JOM CHAT


Nama watak dan perwatakan dalam novel-novel yang diletakkan di blog ini adalah rekaan dan imaginasi penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.



Jika terdapat persamaan, itu hanyalah secara kebetulan sahaja.



Harap maklum.



Saturday, October 30, 2010

STACY @ REMAJA 1 NOVEMBER 2010


 (Petikan daripada majalah Remaja keluaran 1 November 2010)


CERITA CINTA STACY

Oleh Ju Munira
Foto Syaiful Azuan/Sharinizam

Apabila disebut sahaja nama Stacy, kebanyakan peminat di luar sana terus membayangkan betapa rancaknya tarian yang dipersembahkan olehnya. Bukan itu sahaja, malah stamina yang ada pada Stacy turut dikagumi kerana dia mampu menyanyi sambil menari lincah di atas pentas. Ikuti cerita cinta penyanyi yang kian popular dengan lagu 'Jahat' ini.....


Sebagai seorang selebriti memang tidak dapat lari daripada sebarang gosip. Bagaimana Stacy berhadapan dengan situasi ini?
Stacy anggap gosip ini adalah lumrah kehidupan artis. Jadi, Stacy sudah persiapkan diri untuk menghadapi sebarang gosip. Yang penting kita harus cool bila berdepan dengan situasi yang melibatkan gosip.

Apakah kenangan terindah yg tidak dapat dilupakan sepanjang bergelar artis?
Bagi Stacy, kenangan terindah yg tidak dapat dilupakan ketika memenangi Akademi Fantasia musim ke-6. Tak tergambar rasanya perasaan Stacy ketika itu.

Apa makna cinta buat Stacy?
Cinta itu adalah rasa sayang kepada keluarga, Tuhan, alam sekitar dan banyak lagi. Cinta juga adalah sesuatu yg paling bahagia apatah lagi jika dicintai.

Apakah status Stacy sekarang? Dan apakah kriteria lelaki idaman Stacy?
Stacy masih single but not available. Hahaha. Stacy tak kisah kriteria apa pun asalkan Stacy suka padanya. Yang penting dia boleh buat Stacy rasa dicintai, buat Stacy happy dan seorang yg memahami.



Rahsia Alam Stacy.....

1  Nama panggilan dalam keluarga Putet...
2  Stacy obses kepada....Baju
3  Rakan artis yg Stacy ingin berduet....NICO
4  Tiga perkara yg harus dibawa ke mana-mana.... Telefon, dompet, topi
5  Stacy seorang yang..... 'Happy go lucky'
6  Stacy fobia kepada ..... Ular
7  Barang kesayangan yg Stacy simpan sampai sekarang.... Piala kemenangan


NAMA PENUH : Stracie Angie Anam
NAMA SAMARAN : Stacy Anam
TARIKH LAHIR : 18 Ogos 1990
TEMPAT LAHIR : Kota Kinabalu, Sabah
ADIK-BERADIK : 6 orang
HOBI : Menari, memancing, menyanyi
WARNA KEGEMARAN : Hitam, merah, kuning, putih
KERETA YG DIPANDU SEKARANG : Toyota Wish
KERETA IMPIAN : Sport Car
MUZIK YG DIMINATI : Pop rock, balada
MAKANAN KEGEMARAN : Tomyam


Untuk mengetahui selanjutnya, sila dapatkan majalah Remaja terbaru di pasaran sekarang!


No comments:

Related Posts with Thumbnails