JOM CHAT


Nama watak dan perwatakan dalam novel-novel yang diletakkan di blog ini adalah rekaan dan imaginasi penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.



Jika terdapat persamaan, itu hanyalah secara kebetulan sahaja.



Harap maklum.



Monday, August 31, 2009

TAK PINJAM BINTANG ALYAH DAN STACY



Oleh FERIDE HIKMET ATAK
feride.hikmet@kosmo.com.my

BUKAN adik-beradik, bukan juga teman rapat. Namun, banyak persamaan yang dimiliki oleh Riz dan Chaq yang kini duduk di bawah jagaan syarikat rakaman milik komposer Ajai, Wake The Baby.

Masih baru dalam menjadi anak seni yang tegar, mereka mahu mencipta nama dan mengecapi populariti sepertimana yang diraih artis dan penyanyi popular seperti Datuk Siti Nurhaliza atau Anuar Zain.

Umum tahu, mereka menempa nama melalui pertandingan program realiti iaitu daripada Akademi Fantasia 6 (AF6) serta Mentor yang baru saja selesai pertandingannya.

Masing-masing membawakan muzik berkonsep pop R&B namun persamaan mereka lebih jelas boleh dilihat apabila karier mereka dibayangi wanita lain untuk bertapak dalam industri muzik.


Tak tumpang populariti

Riz atau nama sebenarnya Mohammed Idris Mohd Zaizizi tidak boleh menafikan karier seni sedikit dingin selepas keluar daripada AF6. Namun, sejak beberapa bulan lalu, nama Riz kembali meniti di bibir peminat, tuah duetnya bersama Alyah dalam lagu Ku Pinjam Satu Bintang yang kerap diputarkan di radio.

Kerana lagu itu juga nama Riz semakin bersinar. Bagaimanapun, Riz seperti dibayangi Alyah ke mana sahaja dia pergi.

Malah, untuk single ketiga, Bermula Semula, Riz juga menggunakan suara Alyah untuk beberapa bahagian lagu tersebut.

Menurut Riz, dia tidak pernah terlintas untuk menumpang populariti penyanyi jelita itu.

"Saya tak terfikir atau beranggapan untuk tumpang populariti sesiapa. Apa yang ditampilkan oleh saya dan Alyah sekadar mahu mencari kelainan kepada peminat.

"Lagipun saya masih baru dalam bidang ini. Untuk bertahan lama dan menarik perhatian peminat, kita perlu kreatif supaya usaha kita nampak di mata masyarakat.

"Kalau nak dijadikan cerita, masa mula-mula dulu, Alyah juga kurang dikenali. Apa yang saya rasa, nama kami naik bersama dengan lagu itu.

"Sebelum kami rakam lagu itu, saya dengar dulu suara dia, nak dengar sesuai atau tidak dengan suara saya. Bila dah dengar, masing-masing setuju untuk rakam lagu tersebut,"
katanya.

Tambah Riz, dia berharap agar peminat tidak salah faham mengenai hubungannya bersama Alyah yang dianggap sebagai kakaknya sahaja, tidak lebih daripada itu.

"Saya tahu, ada juga orang yang memanggil saya sebagai Riz-Alyah. Tapi saya tak kisah, janji nama saya disebut. Itu tandanya orang tahu mengenai kewujudan saya dalam industri," ujarnya.

NAMA Riz kembali menjadi sebutan selepas lagunya bersama Alyah semakin mendapat perhatian.


Bermula Semula

Bercerita mengenai single ketiga Riz iaitu Bermula Semula yang dihasilkan oleh Ajai dan lirik oleh Abie Abdullah, ia merupakan sebuah lagu yang begitu bermakna buat penyanyi kelahiran Kampung Padang Kunyit, Grik, Perak ini. Mana taknya, untuk menyiapkan lagu itu sahaja, Riz terpaksa mengumpul wang sehingga mencukupi sebelum merakamkan lagu berkenaan.

"Biasalah kalau guna bajet sendiri, memang lama sikit sebab nak kena kumpul duit sampai cukup. Insya-Allah, single ketiga saya ini akan dilancarkan selepas Hari Raya Puasa,"
ujarnya.

Berbicara mengenai lagu Bermula Semula, Riz merasakan bait-bait lirik itu begitu kena dengannya.

Apatah lagi ia mengisahkan mengenai kebangkitan seseorang daripada masalah, membuatkan Riz mudah untuk menghayati lagu tersebut ketika dirakamkan.

"Lagu ini mempunyai dua maksud. Satu, ia mengenai kisah cerai antara suami isteri yang kemudiannya mahu berdamai semula. Tapi saya anggap, lagu ini membayangkan seperti saya, di mana, perjalanan karier saya agak perlahan selepas AF6 dan inilah masanya untuk saya bangkit semula," kata Riz yang baru saja tamat rakaman drama raya, Mawi Habibi Raya.

DUA anak muda kelahiran program realiti TV ini berusaha gigih untuk berjaya di persada muzik tanah air seperti mana penyanyi wanita yang sering dikaitkan dengan mereka.


No comments:

Related Posts with Thumbnails