagal memanfaatkan segala ilmu yang ada untuk menyanyikan lagu Wajah Rahsia Hati.

Begitu juga dengan Riz, meski melakukan satu kesilapan tetapi ia sedikit sebanyak mampu mencalar imejnya. Di manakah silapnya dan apakah yang sebenarnya berlaku kepada mereka berdua?

******************************************

“Sesi latihan sehari sahaja. Kami cuma tidak pergi ke sesi sound check kerana terlibat dengan rakaman program raya di Pulau Pangkor. Kami akui kesilapan dan maaf atas kesilapan tersebut," kata mereka.

No comments:

Related Posts with Thumbnails