JOM CHAT


Nama watak dan perwatakan dalam novel-novel yang diletakkan di blog ini adalah rekaan dan imaginasi penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.



Jika terdapat persamaan, itu hanyalah secara kebetulan sahaja.



Harap maklum.



Saturday, October 31, 2009

TRANSFORMASI RIZ~STACY @ AF6



Photos
AKSI





Jom sama-sama lihat transformasi imej Riz dan Stacy@ AF6 dari awal konsert hinggalah ke malam final.



Friday, October 30, 2009

JADI PILIHAN ANAK VIP



Teks Berita Harian Online
Foto Riz Angels (Muzlia and Azlandaniel)


SELEPAS lama menyimpan impian, akhirnya Naib Juara Akademi Fantasia musim keenam (AF6), Riz tersenyum puas album pertamanya Bermula Semula mula diedarkan.

Riz kini mengikuti jejak Stacy selaku Juara AF6 yang terlebih dulu menghasilkan album. Cerita lucu di sebalik kemunculan album itu ialah apabila ada desas desus mendakwa kononnya penerbitan album Bermula Semula ditaja oleh pihak tertentu, terutama daripada kalangan anak VIP dan beberapa wanita bergelar Datin.

Ketika ditemui di pelancaran albumnya di ibu negara baru-baru ini, jejaka berusia 23 tahun ini hanya ketawa apabila diajukan pertanyaan itu.

“Kalau ditaja agaknya sudah lama sudah muncul dengan album. Gosip dan cerita yang timbul itu tidak benar dan saya harus tekankan album ini terhasil dengan duit sendiri. Tajaannya cuma dari Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB). Selepas Maestro ditutup, AESB saja yang sudi menyumbangkan tiga lagu dalam album ini iaitu Hanya Sandiwara, Kehilangan dan Kau Wanita.

“Sejak keluar dari AF6 lagi, saya bersyukur kerana ada peminat yang masih sudi menyokong termasuklah kelompok wanita yang dimaksudkan. Mereka hanya menghargai bakat saya dan tidak lebih daripada itu. Saya yakin sokongan itu memberi erti kerana merekalah yang akan membeli album saya,”
katanya sambil memberitahu album Bermula Semula ini diterbitkan syarikat miliknya Riz Entertainment dengan kerjasama Wake The Baby dan diedarkan Warner Music.

Menurut Riz, album yang terhasil ini memberikan simbolik di atas kegigihannya dalam bidang yang diceburi itu. Biarpun sudah lama mencuba nasib, namun hanya pada tahun ini saja impiannya jadi kenyataan. Sambil merahsiakan kos pembikinan album ini, Riz menjelaskan ia sebagai langkah percubaan pertamanya mengisi liga seni tempatan.

Lagu Bermula Semula ciptaan Ajai dan liriknya oleh Abie yang dipilih sebagai judul album sulungnya ini juga menggambarkan titik permulaan untuk terus membuktikan keupayaan bakatnya boleh dikongsi bersama mereka yang menghargai muzik.


“Lagu ini memberi makna tersendiri dalam hidup saya kerana kebetulan ia ada kena mengena dengan kehidupan ibu bapa saya. Lagu ini saya ditujukan khas kepada mereka. Ibu bapa saya pernah bercerai sebelum saya menyertai AF6 lagi,” katanya yang masih setia disokong kelab peminatnya, Riz Fan Club sekitar hampir 2,000 ahli.

Biarpun album ini tidak dapat dipenuhi 100 peratus, Riz yakin dan positif album ini memberi kelainan.

“Saya harus yakin terhadap album ini biarpun kebanyakan penyanyi kita memilih untuk muncul dengan lagu single saja.

“Kalau saya tak yakin, saya tak buat album ini. Untuk maju dalam bidang ini saya tidak boleh berpeluk tubuh tanpa berusaha melakukan sesuatu. Bukan senang menghasilkan album ini kalau tak ada duit. Alhamdulillah dengan simpanan duit yang ada selepas keluar AF6, saya mampu menjadikan semuanya kenyataan,”
katanya yang masih kerap diundang membuat persembahan.

Menariknya juga album ini membabitkan nukilan kreatif wartawan berpengalaman seperti Abie Abdullah, Roslen Fadzil, Rosli Manah dan Saharuddin Mustapha. Album yang mula dirakamkan sejak Ramadan tahun lalu turut menggunakan khidmat vokalis kumpulan Hujan.

Ditanya kepada Ajai selaku ‘orang kuat’ Wake The Baby yang juga penerbit album, tiada istilah membodek dengan mengundang wartawan untuk terbabit sama dalam pembikinan album ini.

“Saya sudah bekerjasama dan kenal dengan wartawan sejak bersama Exist lagi. Tiada salahnya untuk saya menghargai bakat mereka,” kata Ajai yang mula memerhati bakat Riz sejak penyertaannya di Gang Starz.

Menurutnya, album Riz akan dipromosikan menggunakan pendekatan lama atau ‘old school’. Selain memberi tumpuan terhadap album fizikal, mengikuti aliran pasaran sekarang, fokus terhadap muat turun juga akan diberi perhatian.

“Cara lama yang saya maksudkan sudah pun dilakukan terhadap album Alyah iaitu dengan melawat stesen radio di seluruh negara. Begitu juga dengan pihak TV, wartawan dan peminat. Cara itu juga akan dilakukan untuk album Riz termasuk siri jelajah bagi menghebahkan kewujudan album ini,” kata Ajai.


INFO: Album Riz, Bermula Semula

•Sepatutnya dilancarkan beberapa bulan lalu, namun disebabkan faktor kewangan ia dianjak hingga ke bulan ini.
•Jika di dalam album Alyah, lagu Ku Pinjam Satu Bintang dinyanyikan secara duet oleh Alyah dan Riz, namun untuk album ini, Riz menyanyikan secara solo.
•Album ini akan dijual dengan pek istimewa sebanyak 500 unit (edisi terhad). Selepas itu ia dicetak dan dijual dengan menggunakan pembungkusan biasa.
•Lagu Bermula Semula turut menampilkan suara Alyah.


INFO: Riz

•Nama Penuh: Mohammed Idris Mohd Zaizizi
•Tarikh lahir: 19 Disember 1986
•Asal: Grik, Perak
•Pencapaian: Naib juara Akademi Fantasia musim keenam
•Pernah menganggotai kumpulan Equal Star dan pernah menyertai pertandingan Gang Starz musim pertama
•Idolanya, Anuar Zain dan Robbie William. Kata Riz, dia berharap dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan apa yang dikecapi Anuar sekarang.



Thursday, October 29, 2009

RIZ~STACY@MEDIA HIBURAN 24-30 OKTOBER ‘09



RIZ DIGILAI PEMINAT

Teks Shazana
Foto Jin

Riz kini mampu tersenyum dan berdiri bangga kerana impiannya untuk melahirkan albom solo, termakbul akhirnya. ‘Bermula Semula’ kini merupakan sebuah pelengkap untuk diari karier Riz bermula pada tahun 2009 ini.


……….Sememangnya Riz mempunyai ‘feel’ yang bagus untuk lagu balada apabila lagu pertama yg dirakamkan berjudul ‘Harus Ku Yang Pergi’, lagu dan lirik oleh Ajai. Proses rakaman yg mengambil masa hampir empat bulan, dan lagu balada terakhir dirakamkan ialah ‘Khilaf’ lirik hasil nukilan daripada Roslen Fadzil. Maka lengkaplah episod pertama sebuah album yg dinamakan ‘Bermula Semula’...............


***Untuk mengetahui cerita selanjutnya, sila dapatkan Media Hiburan keluaran ini di pasaran sekarang!


PESONA DAN KETERAMPILAN~STACY

Kelolaan SuDyr
Foto Unit Foto KKSB

Wednesday, October 28, 2009

KHILAF@LAUNCHING ALBUM RIZ






Credit to azlandaniel


Khilaf
adalah antara lagu yg dipersembahkan oleh RIZ pada pelancaran album 'Bermula Semula' di
Hard Rock
Cafe@13/10/09 yang lalu. Khilaf merupakan lagu ciptaan Ajai dan liriknya ditulis oleh Slen.

Lirik

Pertemuan Yang Terakhir
Sejenak Aku Terfikir
Oh Tentang Cinta
Yang Indah Terjalin Sejak Mula

Berkali Aku Sedari
Memang Ku Bersalah Mencetuskan
Oh Sengketa Ini
Menuduh Dirimu Yang Tak Berdosa

Seharusnya Seribu Kali Ku Meminta
Keampunan Darimu Yang Masih Ku Damba

Dengarlah Dewi Hatiku Bicara
Buatmu Kasih Agar Kau Merasa
Api Cintaku Yang Masih Menyala
Tak Akan Ku Ulangi Kekhilafan

Pasti Ku Rela Meredah Badai
Menembus Ombak Ke Dasar Cinta
Menghanyutkan Diri Dalam Kelemasan
Buktikan Cintaku Masih Padamu Hingga Ke Akhirnya

O Pejamkanlah Matamu
Kenangkan Saat Bertemu
Manisnya Cinta Dan Indah Bersama

Ku Mohon Keampunan Dari Dirimu Kasih
Ku Mohon Keampunan


TAK PERNAH CINTA STACY~AKIM AF7



Oleh Farihad Shalla Mahmud
farihad@bharian.com.my


BELUM setahun jagung dalam bidang seni, nama bekas peserta Akademi Fantasia 7, Afiq Hakim Ahmad atau lebih dikenali dengan panggilan Akim ketika ini cukup panas dan sensasi. Bukan sensasi kerana kerjaya seninya tetapi lebih banyak berkisar kepada kisah cinta. Sejak keluar dari sangkar emas AF, tiada cerita lain yang dikaitkan dengan jejaka berusia 18 tahun ini selain dari kisah cintanya.

Bermula dengan peserta anak wayang, Dayana, Akim dikatakan bermain perasaan dengan juara AF musim keenam Stacy. Entah bila masanya mereka bercinta, tidak pula diketahui. Sebaliknya khabar yang bertiup kencang sekarang adalah ikatan yang terjalin antara dua merpati itu sudah pun berakhir.

Akim menafikan yang dia seorang kaki perempuan. Malah dia juga menafikan sekeras-kerasnya dakwaan dia dan Stacy pernah menjalinkan hubungan cinta sambil menegaskan antara dia dan Stacy tidak lebih dari sekadar berkawan.

Hip: Betulkah sebelum ini Akim memang bercinta dengan Stacy?

Akim: Akim tidak pernah bercinta dengan Stacy. Antara Akim dan Stacy hanyalah kawan biasa. Apabila goisp ini tersebar, Akim sendiri merasa pelik kerana antara kami berdua memang tak ada hubungan istimewa. Tak dinafikan, memang kami pernah keluar bersama tetapi bukannya berdua. Kalau kami keluar pun beramai-ramai dengan kawan-kawan lain. Dalam hal ini, Akim anggap itu semua hanyalah gosip semata-mata. Macam cerita yang kononnya saya bercinta dengan Aishah dulu sewaktu dalam akademi serta gosip saya bercinta dengan peserta anak wayang, Dayana. Saya anggap itu semua hanyalah gosip semata-mata.

Hip: Kalau begitu, macam mana orang boleh kaitkan Akim dengan Stacy?

Akim: Bila berkawan dengan Stacy, Akim sebenarnya banyak belajar darinya terutama hal yang membabitkan persembahan pentas. Dia banyak mengajar Akim cara membuat persembahan. Disebabkan hal itu, kami menjadi rapat. Dan untuk pengetahuan semua, Akim sebenarnya kalau rapat dengan orang, memang akan mesra. Tak kiralah siapa saja, kalau Akim selesa, Akim akan mudah mesra. Mungkin disebabkan kemesraan kami orang salah anggap dan melabelkan kami pasangan yang bercinta tanpa mengetahui situasi sebenar hubungan kami.

Hip: Mungkin Stacy ada ciri-ciri gadis yang menjadi pilihan Akim?

Akim: (Ketawa) Dalam hal ini, saya lebih suka pada gadis yang memahami situasi saya sebagai seorang artis. Berada dalam kelompok ini, tak dinafikan saya memang terdedah dengan pelbagai gosip. Jadi, mana-mana gadis yang ingin berkawan dengan saya haruslah memahami diri saya supaya tidak ada masalah yang berlaku di kemudian hari. Mengenai Stacy, saya hanya boleh katakan dia menepati ciri-ciri itu untuk perkara tertentu saja dan bukannya semua.


Tuesday, October 27, 2009

RIZ~STACY@SIDANG MEDIA MUZIK MUZIK 24


Pictures credit to
gua.com and manggaonline

Monday, October 26, 2009

STACY@KONSERT JOM HEBOH





Credit to ryomasakunotennis


Persembahan STACY dengan lagu 'Pakai Buang' @ Konsert Jom Heboh di Penang semalam.

RIZ@SAMBUTAN AIDILFITRI WITH SULTAN PERAK



Pictures credit to Kak Zeey@Rizangels



RIZ ketika menjayakan show sambutan Aidilfitri Rakyat Perak Bersama Sultan Perak@ Ipoh.

Sunday, October 25, 2009

AKIM & STACY PUTUS CINTA?



Oleh SY MUSSADAD MAHDI @ Utusan Malaysia Online
Foto ihsan ASTRO

BENARKAH Akim dan Stacy menyulam cinta? Hanya mereka berdua yang ada jawapannya.

WAH! Ada khabar angin mengatakan bekas pelajar Akademi Fantasia (AF) iaitu Akim dan Stacy bercinta. Ramai yang terkejut kerana selama ini tidak siapa tahu mereka sebenarnya mempunyai perasaan sejak beberapa bulan lalu.

Sumber memberitahu Pancaindera mereka pernah melihat kedua pasangan artis ini keluar dan makan bersama.

Malah Stacy juga dikatakan pernah menjemput Akim ke kediamannya di Kajang, Selangor. Biarpun tidak ada siapa yang mahu mengesahkan perkara itu tapi tidak mustahil dakwaan tersebut berdasarkan beberapa cerita gosip sebelum ini yang mengaitkan mereka berdua.

Saat ditanya mengenai hubungan itu, mereka berdua enggan bercerita mengenainya. Tetapi mereka menolak mempunyai perasaan sebagai pasangan kekasih.

Ketika sesi fotografi ini dilakukan di Kluang, Johor pada Sabtu lalu Akim mahupun Stacy kelihatan ceria dan seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku antara mereka.

Akim yang ditemui menjelaskan bahawa gosip tersebut adalah tidak berasas dan dia sendiri tidak mengetahui bagaimana cerita tersebut boleh tersebar.

"Akim pelik macam mana gosip tersebut boleh keluar. Akim sendiri tak tahu menahu dan tiba-tiba keluar cerita yang bukan-bukan.

"Akim tak marah atau bengang dengan gosip tersebut. Mungkin ada orang yang mahu melihat kami membuat hubungan yang lebih serius.

"Lagipun memang kami tak bercinta. Apa yang Akim nak kisahkan. Biarlah mereka nak buat apa sahaja cerita yang mereka suka,"
kata Akim yang popular dengan lagu Bengang.

Jelas Akim, dia sangat mendambakan seorang gadis yang benar-benar memahami karier dan dirinya memandangkan anak seni sepertinya tidak pernah lari daripada sebarang gosip yang bisa mencalarkan hati.

Sebelum ini nama Akim tiba-tiba menjadi panas apabila dikatakan menyombong termasuklah dengan rakan-rakan wartawan.

Reda sahaja isu tersebut, Akim dikatakan menjalinkan hubungan cinta dengan Aishah AF7 dan Diyana, salah seorang peserta program Anak Wayang.

"Selama ini pun, Akim dan Dayana tak pernah menjalinkan hubungan cinta. Lama kelamaan cerita itu senyap. Bila timbul cerita Akim dan Stacy bercinta pula, Akim tetap akan buat benda yang sama," katanya lagi.

Bagi gadis kecil molek kelahiran Sabah, Stacy pula berpendapat cerita tersebut memang mengejutkan dirinya memandangkan antara dia dan Akim tak lebih hanya berkawan.

Akui Stacy lagi, dia memang sejak dahulu meminati suara yang dimiliki oleh Akim terutama apabila Akim menyanyikan lagu Bencinta pada konsert akhir AF7 yang lalu.

"Stacy hanya minat dengan suara yang dimiliki oleh Akim dan tak lebih dari itu. Cuma apa yang pelik bila ada yang mengatakan kami bercinta sedangkan langsung tiada apa-apa perasaan antara kami.

"Ini memang satu gosip yang lawak. Stacy tak terkejut kalau orang kata Stacy bercinta dengan Nubhan memandangkan selama ini sudah banyak cerita kami yang keluar.

"Stacy tak rasa apa-apa. Kalau benar Stacy ada menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana lelaki akan Stacy umumkan kepada peminat,"
jelasnya yang tidak putus-putus menerima undangan menyanyi.

Biarpun begitu Stacy tidak menolak sekiranya mereka benar-benar jatuh cinta pada masa akan datang memandangkan itu jodoh, ajal dan maut terletak di tangan Tuhan.

Stacy melihat Akim sebagai seorang remaja yang mempunyai bakat yang besar termasuklah dalam bidang lakonan mahupun nyanyian.

"Tapi Stacy lagi suka kalau kami memberikan tumpuan dan fokus kepada kerjaya memandangkan kami masih muda dan masih banyak cabaran yang perlu kami hadapi.

"Soal hati, cinta dan perasaan ini biarlah Stacy tolak ketepi dahulu bagi memastikan nama Stacy benar-benar kukuh dalam industri seni tempatan,"
kata Stacy.


STACY~ADAM @ OFFICIAL VC 'MENGGEGAR DUNIA'





Credit to MrFahd321

Wah! Memang meletup videoklip 'Menggegar Dunia' by Stacy and Adam ni, OST filem My Spy lakonan Afdlin Shauki.

Lyrics:


Stacy ft. Adam – Menggegar Dunia (OST My Spy)


Biarkan orang berkata kita pasangan tak kena
Biarkan mata-mata menjeling penuh curiga
Mereka tidak tahu hubungan engkau dan aku
Meletup bila bersatu

Walaupun ku kekiri, ku kekanan
Kita maju ke hadapan
Siapa benar siapa salah
Yang penting sama mengalah

Ohhh… Ehhh… Ohhh.. Ehhh… Ohhh…
Kita berdua (berdua)… Bersama (Bersama)…
Menggegar dunia
Meletup…. Ahhh…

Biarkan orang berkata kita pasangan tak kena
Biarkan mata-mata menjeling penuh curiga
Mereka tidak tahu hubungan engkau dan aku
Meletup bila bersatu

Walaupun ku kekiri, ku kekanan
Kita maju ke hadapan
Siapa benar siapa salah
Yang penting sama mengalah

Ohhh… Ehhh… Ohhh.. Ehhh… Ohhh…
Kita berdua (berdua)… Bersama (Bersama)…
Menggegar dunia

Ohhhh… Ohh… Ohhh… Kita berdua menggegar dunia x2

Adam… Stacy… bergabung meletup !!

Ohhh… Ehhh… Ohhh.. Ehhh… Ohhh…
Kita berdua (berdua)… Bersama (Bersama)…
Menggegar dunia



Lyrics credit to
Virgonz

Saturday, October 24, 2009

JUARA LAGU 24 HILANG WARNA WARNI



Ditulis oleh Rosli Manah @ Mangga Online

RIZ, Nadia, Alyah dan Nubhan.

Sebanyak 30 buah lagu diumumkan layak ke persaingan peringkat separuh akhir Juara Lagu 24. Kalau dulu ada ketegori balada, pop rock dan etnik kreatif, kali ini kategori itu dimansuhkan sebaliknya dijalankan secara terbuka.

Antara alasan yang diberikan ialah kurangnya lagu baru yang masuk bertanding, tidak cukup kuota lagu etnik kreatif serta adanya lagu-lagu rentak baru yang tidak kena dengan kategori yang diadakan sebelum ini.

Kalau dilihat senarai lagu yang layak, ia memang mencerminkan muzik yang didengar oleh peminat hari ini. Itulah juga lagu-lagu yang dimainkan di corong-corong radio pada masa ini.

Nampaknya kali ini Juara Lagu hilang warna warni apabila sejenis muzik sahaja yang mendomonasinya. Hanya lagu Enjut (Noraniza Idris) dan Oh Anok Anok (Reshmonu) yang boleh dikategorikan dalam kategori etnik yang mengangkat serba sedikit muzik etnik negara ini.

Pastinya dua lagu yang mewakili muzik mereka akan tenggelam di sebalik kemeriahan lagu-lagu yang dihasilkan oleh pemuzik generasi baru seperti Bunkface, Estranged, Hujan, Meet Uncle Hussain dan lain-lain.

Hafiz, STACY dan Akim AF7.


Lagu Cinta Adam Dan Hawa (Misha Omar), Bertamu Di Kalbu (Jaclyn Victor), Tak Mungkin Kerna Sayang (Alyah), Kupinjam Satu Bintang (Alyah dan Riz), Seadanya Aku (Nubhan) dan Pergi (Aizat) yang mewakili lagu-lagu berlenggok.

Selebihnya lagu pop atau rock semasa. Ada lagunya yang kedengaran hampir sama kerana dihasilkan mengikut cita rasa yang sama oleh generasi pemuzik yang dikategorikan dalam kelompok indie. Mungkinkah ini dia corak muzik kita?

Dominasi bintang realiti

Separuh akhir Juara Lagu 24 menampilkan barisan besar bintang realiti baru dan terdahulu. Itulah barisan penyanyi yang ada hari ini.

Daripada Akademi Fantasia ada wakil iaitu Stacy (Pakai Buang), Adam (Benar Benar), Mila (Gila), AIzat (Kau Aku, Pergi dan Fikirlah), Nadia (Dia, Aku Dan Kamu), Hafiz (Masih Jelas), Nubhan dan Akim (Bengang).

Bintang realiti dari stesen rangkaian Media Prima pula diwakili Faizal Tahir (One In The Million) (Bencinta),Tomok OIAM (Rindu Terhenti), One Natien Emcees (Gangstarz) (Raja Gelek) dan Black (Aku Rindu Sayang Kamu).

Lagu-lagu lain ialah Aurora dan Ketika Ini (Estranged), Situasi (Bunkface), Dan Sebenarnya (Yuna), Aku Scandal (Hujan), Patri dan Tahu Tak Tahu Joget (Jinbara), Mirage (Pesawat), Khatimah Cinta (Sixth Sense) dan Pari-pari Di Bawah Angin (Meet Uncle Hussain).

"Sejak dulu lagi kami sentiasa terbuka dengan cadangan dan pendapat serta kehendak dalam industri muzik itu sendiri bagi meningkatkan lagi mutu program Muzik Muzik.

"Sebab itulah juga Muzik Muzik 24 tampil dengan format baru dengan pencalonan lebih fleksible dan ini bermakna lagu-lagu yang dicalonkan terbuka kepada semua kategori lagu,"
kata Pengurus Produksi Hiburan Primeworks Studio, Fadzliniza Zakaria.

Saingan peringkat separuh akhir akan diadakan pada 6 November 2009, 13 November 2009 dan 20 November 2009. Keputusan lagu yang akan ke pertandingan akhir akan dibuat sejurus selepas saringan ketiga selesai. Pertandingan separuh akan akan disiarkan secara langsung di TV3 pada pukul 10.00 malam. Pertandingan akhir Anugerah Juara Lagu 24 akan diadakan pada Januari 2010.


Thursday, October 22, 2009

PERSAINGAN SENGIT DI SEPARUH AKHIR MUZIK-MUZIK 24




By Li Ee Kee @ gua.com.my


Petang tadi, bertempat di perkarangan Sri Pentas diumumkan 30 lagu yang telah berjaya memasuki pusingan separuh akhir Muzik - Muzik .

Mereka adalah:

6 Nov
1. Mirage (Pesawat)
2. Kau Aku (Aizat)
3. Dia, Aku dan Kamu (Nadia & Red Peanut)
4. Oh Anok Anok (Reshmonu)
5. Tak Mungkin Kerna Sayang (Alyah)
6. Aku Scandal (Hujan)
7. Enjut (Noraniza Idris)
8. Gila (Mila)
9. Dan Sebenarnya (Yuna)
10. Raja Gelek (One Nation Emcees)
11. Bertamu Di Kalbu (Jaclyn Victor)

13 Nov
1. Aurora (Estranged)
2. Seadanya Aku (Nubhan)
3. Tahu Tak Tau Joget (Jinbara)
4. Ku Pinjam Satu Bintang (Alyah & Riz)
5. Fikirlah (Aizat)
6. Khatimah Cinta (6ixth Sense)
7. Bengang (Akim)
8. Aku Rindu Sayang Kamu (Black)
9. Pari-Pari Di Bawah Angin (Meet Uncle Hussain)
10. Benar-Benar (Adam)
11. Masih Jelas (Hafiz)

20 Nov
1. Situasi (Bunkface)
2. Rindu Terhenti (Tomok)
3. Patri (Jinbara)
4. Pakai Buang (Stacy)
5. Pergi (Aizat)
6. Ketika Ini (Estranged)
7. Bencinta (Faizal Tahir)
8. Cinta Adam & Hawa (Misha Omar)

Tarikh 6, 13 dan 20 November merupakan tarikh persembahan mereka, yang akan berlangsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam dari jam 10 hingga 11.30 malam, mengikut urutan yang tertera.

Muzik-Muzik edisi ke-24 ini menampilkan format baru dimana pencalonan lagu tidak fokus kepada tiga kategori utama iaitu Etnik Kreatif, Balada dan Pop Rock. Pendek kata, Muzik-Muzik kali ini tidak mempertandingkan sebarang kategori.

Tujuannya untuk memberi peluang kepada pengiat-pengiat seni muzik untuk bebas berkarya dan hasil ciptaan mereka tidak terbatas kepada tiga kategori ini saja.

Lagu-lagu yang layak dipertandingkan di Muzik-Muzik Separuh Akhir dipilih melalui markah tertinggi yang diperolehi melalui undian yang dibuat setiap minggu dan berdasarkan tempoh kedudukan lagu tersebut di dalam carta mingguan Muzik-Muzik.

Sebanyak 112 lagu yang telah dicalonkan sepanjang tahun mulai 4 April hingga 17 Oktober tetapi hanya 30 lagu sahaja terpilih ke separuh akhir. Dari situ, 14 lagu yang layak ke Anugerah Juara Lagu yang akan diumumkan selepas persembahan terakhir pada 20 November.

Pemilihan dibuat berdasarkan pemarkahan oleh juri profesional berdasarkan persembahan pada malam pertandingan dicampur markah penilaian lagu yang dibuat sebelum persembahan.

Tiket-tiket percuma ke pertandingan separuh akhir Muzik-Muzik boleh diperolehi di Balai Pengawal Sri Pentas Bandar Utama dan Balai Pengawal Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral mula 31 Oktober.


Untuk maklumat lanjut mengenai Separuh Akhir Muzik-Muzik 24, layari www.tv3.com.my

Wednesday, October 21, 2009

BERMULA SEMULA 'LIVE' @HARD ROCK CAFE



Credit to azlandaniel



Riz pada Majlis Pelancaran Album Bermula Semula di Hard Rock Cafe pada 13/10 yg lalu.



BERMULA SEMULA
Lyrics

kini kita berjauhan
rindu ini tak tertahan
walaupun saling menyayang
kita roboh kota cinta

kembalikan cinta suci
usah biar ia mati
usai sudah janji-janji
kita berdua

oh sayangku
berilah ruang untuk seketika
kita mengerti mengapa begini
berakhirnya cinta ini

kita mulakan cinta ini
memutihkan pengalaman hitam kita
wahai kekasihku
inginku bermula semula
kerana cinta suci ini
padamu yang aku sayangi

o kasihku jangan kau pergi lagi



Lagu:
Ajai
Lirik : Abie Abdullah



STACY@DRAMA KAU DAN AKU




Teks oleh
Razif Rosdi

Bermula Sabtu, 24 Oktober 2009, drama bersiri terbaru yang paling ditunggu-tunggu, Kau & Aku akan ke udara di Astro Ria. Drama yang dilakonkan oleh ramai artis popular terutama bintang Akademi Fantasia (AF) itu dijangka mencetuskan fenomena baru dalam dunia hiburan khususnya remaja.

Drama itu dibintangi oleh Aril, Akim, Mila, Noni, Ika Nabila, Raja Farah, Azizah Mahzan, Riezman, Sherry Merlis, Sabrina Ali Khan, penyanyi Nurul Huda Wahab, Puteri Fateen Nasuha, Anita Baharom serta bakat Astro seperti Farish, Zoey dan Amar.

Pengurus Saluran Astro RIA, Khairul Mizan Shagul, berkata inilah drama bersiri yang terbesar terbitan Astro yang dihasilkan untuk tatapan penonton setia Astro terutama sekali golongan remaja yang mengikuti program AF.

"Kami yakin Kau & Aku bakal menarik perhatian penonton apabila ia menampilkan ramai pelakon dan bintang AF.

Sementara itu, Kau & Aku turut mengundang beberapa bintang AF yang lain seperti Hafiz, Stacy dan Dafi yang membuat penampilan istimewa.

Drama ini mengisahkan kehidupan dan cabaran anak remaja dalam mengejar impian dan cita-cita sekumpulan pelajar di Kolej Persembahan Seni Harmoni. Di sinilah segala mimpi, cita-cita, bakat dan cinta bermula terutamanya di antara persahabatan Mila dan Akim yang memutikkan cinta remaja. Namun segalanya tidak seindah yang disangka apabila munculnya watak-watak yang sentiasa dengki dan iri hati terhadap mereka.

Credit to Murai.com

Tuesday, October 20, 2009

HASIL TITIK PELUH TERBITKAN ALBUM@HARIAN METRO



Oleh Sakini Mohd Said
sakini@hmetro.com.my


KEKUATAN naib juara program realiti Akademi Fantasia musim keenam (AF6), Mohammed Idris Mohd Zaizizi atau Riz bukan saja pada lirikan matanya malah melingkari lontaran suaranya yang gemersik dan syahdu tatkala menyanyikan lagu bergenre balada.

Justeru, tidak hairanlah apabila kehadiran penyanyi tinggi lampai ini sentiasa mendapat perhatian. Walaupun menyepi seketika selepas berakhirnya AF6, dia kembali menyengat menerusi single Ku Pinjam Satu Bintang, hasil paduan suara bersama Alyah.

Sepinya Riz, 23, bukan bererti menarik diri, tetapi sibuk dengan proses album sulungnya. Akhirnya, kerja keras yang dimulai sejak hujung tahun lalu membuahkan hasil apabila Riz bakal menerbitkan album penuh yang dijangka berada di pasaran hujung bulan ini. Biarpun tidak sabar menanti, dia dikatakan pula mendapat tajaan golongan VIP bagi merealisasikan impiannya.

Apatah lagi, sesi pelancaran album solo Riz di Hard Rock Cafe, baru-baru ini turut dihadiri golongan itu. Turut hadir di majlis itu ialah Pengurus Artis dan Repertoir Warner Music Malaysia, Mokhtaza Ahmad.

Melihat kemesraan Riz bersama mereka dan pengakuannya mengenai kos pengeluaran album yang 100 peratus ditanggungnya menerusi Riz Entertainment, menguatkan persepsi negatif itu. Justeru, kesempatan bertemu dengannya selepas majlis pelancaran albumnya, tidak disia-siakan untuk menyusuri lanjut persoalan itu.

"Cabaran paling besar ketika melahirkan album ini adalah wang dan disebabkan itu saya mengambil masa yang agak lama. Kalau dikatakan saya mendapat tajaan, awal-awal lagi selepas keluar AF sudah ada album.

"Tetapi, mengapa saat ini baru ada? Ini kerana saya berusaha menyimpan separuh pendapatan hasil dari setiap persembahan yang dijayakan. Mereka yang anda lihat, adalah ahli kelab peminat Rizangels dan datang sini untuk memberi sokongan padu pada karier seni saya. Langsung, tidak lebih dari itu,"
katanya.

Agak skeptikal jawapan yang diberikan Riz apatah lagi sebelum ini ada kedengaran yang empunya badan bercuti di luar negara iaitu Jakarta, Phuket dan Australia. Sudah tentu perbelanjaan diperlukan bukan sedikit, merangkumi harga tiket penerbangan, hotel, makanan dan juga membeli-belah. Ditambah, tolak dan bahagi semua, berapa banyaklah persembahan yang dapat dijayakannya itu dapat memenuhi perbelanjaan kos pengeluaran album.

"Bukankah sekarang syarikat penerbangan sibuk mempromosi pakej penerbangan murah? Saya sebenarnya sudah lama mendaftar di laman web mereka untuk dapat tiket murah. Jadi, ini sedikit sebanyak mengurangkan kos perbelanjaan.

"Lagipun, saya ada restoran sendiri iaitu Restoran Riz , di Grik yang menjual makanan ala Thai. Selepas melihat kejayaan memberangsangkan, saya berpeluang membuka cawangan baru selepas raya baru-baru ini. Alhamdulillah, berkat persembahan dan keuntungan bersih daripada perniagaan restoran, secara tidak langsung membantu saya mengumpul wang untuk hasilkan album solo. Justeru, saya harap tidak ada lagi mana-mana pihak meragui sumber mana saya dapatkan duit,"
tegas Riz.

Menyingkap albumnya yang berjudul, Bermula Semula, beritahu Riz, proses rakaman bermula seawal September tahun lalu. Menariknya, lagu Ku Pinjam Satu Bintang, duet bersama Alyah digubah semula dalam versi solo.

"Ketika ini, semua lagu sudah siap dirakam dan bakal menjengah pasaran pada hujung Oktober. Sebenarnya, lagu Bermula Semula yang digubah Ajai mempunyai makna mendalam kerana menyamai kisah peribadi saya. Bila menyanyikan lagu itu, saya teringat ketika awal-awal masuk AF. Ketika itu, emak dan ayah bercerai dua minggu sebelum saya sertai AF.

"Konsert minggu pertama hinggalah minggu ketiga, saya langsung tidak nampak ayah. Menjelang minggu keempat ayah datang melihat persembahan saya tetapi dia duduk berasingan dengan mak. Saya pula tidak boleh keluar dari situ dan jumpa mereka kerana itu adalah undang-undang di AF.

"Alhamdulillah, konsert minggu kelima saya lihat mereka duduk sekali. Dari situ, saya andaikan mereka sudah berbaik-baik hinggalah kini hubungan ayah dan emak masih utuh. Jadi, saya tujukan khas lagu Bermula Semula kepada mereka,"
ujar Riz.


ALBUM RIZ.... @SINAR HARIAN




PENYANYI realiti yang popular dengan lagu, ‘Hanya Sandiwara’, Riz atau nama sebenarnya Mohammed Idris Mohd Zaizizi kini mampu tersenyum puas kerana impiannya untuk melahirkan album solo akhirnya tercapai. Dengan kerjasama komposer terkenal, Ajai, maka lahirlah albumnya berjudul ‘ Bermula Semula’ yang mempertaruhkan lapan buah lagu termasuklah ‘Bermula Semula’ dan Harus Ku Pergi’ yang dipilih sebagai ‘single’ pembuka tirai.

Walaupun albumnya muncul di saat pasaran muzik yang tidak menentu, apatah lagi sukar untuk dijual, namun Riz percaya album yang diterbitkan oleh syarikatnya, Riz Entertaiment dengan kerjasama Wake The Baby, milik Ajai, mempunyai kekuatan dan keistimewaan tersendiri. Dengan mengutamakan aspek kualiti dalam setiap lagu yang dimuatkan, anak muda kelahiran Perak ini percaya ‘buah tangan’ pertamanya itu dapat memenuhi selera peminat muzik di negara ini, selain dapat melonjakkan semula namanya di persada seni suara tanah air.

“Saya percaya dengan kerjasama dari Abang Ajai dan beberapa komposer yang ada, album ini boleh dijual. Dengan sokongan yang berterusan dari peminat, saya percaya, album ini akan mendapat sambutan. Malah konsep balada yang dimuatkan dalam album ini, juga masih diminati kebanyakkan masyarakat kita. Selain album, lagu-lagu dalam album ini juga boleh dimuat turunkan sebagai ‘Ring Back Tones’ dan ini juga sebahagian dari stategi jualan sekarang,” katanya yang akan sibuk dengan promosi albumnya selepas ini.

Sementara itu, orang kuat di sebalik pembikinan album Riz, Ajai, memberitahu, sebelum melahirkan album solo Riz, dia sudah mengatur pelbagai stategi bagi memastikan populariti anak muda itu terus bertahan.


“Riz memang sudah popular sejak AF lagi. Tetapi populariti seseorang artis itu boleh tenggelam sekiranya tidak ada lagu. Jadi dalam tempoh setahun, saya merancang pelbagai stategi supaya orang ramai sedar dengan kehadiran Riz dalam industri kita. Dengan menggandingkannya dengan pendatang baru, Alyah, menerusi lagu duet, ‘Ku Pinjam Satu Bintang’. Saya tak sangka, percaturan itu berjaya dan mendapat sambutan dari peminat. Nama Riz juga semakin melonjak. Dari situ saya mula merangka kariernya dan seterusnya menghasilkan album solonya, ‘Bermula Semula’.

“Proses rakaman bermula September 2008 lalu, setelah kami berbincang mengenai material yang sesuai dengan vokalnya. Apa yang saya dapati, suara Riz sangat bagus dalam menyampaikan lagu-lagu balada. Maka konsep ini amat sesuai dengan albumnya. Saya tidak mengambil masa yang lama untuk merakam satu-satu lagu, kerana Riz mempunyai
‘feel’ yang bagus untuk lagu balada. Dia juga rajin membuat latihan sebelum menjalani rakaman. Inilah merupakan sikap yang harus ada pada artis-artis baru,”
kata Ajai yang kagum dengan bakat serta sikap yang ada pada Riz.


Album yang diedarkan oleh Warner music ini bakal berada di pasaran pada penghujung Oktober ini dan bagi peminat Riz jangan lepaskan peluang untuk memiliki album penyanyi kesayangan anda ini.



Untuk membaca artikel penuh, sila klik link di bawah:-

http://www.sinarharian.com.my/com/content/story5274122.asp




Monday, October 19, 2009

STACY@GEMPAK ASTRO RETRO





Credit to myvi1081

DIGILAI MAK DATIN, RIZ TIDAK KISAH@KOSMO ONLINE



Oleh HARYATI KARIM
haryati.karim@kosmo.com.my



SEBELUM ini heboh kononnya kehidupan Riz ditaja sehingga membolehkannya bergaya sakan dengan barangan berjenama mewah termasuk memiliki sebuah kereta mewah, BMW 320i. Apatah lagi kerjaya seninya masih baru berputik dan tidaklah sehebat mana.

Melihat kepada kebanyakan peminat yang hadir pada majlis pelancaran album penyanyi Riz atau nama sebenarnya Mohammed Idris Mohd Zaizizi baru-baru ini, ia seperti mengiyakan gosip hangat yang pernah tersebar tentang dirinya itu.

Kebanyakan mereka terdiri daripada golongan kenamaan termasuk kerabat diraja, wanita berpengaruh dan mak datin yang dilihat menyokong kuat perjalanan kerjaya pemuda berusia 24 tahun ini.

Seperti mengetahui apa yang berlegar di minda pihak media, Riz menjelaskan semua peminat golongan kenamaan itu telah menyokongnya sejak dia berada dalam program Akademi Fantasia (AF6) musim keenam lagi. Justeru, tiada salahnya jika mereka masih menyokongnya sehingga ke hari ini.

"Saya tidak kisah siapa yang minat saya, remaja, orang tua, lelaki, atau mak datin sekali pun saya menerimanya. Bagi saya sebagai artis saya tidak boleh menentukan kelompok peminat. Semuanya terpulang kepada seseorang individu.

"Saya senang dan selesa dengan keadaan sekarang walaupun ada mulut-mulut di luar sana yang mengatakan saya ditaja oleh peminat yang kaya raya. Baguslah mereka berduit boleh beli album saya yang asli,"
ujarnya berseloroh.

RIZ menunggu lebih setahun untuk menghasilkan sebuah album penuh yang turut menyaksikan kolaborasinya dengan penyanyi Alyah.

Meskipun kebanyakan peminatnya terdiri daripada golongan kenamaan, itu bukanlah satu tiket untuk Riz mengambil kesempatan terhadap peminatnya.

"Kalau benar saya ditaja orang, rasanya album saya sudah lama keluar tidak perlu menunggu sehingga setahun. Tetapi kerana bajet yang terhad dan menggunakan wang simpanan saya sendiri baru sekarang album solo pertama saya muncul," ujarnya.

Tambahnya lagi, sepanjang tempoh setahun wang diperolehi dari persembahan nyanyian akan disimpan sedikit demi sedikit ke dalam akaun syarikat miliknya Riz Entertainment bagi membikin albumnya.

"Bukan murah nak buat album berpuluh ribu juga habis, itu belum masuk promosi dan lain-lain kos. Kalau benar ditaja tidak perlulah saya susah-susah kumpul duit.

"Peminat yang datang hari ini semua sekadar menyokong sahaja tidak lebih daripada itu," katanya jujur.


Album buat ibu bapa

Istimewanya tentang album yang berjudul Bermula Semula ini, Riz memberitahu ia ditujukan buat kedua - dua ibu bapanya kerana ketika memperolehi lirik lagu tersebut ia seolah-olah menggambarkan situasi keluarganya.

"Bapa dan ibu saya pernah bercerai dalam dua bulan semasa saya masuk AF6, kemudian mereka rujuk semula tidak lama selepas itu.

"Judul album Bermula Semula menggambarkan satu permulaan baru buat ibu bapa saya. Saya bersyukur kini mereka sudah kembali bersama,"
katanya yang berkolaborasi bersama Alyah dalam lagu berjudul Bermula Semula.

RIZ menafikan dia ditaja oleh orang kenamaan atau mak datin.

Menyentuh tentang album lagi, Riz telah memberi sepenuh kepercayaan kepada komposer terkenal Ajai selaku penerbit dan pencipta kebanyakan lagu dalam album sulungnya itu.

Pilihannya itu dianggap tepat kerana kebanyakan lagu yang diperdengarkan pada majlis pelancaran albumnya di Hard Rock Cafe cukup mesra telinga.

Kata Riz, dia memilih Ajai disebabkan kredibiliti yang dimiliki komposer itu dan yakin dengan hasil yang bakal diberi kepadanya.

"Album ini hasil duit saya, cuma tiga lagu dibiayai oleh Astro Entertainment Sdn. Bhd. kerana telah dirakam ketika Maestro masih ada.

"Oleh itu, saya mahu yang terbaik dan saya sebenarnya suka dengan kebanyakan lagu-lagu Ajai. Bukan saya tidak mahu bekerjasama dengan komposer lain, sebab ada dua lagu saya dicipta oleh orang lain.

ANTARA kenamaan dan datin yang menyokong kerjaya Riz.

"Disebabkan ini album pertama, ia sekadar percubaan. Kalau peminat suka mungkin album seterusnya baru saya akan bekerja dengan ramai komposer," ujarnya tentang album yang kebanyakan liriknya ditulis oleh rakan media.

Masalah pasaran album lembap memang tidak pernah berkesudahan tetapi menurut Riz pada mulanya dia juga seperti penyanyi baru yang lain hanya ingin melahirkan sebuah mini album.

Tetapi selepas berbincang dengan Ajai dan setahun tempoh kajian, akhirnya mereka mencapai kata sepakat menghasilkan album dengan lapan buah lagu termasuk versi live lagu yang dinyanyikan pada konsert terakhir AF6 yang berjudul Hanya Sandiwara.

"Setiap penyanyi mesti nak keluarkan album, cuma saya bernasib baik kerana dapat hasilkan sebuah album penuh dalam pasaran yang agak lembap,"
ungkapnya.

Walaupun begitu, Ajai cukup yakin album sulung Riz bakal mendapat sambutan kerana selain dijual secara fizikal oleh pihak Warner Music (M) Sdn.Bhd yang bertindak selaku pengedar, setiap lagu juga boleh dimuat turun oleh peminat.

"Memang sekarang zaman muat turun tetapi saya percaya promosi cara lama paling berkesan apabila artis Wake The Baby, Alyah berjaya menarik perhatian masyarakat dengan bakat yang dimilikinya.

"Berdasarkan pengalaman itu, kami akan gunakan sepenuhnya untuk mempromosi album ini termasuk mengadakan persembahan pentas jelajah di seluruh negara untuk mendekatkan diri dengan peminat,"
terang Ajai.

KOMPOSER Ajai dan Ketua Bahagian Domestik Warner Music, Ahmad Mokhtazar melancarkan album Bermula Semula bersama Riz.

Selain lagu Bermula Semula, lagu Ku Pinjam Satu Bintang yang dinyanyikan secara duet bersama Alyah juga dimuatkan dalam album itu. Menariknya dalam album Riz lagu tersebut akan dipersembahkan secara solo.

Bukan itu sahaja, album Bermula Semula turut menampilkan lagu Hanya Sandiwara, Harus Ku Pergi, Kau Wanita, Kehilangan, Cinta Ini dan Khilaf.

Sunday, October 18, 2009

RIZ~STACY@METRO AHAD 18 OCTOBER 2009



RIZ TEGUH

Oleh Firdaus Sahat
firdaussahat@hmetro.com.my

BUKAN mudah untuk melihat impiannya memiliki album tercapai. Malah sejak bergelar Naib Juara Akademi Fantasia 6 (AF6), terlalu banyak cabaran perlu ditempuhinya.

Pasang surut dunia hiburan cukup dirasainya. Ditipu dan terpedaya juga mainan kehidupannya sejak menjadi anak seni. Namun berbekalkan semangat teguh, Riz tidak mahu berundur meskipun kerjaya seninya perlahan berbanding rakan seangkatan.

Bagaimanapun, ia cerita lalu. Kini pemilik nama Mohammed Idris Mohd Zaizizi tidak mahu peristiwa lama menghantui kerjayanya.

Dengan harapan menggunung, Riz mahu bermula semula menerusi penampilan album sulungnya yang bakal memasuki pasaran sedikit masa lagi.

“Alhamdulillah selepas lama menanti dan berharap, album sulung berjudul Bermula Semula akhirnya siap dirakam.

“Lapan lagu dimuatkan dalam album ini. Terima kasih kepada Ajai selaku produser album kerana bertungkus-lumus memastikan ia tampil dengan kualiti tersendiri, “
katanya.

Kata Riz, albm berkonsepkan balada itu turut nenampilkan lagu hits Ku Pinjam Satu Bintang (duet bersama Alyah) tetapi diperbaharui dalam bentuk solo.

“Rasanya jika peminat mahu mendengarkan lagu duet saya bersama Alyah, versi pertama berkenaan boleh didengari daripada album Alyah dan juga di radio.

“Bagaimanapun saya tidak nafikan lagu duet berkenaan adalah versi terbaik. Namun saya memperbaharui lagu itu kerana mahu mewujudkan kelainan. Sekurang-kurangnya peminat dapat mendengar lagu yang pelbagai.

“Album ini turut mengangkat lagu ciptaan Ajai dan lirik oleh Abie Abdullah berjudul sama sebagai single. Lagu berkenaan juga berkait rapat dengan kehidupan saya.

“Jadi judul berkenaan dipilih sebagai judul album, sekaligus menunjukkan saya kembali menghiasi pentas seni menerusi penampilan album baru ini, “ katanya.

Di sebalik kejayaannya, masih terselit cerita kurang enak yang melingkari kerjayanya. Malah kelewatan abum berkenaan disiapkan syarikat rakaman Wake The Baby juga menjadi isu untuk menjatuhkan kariernya sebagai anak seni.

Bagaimanapun, secara jujur Riz tidak memandang berat desas-desus berkenaan. Katanya, meskipun album berkenaan lewat dikeluarkan, ia ada penjelasan tersendiri.

“Saya akui sudah lama Ajai mempelawa saya untuk merakam album. Malah kerjasama antara kami juga bermula apabila saya dipanggil berduet bersama Alyah walaupun tidak secara rasmi.

“Mungkin disebabkan perkara itu ada yang mengatakan Ajai tidak bersungguh-sungguh dalam pembikinan album ini, tetapi bagi saya sebaliknya.

“Selaku komposer dan produser, Ajai sangat sibuk, malah ketika dalam proses merakam lagu saya, Ajai turut terbabit dalam pembikinan album beberapa artis lain. Jadi, bagi menjaga kualiti semua produk, Ajai terpaksa menyiapkan satu demi satu.

“Jika mahu mengatakan Ajai buat kerja sambil lewa, pasti album ini sudah lama disiapkan. Ini tidak, saya terpaksa mengikut semua proses dengan betul, malah pemilihan lagu juga dilakukan berkali-kali demi mencari yang terbaik,”
katanya.

Pengalaman bersama Ajai juga memberi warna dalam hidupnya.

“Bekerja dengan Ajai umpama bekerja dengan rakan. Kami boleh berkongsi idea dan melawak seperti dengan kawan. Selain itu, Ajai berfikiran terbuka dan ia memudahkan sesiapa saja bekerja dengannya.

“Insyaallah jika ada peluang, saya mahu bekerjasama dengannya lagi. Namun, ia terpulang kepada soal rezeki. Harap-harap album ini diterima peminat,”
katanya.



STACY DENGAN AKIM PULA


Lagi kisah cinta. Selepas hubungan Stacy dan Nubhan berakhir disebabkan faktor usia muda, karier dan ego masing-masing. CAK (Cerita Artis Kita) dimaklumkan oleh sumber rapat Bintang Akademi Fantasia 6 yang penyanyi kelahiran Sabah ini rapat pula dengan Akim.

Bukan rapat macam kawan, tapi katanya mereka bercinta. Mula-mula susah juga CAK nak percaya, maklumlah tak nampak bukti depan mata, tetapi bila beriya-iya bercerita CAK buat-buatlah khusyuk dengar.

Katanya bila putus cinta, Nubhan kecewa tahap gaban jugalah. Namun bila dipujuk syarikat pengurusan, perlahan-lahan dia kembali bersemangat dan tak monyok lagi.
Soal siapa minta putus tak pula CAK pasti, tapi menurut sumber itu memang pengalaman itu cukup perit buat Nubhan dan Stacy.
Selepas peristiwa itu mereka fokus perhatian kepada karier, malah Nubhan khabarnya tukar kereta baru dan beli rumah. Manakala Stacy kini intim dengan Akim. Soal betul ke Stacy dan Akim bercinta, kenalah tanya empunya diri.



Credit to Harian Metro



Saturday, October 17, 2009

ALBUM SOLO RIZ BUKAN DITAJA MAK DATIN!@MURAI.COM



Teks & Foto oleh Haswari Ali


KUALA LUMPUR, 17 OKTOBER 2009: Kehadiran kelab peminat Riz ketika pelancaran album sulung naib juara Akademi Fantasia 6 (AF6) itu di Hard Rock Cafe Kuala KL, baru-baru ini telah menimbulkan gosip.

Mana tidaknya, ini kerana ramai peminat Riz atau nama penuhnya, Mohammed Idris Mohd Zaizizi, pada hari itu tergolong dari kalangan Mak Datin, Datuk malah kerabat diraja yang sememangnya nampak sangat teruja dengan Riz.

Terdetik persoalan, adakah album Bermula Semula yang telah mendapat sentuhan komposer popular Ajai dari Wake The Baby serta edaran oleh Warner Music (M) Sdn Bhd itu mendapat tajaan dana daripada peminat VIPnya itu? Malah apabila Riz kini memandu sebuah BMW, ia juga digosipkan sebagai kereta tajaan seseorang.

"Saya dah agak perkara ini akan digosipkan. Terus terang kesemua mereka hanyalah peminat setia saya yang sangat saya hormati. Malah sokong saya malah turut membeli album saya seperti mana peminat lain. Itulah perkara yang sangat mengharukan saya. Kedatangan mereka membakar lagi semangat saya dan itulah 'tajaan' yang tidak ternilai.

"Sebenarnya semua peminat VIP ini telah menyokong saya sejak dari dalam AF lagi,"
jelas Riz bersungguh-sungguh.



Album Bermula Semula menyenaraikan 8 lagu yang mendapat sentuhan Ajai sebagai produser serta pembabitan beberapa nama popular dalam penulisan lirik seperti Slen, Abie Abdullah, Rosli Manah dan Ajai sendiri.

Berpuas hati dengan kemunculan album itu, Riz menjelaskan Bermula Semula adalah hasil daripada duit simpanannya sendiri yang langsung tidak mengharapkan simpati atau 'pembiayaan terlindung'.

Katanya, daripada 8 lagu, hanya 3 lagu daripada album itu, Hanya Sandiwara, Ku Pinjam Satu Bintang dan Kau Wanita telah disokong oleh Astro Entertaiment Sdn Bhd (AESB) sebagai syarikat showbiz yang bertanggungjawab memperkenalkan namanya ke persada seni hiburan.

Riz berkata, kerana kos penerbitan album itu yang agak mahal, dia terpaksa menangguh seketika penerbitan album itu sehingga simpanan kewangannya benar-benar mencukupi untuk melahirkan sebuah album penuh seperti hari ini.


"Sepatutnya album ini sudah dilancarkan beberapa bulan lalu tapi memandangkan ketika itu duit masih belum cukup, kenalah saya tungggu lagi. Banyak perkara perlu saya selesaikan seperti membayar rumah, kereta dan belanja harian.

"Kalau hendak tahu, ada satu masa, saya terduduk termangu bila memikirkan soal duit dan penerbitan album ini. Pernah juga saya mengikat perut dengan hanya makan mi segera saja, semata-mata nak kumpul duit untuk buat album ini. Alhamdulillah berkat usaha dan kesabaran semuanya telah tercapai,"
ujarnya.


Ibu dan ayah Riz sudah kembali bersatu

Sedar ini adalah masa terbaik untuk melahirkan album, Riz bersyukur kerana berpeluang menujukan salah satu lagu daripada album itu kepada kedua ibu bapanya yang telah bersatu kembali selepas beberapa bulan tidak tinggal sebumbung.

Menurut Riz, lirik yang tertulis pada lagu Bermula Semula cukup memang simbolik bagi menceritakan kegembiraannya sebagai anak yang dapat melihat ibu bapanya kembali bersama.

"Sebenarnya ketika saya menyertai AF dulu, saya mengalami masalah keluarga. Mak dan ayah saya mengambil keputusan untuk tidak lagi bersama. Awalnya konsert AF minggu pertama, ayah saya tidak datang melihat saya.

"Tapi masuk minggu ke-3, saya dapat lihat ayah datang ke konsert meskipun tidak duduk dekat ibu saya ketika itu. Dari minggu ke minggu saya lihat mereka semakin rapat yang akhirnya memutuskan untuk bersama kembali,”
katanya dalam nada terharu dan gembira.

Selain single popularnya Hanya Sandiwara dan lagu duet bersama Alyah, Ku Pinjam Satu Bintang yang kerap berkumandang di corong-corong radio, Riz turut mempertaruhkan lagu seperti Khilaf, Harus Ku Yang Pergi dan Cinta Ini.

Lagu-lagu ini juga boleh dimuat turun untuk dijadikan nada dering bagi telefon bimbit anda. Sementara itu, difahamkan, lagu Riz dan Alyah iaitu Ku Pinjam Satu Bintang layak menyertai semi-final Muzik Muzik dan pengumuman rasmi akan dibuat oleh TV3 minggu depan.


Tahniah Riz!

Friday, October 16, 2009

STACY@JELAJAH GEMPAK ASTRO RETRO 2009


Credit to BUDIEY.COM



Bagi meneruskan kesinambungan dan inisiatif bagi mengeratkan jenama Astro di samping menawan hati para pelanggan, Astro terus gigih dalam ekspedisinya untuk terus mendekati para pelanggan melalui acara promosi bergerak Gempak Astro Retro 2009 yang akan diadakan pada 17 Oktober ini bermula seawal jam 10 pagi hingga jam 10 malam bertempat di Dataran Kluang, Johor.

Acara promosi bergerak Gempak Astro Retro 2009 yang akan diadakan pada 17 Oktober ini bakal menerima kunjungan oleh artis dan selebriti terkenal seperti Datuk Khatijah Ibrahim, Anuar Zain, Ning Baizura, Zainal Alam Kadir, Farish serta bintang-bintang Akademi Fantasia yang lain seperti Akim, Stacy, Akma, Yazer, Farah, Farhan, Idayu, Nadia, Toi, Zahid, Reza dan ramai lagi yang akan sama-sama turun padang bagi memeriahkan lagi acara.


Bagi mereka yang berada di Dataran Kluang, Johor .. jangan lupa datang memeriahkan Gempak Astro kali ini.
Related Posts with Thumbnails