JOM CHAT


Nama watak dan perwatakan dalam novel-novel yang diletakkan di blog ini adalah rekaan dan imaginasi penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.



Jika terdapat persamaan, itu hanyalah secara kebetulan sahaja.



Harap maklum.



Monday, June 15, 2009

STACY RASA DIVA




Tenaga dan kesungguhan Stacy di atas pentas sememangnya mengagumkan. Gadis kelahiran Sabah ini mampu menari dengan baik dan cantik. Masakan tidak, dia biasanya akan mengikuti kelas tarian sebanyak tiga atau empat kali seminggu dengan durasi empat jam setiap sesi.

"Kalau ada persembahan pula, saya dan rakan-rakan akan berlatih setiap hari termasuk memikirkan teknik-teknik tarian," katanya.

Stacy yang kini sedang menyiapkan klip video lagu Pakai Buang yang ditulis oleh Edry KRU, lega dengan kemunculan album perdananya, Aku Stacy.

Album sulungnya itu menampilkan tujuh buah lagu dengan lima daripadanya adalah lagu baru. Antara komposer yang terlibat adalah Audi Mok, Kieran Kueak dan Edry KRU.

Album itu telah dilancarkan oleh Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok di Kota Kinabalu, Sabah pada 8 Mac lalu.

Stacy juga bakal berduet dengan Adam dalam sebuah lagu untuk album runut bunyi filem My Spy, juga terbitan KRU.


Energi di atas pentas

“Tenaga di pentas akan terhasil apabila saya sangat bersemangat. Ia berlaku secara semula jadi terutama bila kita menyukai apa yang kita buat. Di atas pentas, saya rasa diri saya seakan Diva dan akan membuat persembahan dengan penuh semangat. Saya mahu penonton terpegun melihat saya.”

Credit to Kosmo Online

No comments:

Related Posts with Thumbnails