JOM CHAT


Nama watak dan perwatakan dalam novel-novel yang diletakkan di blog ini adalah rekaan dan imaginasi penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.



Jika terdapat persamaan, itu hanyalah secara kebetulan sahaja.



Harap maklum.



Saturday, February 6, 2010

ARTIS AKADEMI FANTASIA LAWAT BRUNEI

Oleh Mohamad Asyramisyanie
Gambar Oleh Farah Ahmadnawi

(Credit to Media Permata Online)


BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa (2 Februari 2010) - Seramai empat daripada peserta Akademi Fantasia antaranya Riz, Ika, Alif dan Nadia hari ini ditemui di The Empire Hotel and Country Club.

Mereka yang tiba hari ini mengunjungi negara ini untuk tinjauan dan lawatan ke Brunei dan mengambil peluang untuk bertemu dengan peminat di negara ini.

Dalam lawatan tiga hari dua malam itu mereka dijangka akan melawat ke Kampong Ayer, Pasar Malam Gadong, Jerudong Park, dan turut dirancang untuk melawat ke The Mall Gadong selain mencuba makanan tradisi Brunei seperti ambuyat.

Keempat-empat mereka diiringi oleh pengurus mereka, Fizie, yang disambut oleh rakan di negara ini pada petang tadi dan dijangka pulang pada 4 Februari 2010 nanti selepas hadir pada makan malam esok malam di RS Restoran di Batu Bersurat tajaan Paradise Computer and Comunication.

Esok (3 Februari 2010)mereka juga terlibat dengan temu bual bersama Kristal FM dan Pelangi FM sebelum meneruskan sesi lawatan mereka ke negara ini. Dalam temu bual hari ini mereka menjelaskan ini adalah kali pertama mereka datang ke negara ini dan satu pengalaman baru bagi mereka untuk melihat sendiri Brunei.

Mereka kagum melihat The Empire Hotel and Country Club tempat mereka menginap dan berasa teruja untuk melihat keindahan negara ini yang bakal mereka lihat bermula malam ini.

No comments:

Related Posts with Thumbnails