JOM CHAT


Nama watak dan perwatakan dalam novel-novel yang diletakkan di blog ini adalah rekaan dan imaginasi penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.



Jika terdapat persamaan, itu hanyalah secara kebetulan sahaja.



Harap maklum.



Saturday, October 16, 2010

RAHSIA RIZ MAKIN KURUS


Oleh Tajul Ariffin Abu Hassan
Foto Shahril Azman Zain


Tentu ramai yang perasan perubahan susuk badan penyanyi kacak ni kan? Bukan saja segak dengan imej rambut pendek malah badan Riz semakin kurus. Mesti ramai yang nak tahu rahsia Riz kan? Jom ikuti cerita Riz yang ramah orangnya ini.


CERITA RIZ:

"Kalau nak tahu, sebenarnya pada bulan Ramadan lalu berat badan saya semakin naik. Mestilah saya risau dengan peningkatan berat badan saya.

"Sekarang ini saya kembali bersenam dan menjaga pemakanan untuk memastikan berat badan saya terkawal.

"So far apa yang saya buat untuk mengawal berat badan ialah mengurangkan pengambilan makanan. Tapi jangan pula terlalu sedikit, takut sakit pulak nanti. Iyalah, badan kita kan memerlukan tenaga.

"Selain itu, banyakkan minum air mineral. Sekurang-kurangnya tiga liter sehari kerana bila kita bersenam, badan kita akan kekurangan air.


"Kalau boleh, bersenam setiap hari. Selalunya kalau sibuk, saya hanya akan bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

"Tentang kerjaya, mungkin Disember depan saya akan terbang ke Indonesia untuk merakamkan single terbaru saya.

Demikian tips berharga daripada Riz untuk peminat. Peminat yang ingin mengetahui perkembangan terbaru Riz boleh layari laman web www.rizfc.forumotion.com


**Jangan lupa dapatkan majalah Mangga terbaru di pasaran sekarang!


No comments:

Related Posts with Thumbnails