JOM CHAT


Nama watak dan perwatakan dalam novel-novel yang diletakkan di blog ini adalah rekaan dan imaginasi penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.



Jika terdapat persamaan, itu hanyalah secara kebetulan sahaja.



Harap maklum.



Saturday, July 4, 2009

'MENGGEGAR DUNIA'

Stacy telah merakamkan lagu duet 'Menggegar Dunia' dengan Adam. -foto The Star oleh CHAN TAK KONG

MEREKA bukan sahaja datang dari negeri dan program realiti yang sama iaitu Sabah dan Akademi Fantasi (AF), malah turut berkongsi minat dan kebolehan yang sama iaitu pandai menari sambil menyanyi.

Itulah Stracie Angie Anam atau Stacy yang merupakan bekas pelajar AF6 manakala Mohd Aizam Mat Saman atau Adam yang merupakan bekas pelajar AF2.

Gandingan mantap ini dipertemukan untuk menyanyikan lagu ‘Menggegar Dunia’ terbitan KRU Studios.

Lagu ciptaan sepenuhnya oleh Edry KRU itu merupakan lagu runut bunyi untuk dimuatkan dalam filem ‘My Spy’ yang juga terbitan KRU Studios.

Ditanya tentang lagu duet yang telah dirakamkan itu, Stacy, 19, lebih suka berkongsi tentang pengalaman yang manis ketika berduet dengan Adam.


"Saya berasa senang apabila berduet dengan Adam kerana kami sama-sama dari satu tempat dan konsep yang sama.

"Apabila saya menyanyi dengannya, saya berasa selesa kerana mudah untuk berkomunikasi dalam loghat Sabah.

“Lagipun, kami berdua jenis suka menari dan konsep yang sama. Jadi, dia selalu memberi idea semasa bekerjasama.

“Lagu yang saya rakamkan ini begitu rancak, jadi seronok pula ketika menyanyinya bersama Adam.

“Saya jamin lagu ini memang ‘best’ dan tunggu sahaja kemunculannya,” kata Stacy yang turut merakamkan lagu duet dengan penyanyi dan komposer Ajai.



Credit to
mStar online

No comments:

Related Posts with Thumbnails