JOM CHAT


Nama watak dan perwatakan dalam novel-novel yang diletakkan di blog ini adalah rekaan dan imaginasi penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.



Jika terdapat persamaan, itu hanyalah secara kebetulan sahaja.



Harap maklum.



Tuesday, July 7, 2009

STACY BIMBANG DIKETAWAKAN




Oleh FERIDE HIKMET ATAK
feride.hikmet@kosmo.com.my

PERASAAN gembira juara Akademi Fantasia musim keenam (AF6), Stacy, gembira bukan kepalang saat mendapat tahu dirinya tercalon dalam Anugerah Planet Muzik 2009 (APM2009) buat pertama kali menerusi dua kategori iaitu Artis Paling Popular dan Artis Serantau Paling Popular.

Apalagi anak kelahiran Sabah ini diberi peluang untuk menunjukkan kehebatannya di atas pentas APM2009 dengan membawakan lagu medley dari albumnya sendiri.

Namun rasa teruja itu terbantut pula apabila mendapat tahu persembahan rancak Stacy itu akan diadakan tanpa penari-penarinya.

Pemilik nama sebenar Stracie Angie Anam ini terpaksa membuat keputusan sama ada menyanyi tanpa penari ataupun menyanyi dengan iringan penari-penari dari seberang.

"Saya faham, untuk membawa artis-artis Malaysia, kami dikehendaki membuat permit dahulu dan membawa penari-penari saya yang ramai mungkin akan meningkatkan kos.

"Saya ada masa sebelas hari lagi dan dari segi persembahan tarian, saya masih di jalan yang buntu.

"Sebelum ini, apa-apa persembahan sekalipun, saya tetap akan membawa penari-penari saya kerana kami sudah mempunyai keserasian bersama.

"Tidak untuk kali ini. Saya kena bertindak pantas dan fikirkan cara terbaik untuk buat latihan bersama penari-penari dari seberang kerana saya akan tiba di sana dua hari sebelum APM 2009.

"Dah tentu kami tidak punyai masa yang banyak. Ada yang bercelaru pula persembahan saya, tak fasal-fasal saya merosakkan imej negara kita," ujarnya.

Beritahu Stacy lagi, jika nyanyiannya dipersembahkan tanpa penari-penari, ia akan mencacatkan persembahannya memandangkan lagu-lagu yang dibawakan penyanyi genit ini rancak.

Tambah pula, gadis ini mahu menunjukkan artis-artis Malaysia juga mampu bernyanyi sambil memberikan persembahan yang energetik

Justeru, dia terpaksa merancang sesuatu agar persembahannya berjalan lancar seperti biasa.

"Mahu atau tidak, saya perlu membuat persembahan bersama penari-penari di sana. Jadi saya mengambil inisiatif untuk merakamkan step tarian yang lengkap mengikut susunan lagu yang dibuat dan hantarkan kepada penari-penari sana.

"Rasanya itu sahaja jalan yang terbaik. Sebab dengan ketibaan saya yang begitu dekat dengan tarikh anugerah itu, saya tak mahu membuat persiapan di saat-saat akhir.

"Takut juga jika diketawakan nanti. Dari segi persembahan tarian, saya mungkin akan memasukkan elemen step lama dan baru," katanya.



Credit to kosmo online


No comments:

Related Posts with Thumbnails