JOM CHAT


Nama watak dan perwatakan dalam novel-novel yang diletakkan di blog ini adalah rekaan dan imaginasi penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.



Jika terdapat persamaan, itu hanyalah secara kebetulan sahaja.



Harap maklum.



Sunday, October 24, 2010

RIZ PROMOSI PLAN KEDUA


Ditulis oleh Rosli Manah @ Mangga Online



Riz AF6 salah seorang penyanyi lelaki yang mendapat perhatian peminat kerana kemampuan vokalnya yang baik. Walaupun baru beberapa tahun memasuki industri muzik, Riz sudah ada identiti tersendiri dan tidak dikaitkan dengan penyanyi sedia ada.

Sekarang penyanyi berasal dari Grik, Perak itu dalam rangka mempromosikan single baru berjudul Cinta Ini ciptaan Ajai. Lagu yang dimuatkan di dalam album sulungnya itu mula mendapat perhatian peminat.


Beli barang untuk didermakan


Kalau ada acara yang melibatkannya, Riz akan mengambil kesempatan untuk mempromosikan lagu tersebut. Dengan adanya single baru, kerjaya seni seseorang artis tidak akan terhenti.

Sebelum ini beberapa lagunya pernah mendapat tempat di hati peminat termasuk lagu duet bersama Alyah, Ku Pinjam Satu Bintang. Lagu tersebut juga dirakam kembali secara solo oleh Riz di dalam album terbitan Riz Entertainment dengan kerjasama Wake The Baby Records.



Riz dan rakan-rakan dalam kerja amal

Untuk gelombang kedua promosi albumnya, Riz turut mempertaruhkan lagu-lagu Kehilangan Kamu dan Khilaf. Lagu Kehilangan Kamu membolehkan namanya tercalon untuk kategori vokal lelaki terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-17 tahun ini.

Semasa mengikuti rombongan majalah Hai, Jamu Mak Dara dan Bank Islam mengadakan majlis amal di Kampung Periang, Kuala Kangsar, Perak baru-baru ini Riz sempat memperdengarkan lagu Cinta Ini kepada peminat desa itu.

Walaupun ada yang baru mendengarnya kali pertama, lagu tersebut mudah meresap ke telinga peminat. Mereka mudah mengikut Riz semasa menyanyikan lagu itu.


Riz makin langsing


Tak berkira hulur tenaga

Sepanjang mengikuti acara majlis amal bersama majalah Hai, Riz tidak berkira-kira menghulurkan tenaga. Riz bersama artis-artis yang telibat bergotong royong memotong daging serta menolong orang kampung memasak.

Mereka juga turut turun padang ke pasaraya untuk membeli keperluan rumah bagi tujuan agihan kepada orang susah dan memerlukan bantuan di kampung tersebut.

"Inilah salah satu cara artis boleh beramal. Mungkin kehadiran kita menghiburkan mereka boleh membuatkan mereka seronok dan dapat melupakan masalah yang sedang dilalui," kata Riz.

No comments:

Related Posts with Thumbnails