JOM CHAT


Nama watak dan perwatakan dalam novel-novel yang diletakkan di blog ini adalah rekaan dan imaginasi penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.



Jika terdapat persamaan, itu hanyalah secara kebetulan sahaja.



Harap maklum.



Wednesday, July 8, 2009

IMBAUAN : SELAMI JIWA STACY & RIZ AF6 @MEDIA HIBURAN 22-28 NOVEMBER 2008



Teks oleh Alzahrin Alias, Yusliza Mohd & Nor Azira Hadi
Foto Badang


JUARA TIDAK POPULAR BERBANDING BUKAN JUARA

STACY AF6 ~Mungkin Belum Tiba Masanya

Kebelakangan ini, banyak isu yg melibatkan program realiti TV menjadi pertikaian. Salah satu perkara yang seringkali menjadi sebutan ialah nasib juara rancangan realiti. Peserta-peserta bukan juara dikatakan lebih banyak mencipta kejayaan berbanding dengan juara.

Bagi juara AF6, Stacy dia lebih berfikiran terbuka dalam memikirkan hal ini.

"Rasanya tidak bolehlah orang mempertikaikan perkara ini kerana itu semua terpulang kepada rezeki masing-masing. Macam Stacy sendiri, mungkin masa untuk berjaya belum tiba lagi. Kalau orang itu berusaha dia akan berjaya. Kita tidak boleh menyalahkan mana-mana pihak".


RIZ ~ Kena Pandai Intai Peluang

Berlainan pula bagi Riz yang mengatakan populariti ini bergantung kepada bakat dan rezeki seseorang.

"Terdapat banyak faktor yg membuatkan penonton mengundi untuk seorang peserta itu bergelar juara. Sama ada faktor personaliti, bakat ataupun apa-apa sahaja yg menarik perhatian pengundi. Jadi apabila berakhirnya sesebuah program, kesemua peserta kena bijak mencari peluang yg ada dan juga bersaing dengan pesaing yg sedia ada di dalam industri ini.

"Bukan senang untuk membina kerjaya, semuanya bergantung kepada bakat yg ada pada artis tersebut. Tidak dinafikan peminat-peminat di Malaysia masih lagi mementingkan paras rupa berbanding bakat yg ada. Dasarnya, ada baiknya mengutamakan beberapa aspek lain dalam membuat penilaian," ujar Riz dengan panjang lebar.


Credit to majalah Media Hiburan

No comments:

Related Posts with Thumbnails