JOM CHAT


Nama watak dan perwatakan dalam novel-novel yang diletakkan di blog ini adalah rekaan dan imaginasi penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.



Jika terdapat persamaan, itu hanyalah secara kebetulan sahaja.



Harap maklum.



Tuesday, October 20, 2009

ALBUM RIZ.... @SINAR HARIAN




PENYANYI realiti yang popular dengan lagu, ‘Hanya Sandiwara’, Riz atau nama sebenarnya Mohammed Idris Mohd Zaizizi kini mampu tersenyum puas kerana impiannya untuk melahirkan album solo akhirnya tercapai. Dengan kerjasama komposer terkenal, Ajai, maka lahirlah albumnya berjudul ‘ Bermula Semula’ yang mempertaruhkan lapan buah lagu termasuklah ‘Bermula Semula’ dan Harus Ku Pergi’ yang dipilih sebagai ‘single’ pembuka tirai.

Walaupun albumnya muncul di saat pasaran muzik yang tidak menentu, apatah lagi sukar untuk dijual, namun Riz percaya album yang diterbitkan oleh syarikatnya, Riz Entertaiment dengan kerjasama Wake The Baby, milik Ajai, mempunyai kekuatan dan keistimewaan tersendiri. Dengan mengutamakan aspek kualiti dalam setiap lagu yang dimuatkan, anak muda kelahiran Perak ini percaya ‘buah tangan’ pertamanya itu dapat memenuhi selera peminat muzik di negara ini, selain dapat melonjakkan semula namanya di persada seni suara tanah air.

“Saya percaya dengan kerjasama dari Abang Ajai dan beberapa komposer yang ada, album ini boleh dijual. Dengan sokongan yang berterusan dari peminat, saya percaya, album ini akan mendapat sambutan. Malah konsep balada yang dimuatkan dalam album ini, juga masih diminati kebanyakkan masyarakat kita. Selain album, lagu-lagu dalam album ini juga boleh dimuat turunkan sebagai ‘Ring Back Tones’ dan ini juga sebahagian dari stategi jualan sekarang,” katanya yang akan sibuk dengan promosi albumnya selepas ini.

Sementara itu, orang kuat di sebalik pembikinan album Riz, Ajai, memberitahu, sebelum melahirkan album solo Riz, dia sudah mengatur pelbagai stategi bagi memastikan populariti anak muda itu terus bertahan.


“Riz memang sudah popular sejak AF lagi. Tetapi populariti seseorang artis itu boleh tenggelam sekiranya tidak ada lagu. Jadi dalam tempoh setahun, saya merancang pelbagai stategi supaya orang ramai sedar dengan kehadiran Riz dalam industri kita. Dengan menggandingkannya dengan pendatang baru, Alyah, menerusi lagu duet, ‘Ku Pinjam Satu Bintang’. Saya tak sangka, percaturan itu berjaya dan mendapat sambutan dari peminat. Nama Riz juga semakin melonjak. Dari situ saya mula merangka kariernya dan seterusnya menghasilkan album solonya, ‘Bermula Semula’.

“Proses rakaman bermula September 2008 lalu, setelah kami berbincang mengenai material yang sesuai dengan vokalnya. Apa yang saya dapati, suara Riz sangat bagus dalam menyampaikan lagu-lagu balada. Maka konsep ini amat sesuai dengan albumnya. Saya tidak mengambil masa yang lama untuk merakam satu-satu lagu, kerana Riz mempunyai
‘feel’ yang bagus untuk lagu balada. Dia juga rajin membuat latihan sebelum menjalani rakaman. Inilah merupakan sikap yang harus ada pada artis-artis baru,”
kata Ajai yang kagum dengan bakat serta sikap yang ada pada Riz.


Album yang diedarkan oleh Warner music ini bakal berada di pasaran pada penghujung Oktober ini dan bagi peminat Riz jangan lepaskan peluang untuk memiliki album penyanyi kesayangan anda ini.



Untuk membaca artikel penuh, sila klik link di bawah:-

http://www.sinarharian.com.my/com/content/story5274122.asp




No comments:

Related Posts with Thumbnails