JOM CHAT


Nama watak dan perwatakan dalam novel-novel yang diletakkan di blog ini adalah rekaan dan imaginasi penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.



Jika terdapat persamaan, itu hanyalah secara kebetulan sahaja.



Harap maklum.



Friday, October 2, 2009

SUARA ELEMEN PENTING BAGI SETIAP INSAN



TANYA MADAM ZORRA@AKSI AF

Madam Zorra merupakan pengamal astrologi terkenal dalam bidang ramalan, terapi batu permata, analisis wajah dan tulisan. Terlibat dalam penulisan untuk surat khabar tempatan dan antarabangsa serta beberapa kemunculan di radio dan TV. Madam Zora boleh dihubungi di:

E-mail: mdmzorra@zorrapredictions.com

Laman Web: www.zorrapredictions.com


Suara mendorong tindak balas yg berlainan bagi setiap individu namun setiap suara memiliki kualiti tersendiri dan mampu menawan atau menarik perhatian terhadap setiap individu. Kita ikuti pandangan dan ramalan Madam Zorra mengenai suara Riz dan Stacy.


STACY

Sama ada lagu yang bertempo perlahan, mahupun sebuah lagu yg rancak, Stacy memperlihatkan dia berada dalam kelas tersendiri yg membuktikan dia kini bergelar artis rakaman. Dia memiliki stail, teknik dan range yg hebat.

Apabila dia menyanyikan sesebuah lagu, dia mempunyai tenaga dan getaran remaja yg amat bernilai.


RIZ

Bagi mereka yg sukakan ciri-ciri romantik, Riz mampu membuatkan hati anda berdegup kencang. Suaranya seperti secawan kopi panas yg sedang dihirup sambil kita menikmati kelazatannya. Dia boleh mempersembahkan apa sahaja yg anda inginkan dengan suaranya yg istimewa dan penampilannya di pentas yg pasti membuatkan anda teruja.

Suara Riz dapat membuatkan anda terpegun dan terus setia mendengar alunan suaranya. Dia mampu membuatkan anda jatuh cinta dengan suaranya yg seksi. Pasti anda dapat merasainya bukan? Penuh perasaan dan sangat sensitif. Riz menggunakan suaranya umpama 'senjata' dalam cinta.



Credit to
majalah AKSI AF 2008

No comments:

Related Posts with Thumbnails