
Antara tetamu yang hadir adalah kaum keluarga, rakan-rakan terdekat, wakil media dan rakan artis.
Mereka adalah Sofia Jane, Riz, Dafi, Lufya, Mawi, Ekin, Aein, Jeslina Hashim dan Eizlan Yusuf.
SELEPAS puas dipujuk, pelakon dan pengarah muda, Syamsul Datuk Yusof, 26, akhirnya mengakuinya dirinya pernah menjalin hubungan intim dengan juara Akademi Fantasia 6 (AF6), Stracie Angie Anam atau Stacy, 19, sejak kali pertama bertemu penyanyi remaja berkenaan di Genting Highlands pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 tahun lalu.
Namun, Syamsul juga menyifatkan hubungan itu belum sampai tahap dalam percintaan sebaliknya lebih kepada hubungan erat sebagai kawan atau dalam dalam perkataan yang sering diguna pakai dalam konteks itu ialah ‘teman tapi mesra’.
Selama ini hubungan mesra Syamsul dan Stacy tidak berjaya di hidu pihak wartawan sehinggalah program hiburan popular TV3, Terjah siaran 22 Februari lalu mendedahkan kereta BMW warna putih milik anak kesayangan penerbit filem dan drama terkenal, Datuk Yusof Haslam itu dilihat beberapa kali berada di perkarangan rumah Stacy sebelum ini.
Syamsul pula dalam kenyataannya kepada program berkenaan tidak menafikan dia pernah mengunjungi rumah Stacy, namun melahirkan rasa terkejut kerana tidak menyangka pihak wartawan akhirnya berjaya juga menghidu perhubungannya dengan Stacy.
Pengarah filem Evolusi KL Drift 2 (EKLD2) itu ketika dihubungi, baru-baru ini berkata, kali pertama dia mengenali Stacy apabila melihat persembahannya pada malam ABPBH 2008 tahun lalu dan sejak itu perhubungan mereka semakin mesra, bukan saja bersama Stacy, malah Syamsul juga berkawan rapat dengan anggota keluarga Stacy yang lain apabila mereka turut menetap bersama penyanyi berkenaan di Puchong, Selangor ketika itu.
“Saya tak nafikan hubungan saya dan Stacy memang intim, namun ia sama sekali tidak membabitkan sebarang perasaan cinta antara kami. Ketika saya mengenali Stacy, jadual kerja saya tidak padat, justeru kami sering berhubungan menerusi telefon dan tak dinafikan, saya juga pernah mengunjungi rumah Stacy beberapa kali yang didiaminya bersama anggota keluarganya lain.
“Pada masa sama, saya juga mempunyai perancangan untuk menghasilkan lagu duet bersama Stacy untuk dimuatkan menerusi album runut bunyi filem EKLD2. Justeru, kami sering berhubungan dan berbincang mengenai projek album berkenaan. Lagipun Stacy dan anggota keluarganya yang lain jenis selamba dan happy go lucky, maka saya selesa berkawan dengan mereka.
“Tapi, hubungan mesra kami tidak kekal lama kerana projek duet saya bersama Stacy tidak menjadi disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan. Kebetulan jadual kerja saya kembali sibuk dengan proses akhir pembikinan EKLD2 dan pengarahan filem terbaru, Khurafat. Justeru, kami tidak lagi berhubungan seperti selalu, telefon pun dah jarang, cuma sekali sekali kami sekadar berbalas SMS saja.
“Saya juga sudah tidak lagi berkunjung ke rumah Stacy kerana kekangan waktu yang begitu terhad disebabkan kesibukan saya di studio dan lokasi penggambaran. Pada waktu sama, Stacy dan keluarganya turut berpindah ke rumah baru. Saya sendiri tidak tahu di mana lokasinya. Namun, untuk mengekalkan persahabatan, sekali sekala saya ada menghubungi Stacy untuk bertanya khabar,” terang Syamsul berterus-terang.
Sementara itu, Stacy ketika dihubungi memberikan kenyataan yang sama apabila mengakui mengenali Syamsul ketika bertemunya pada ABPBH 2008 dan sejak itu mereka mula berkawan rapat.
“Selepas perkenalan itu, kami mula berkawan baik. Dalam masa sama, Syamsul juga rapat dengan anggota keluarga saya yang lain. Kami senang berkawan dengan Syamsul kerana dia seorang yang ‘gila-gila’. Saya tak nafikan, memang Syamsul pernah beberapa kali bertandang ke rumah saya di Puchong. Namun, bukan kami berdua saja di rumah berkenaan kerana anggota keluarga saya yang lain pun tinggal bersama.
“Syamsul juga pernah menyuarakan hasratnya untuk berduet dengan saya dalam lagu yang akan dimuatkan menerusi album runut bunyi filem EKLD2, justeru kami sering berhubung dan berbincang mengenai perkara berkenaan, namun sayangnya Syamsul memaklumkan kepada saya, projek duet itu tidak dapat diteruskan kerana beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan.
“Pun begitu, saya ingin menafikan kami menyimpan perasaan cinta di hati masing-masing. Perhubungan kami belum sampai ke fasa percintaan. Sekadar berkawan rapat. Selepas projek duet itu tidak menjadi, Syamsul pula sibuk menguruskan kerjaya, justeru kami tidak lagi sering berhubungan seperti kelazimannya. Tapi, saya tak nafikan, adalah sekali sekala kami berhubungan menerusi telefon bertanya khabar.
“Lagipun sejak saya dan keluarga berpindah ke rumah baru di Bandar Kinrara, Syamsul belum pernah datang ke sana. Mungkin dia sekarang terlalu sibuk dengan kerja dan saya pula sibuk dengan aktiviti nyanyian. Namun, saya tidak nafikan, suatu ketika dulu memang kami berkawan rapat, namun bercinta tidak sekali,” kata Stacy menjelaskan kedudukan perkara sebenar.
Mengandungi lapan buah lagu di dalam album ini, pastinya tidak menghampakan. Daripada susunan muzik sehinggalah vokal Riz, MH mendapati tiada cacat celanya dan boleh dijangka hits. Antara lagunya adalah 'Bermula Semula', 'Ku Pinjam Satu Bintang', 'Kau Wanita' dan banyak lagi.
Akhirnya... setidak-tidaknya Riz sudah mampu sedikit tersenyum dengan pengumuman ini dan Insyaallah lagu-lagu Riz terutamanya, akan terus dimainkan di corong radio. Itulah yg diharapkan .. Jadi, teruskan request lagu-lagu Riz dan Stacy juga di semua stesen-stesen radio! Sukses! Sukses!
Secara keseluruhannya, ramai yg gemarkan style rambut Riz ketika menjayakan Konsert Gegar U pada tahun 2008. Rambut panjang Riz di 'blow' cantik pada malam itu. Nampak handsome kan... Tapi bukanlah bermakna Riz kena ikut keputusan 'poll' ni... saja untuk suka-suka.
Personally, saya suka dengan imej rambut panjang Riz (tapi jangan over panjang ..cam sekarang dah okay) dan Riz juga nampaknya selesa begitu... sesuai dengan kematangan usianya.
Jujurnya, saya gembira dengan perubahan style rambut dan imej yg cuba dan sedang Riz lakukan kini. Setidak-tidaknya, Riz memang mengambil cakna dengan setiap pandangan peminat dan orang di luar sana. Namun, semua ini akan memakan masa dan insya-Allah Riz akan sentiasa memberikan yg terbaik untuk peminat dan dirinya sendiri..(agaknya itulah antara kata hati Riz... pandai pandai sendiri teka ..hahaha)
Seiring dengan ini juga, diharapkan stesen-stesen radio akan dan selalu memutarkan lagu-lagu dari album Riz 'Bermula Semula' .. sebagaimana lagu-lagu Stacy yg sering ke udara ..Insya-Allah... moga ada sinar menanti ...
Riz bersama Amylea Azizan dan Dior(Shahril Shaari) ditemuramah oleh Hilmy Ashley untuk program Hello Malaysia @ BERNAMA TV semalam.
More pictures @
http://www.facebook.com/home.php?#!/album.php?aid=18031&id=100000032287041
The studio was set abuzz a few days ago when a number of Akademi Fantasia (AF) stars dropped by to the KRISTALfm studio for an interview.
First to visit was Stacy, winner of AF season six. Stacy who is also the ambassador for Intimate products since 2009 and was currently in the country for the Intimate Brunei Tour and also promote her upcoming album. In the studio to interview her was DJ Yante. Fans were also able to SMS, Tweet or call-in their questions. During the interview, Stacy also went into details on her current and future projects. Being her first time in Brunei, she was very excited and felt welcomed as the Bruneians are very supportive of her. She said she'll be happy to perform in Brunei if it's granted.
Just about a week after Stacy's visit to the KFM studio, a group of 4 AF6 stars dropped by again for an interview with DJ Dafy. The group consist of Nadia, Aliff, Ika and Riz. They said their objective was to visit Brunei and also meet their fans here.
During the interview they talked about their latest projects and promote the singles they have all recently released. Fans also had a chance to chat with them via the KFM's chatroom or call-in to talk to any of them.
More pictures
http://thelounge.simpur.net.bn/photo/photo/listForContributor?screenName=simpurlounge
Jom bersama Ajieb setiap minggu mencari gadis bertuah yg di make-over selain menyelami pengalaman mereka dalam merancakkan Akademi Fantasia 8. Ikuti juga informasi fesyen dan gossip terkini AF8 bersama selebriti, wartawan dan penggiat seni popular.
http://www.murai.com.my/ekstra/akm/
Apa pendapat anda tentang cover album Riz 'Bermula Semula'?
Sebenarnya, saya baru terjumpa satu topik @ Cari Forum berkenaan tajuk ini. Namun, sebagai peminat saya rasa sangat terkilan dan marah dengan kutukan-kutukan yg dilemparkan berkenaan cover album Riz ini.
Kritik boleh tapi jangan sehingga tahap mengutuk dan mengaibkan orang. Saya tak sanggup nak baca semua komen-komen kat situ.
Kat bawah ni adalah komen jujur dari Rindok Blog (Celebrity & E News).....