JOM CHAT


Nama watak dan perwatakan dalam novel-novel yang diletakkan di blog ini adalah rekaan dan imaginasi penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.



Jika terdapat persamaan, itu hanyalah secara kebetulan sahaja.



Harap maklum.



Wednesday, October 14, 2009

WARTAWAN SENIOR TULIS LIRIK ALBUM RIZ



DITULIS OLEH Rosli Manah@Mangga Online
FOTO OLEH Riz Angels (Thanks to Eleza, Muzlia and Frizz)

RIZ di pelancaran album 'Bermula Semula' @ Hard Rock Cafe pada 13/10/09.


Secara kebetulan album sulung Riz berjudul Bermula Semula menampilkan empat wartawan yang boleh dikira senior sebagai penulis lirik. Adakah ia sebagai strategi untuk mendapatkan publisiti lebih meluas?

Sebenarnya ia secara kebetulan kerana komposer Ajai yang menerbitkan albumnya telah biasa bekerjasama dengan Slen (Roslen Fadzil dari murai.com.my) dan Abie (Harian Metro) dalam projek album artis lain sebelum ini. Untuk album Riz khidmat mereka juga digunakan.

Abie menulis lirik lagu Bermula Semula yang dijadikan single pertama album tersebut manakala Slen menulis lirik untuk lagu Khilaf dan lagu Kupinjam Satu Bintang. Kesemuanya ciptaan Ajai. Dean (Saharuddin Musthafa dari Utusan Malaysia) pula menyumbangkan lagu Hanya Sandiwara yang dinyanyikan oleh Riz dalam konsert akhir Akademi Fantasia 6 tahun lalu. Turut menulis lirik, Rosli Manah(manggaonline.com.my) menerusi lagu ciptaan Ajai, Cinta Ini.

Album tersebut diterbitkan oleh syarikatnya sendiri, Riz Entertainment dengan kerjasama Wake The Baby Records milik Ajai. Warner Music pula menjadi pengedarnya.


Sokongan VIP

Dalam majlis pelancaran album itu di Kuala Lumpur baru-baru ini kelihatan kelibat beberapa orang ternama termasuk puteri Sultan hadir memberi sokongan kepada Riz. Ada yang tanya adalah mereka terlibat secara tidak langsung membiayai pembikinan album Riz?

"Kalau ada pihak yang membiayai album ini, sudah lama album saya dipasarkan. Saya gunakan wang sendiri yang saya kumpul selama ini, sebab itu album saya lambat sikit disiapkan.

"Saya puas sangat sebab akhirnya album saya disiapkan dan berada di pasaran,"
kata Riz.


No comments:

Related Posts with Thumbnails