JOM CHAT


Nama watak dan perwatakan dalam novel-novel yang diletakkan di blog ini adalah rekaan dan imaginasi penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.



Jika terdapat persamaan, itu hanyalah secara kebetulan sahaja.



Harap maklum.



Sunday, July 26, 2009

STACY NAFI PERNAH DIBUANG SEKOLAH!


Oleh Zubir Mohd Yunus
zubir@bharian.com.my


Di sebalik kisah kerjaya Stacy, baru-baru ini, Zubir menerima kiriman e-mel daripada seseorang nun jauh di selatan tanah air, mendakwa kenyataan Stacy sebelum ini yang memberitahu pihak media massa, dia terpaksa berhenti sekolah ketika di Tingkatan 5 kerana faktor kemiskinan adalah cerita rekaannya semata-mata, sebaliknya Stacy dilaporkan dibuang dari sekolahnya pada Februari 2007 kerana berdepan masalah disiplin! Alamak, terlebih sudah!

“Sebelum berhenti sekolah lagi, saya sudah menyanyi separuh masa di kelab malam untuk menambah pendapatan keluarga. Saya nekad berhenti sekolah untuk melihat adik-adik meneruskan persekolahan mereka. Adik beradik yang lain tidak bekerja, jadi saya harus berkorban kerana dengan menyanyi saja, boleh mendatangkan pendapatan agak lumayan.

“Saya mahu mengubah nasib keluarga, jadi sekalipun dalam keadaan terpaksa, saya akur untuk berhenti sekolah. Namun, saya sempat berjanji dengan ayah dan ibu, suatu hari apabila nasib keluarga kita sudah berubah, saya pasti menyambung persekolahan,”
kata Stacy kepada B*Pop terbitan 15 Jun 2008.

Tidak berpuas hati dengan kenyataan Stacy yang didakwa pengirim e-mel sebagai rekaan semata-mata, Zubir terus menghubungi bekas pelajar Sekolah Menengah St. Michael, Penampang, Kota Kinabalu, Sabah itu untuk mendapatkan kesahihannya.

Stacy mengaku, ketika masih berada di Tingkatan 3, dia nakal kerana sering ponteng sekolah dan selalu ‘terbabas tidur’ gara-gara bekerja separuh masa di kelab malam selepas waktu persekolahan.

“Memang saya selalu ponteng sekolah sehingga beberapa kali diberi surat amaran oleh pihak sekolah. Saya juga pernah dipanggil Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, gara-gara masalah yang saya timbulkan. Tapi, apabila saya masuk Tingkatan 4, saya dah kurang ponteng sebab takut dimarahi pihak sekolah. Akhirnya, apabila di Tingkatan 5, saya ambil keputusan berhenti sekolah kerana faktor kewangan yang menimba keluarga.

“Jadi, cerita yang mendakwa saya sebenarnya dibuang persekolahan kerana berdepan masalah disiplin adalah tidak benar! Sekiranya masih ada pihak yang terus mempertikaikan penjelasan ini, mereka boleh semak rekod persekolahan saya di Jabatan Pendidikan Negeri, dari situ mereka boleh tahu, saya dibuang sekolah atau berhenti,”
jelas Stacy yang terkejut dan kecewa dengan dakwaan berkenaan seolah-olah mahu menjatuhkan namanya.

Zubir difahamkan sebelum ini Stacy pernah mendapat tawaran biasiswa untuk melanjutkan pelajarannya di Universiti Limkokwing dalam bidang muzik. Apa perkembangan terbaru mengenainya?

“Buat masa ini, saya masih belum berkesempatan untuk melanjutkan pelajaran di sana (Universiti Limkokwing), boleh dikatakan hampir setiap hari saya sibuk bekerja. Bagaimanapun, saya harus mencuri ruang untuk pelajaran. Saya berharap, tahun depan saya boleh sambung belajar,” kata Stacy bersungguh-sungguh.

Cayalah Stacy, pedulikan cakap-cakap orang yang dengki dengan Stacy tu, mudah-mudahan suatu hari nanti Stacy bakal bergelar pelajar kolej!

No comments:

Related Posts with Thumbnails