JOM CHAT


Nama watak dan perwatakan dalam novel-novel yang diletakkan di blog ini adalah rekaan dan imaginasi penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.



Jika terdapat persamaan, itu hanyalah secara kebetulan sahaja.



Harap maklum.



Sunday, September 13, 2009

KECOH ARTIS 'SERBU' MASJID INDIA



Oleh NIEZAM ABDULLAH & WANDA IDRIS
Foto SHAHRIL AZMAN ZAIN
Lokasi MASJID INDIA, KUALA LUMPUR


BERKIRA-KIRA hari untuk menyambut Syawal, Pancaindera membawa artis-artis remaja popular ke Jalan Masjid India, Kuala Lumpur untuk memberi peluang kepada mereka meninjau keperluan akhir sebelum tibanya hari yang menggembirakan itu.

Wah... bukan main seronok apabila Fizo Omar, Riz (AF6) , Alyah, Shila dan Diddy Hirdy berpeluang untuk sama-sama membuat "rombongan cik kiah" bagi membeli barang-barang keperluan untuk menyambut lebaran.

Menariknya Alyah dan Shila sempat juga membeli tudung dengan harga diskaun. Fizo, Riz dan Diddy pula tak habis-habis membelek baju Melayu kerana tertarik dengan pelbagai corak yang dijual di kawasan bazar tersebut.

Siapa kata artis kita tak pakai pakaian yang dijual di bazar? Kata mereka, di bazar atau di pusat membeli belah, semuanya sama saja. Cuma harga di bazar lebih murah dan ada kalanya lebih menarik jika pandai buat pilihan.

Kunjungan mereka ke Jalan Masjid India itu bertambah kecoh apabila peniaga turut berebut untuk mengambil gambar. Tidak kurang juga orang ramai yang lalu-lalang di kawasan itu.


RIZ SEDIAKAN RM1,000

SERONOKNYA Riz kerana menerima lima pasang baju Melayu daripda peminat yang bermurah hati memberikan cenderamata kepadanya.

"Walaupun sudah ada lima pasang, saya tetap membeli sehelai untuk diri saya. Bukannya apa, kalau tak rasa macam tak raya pula. Selalunya memang Jalan Masjid India menjadi tumpuan saya.

"Bersama enam tujuh orang kawan, kami memilih datang ke sini pada tengah malam. Selalunya dekat-dekat raya baru kami 'serbu'. Di sini senang. Semuanya ada.

"Baju Melayu dan songkok memang saya beli di sini. Ramai juga artis yang saya jumpa membeli belah di sini,"
kata Riz yang pulang ke kampungnya di Grik, Perak untuk menyambut Syawal.

Menurut penyanyi yang semakin popular dengan lagu Ku Pinjam Satu Bintang yang turut menampilkan Alyah sebagai rakan duet, dia juga suka membeli biskut raya di kedai kek makciknya di Kajang.

Menyambut Lebaran secara sederhana, Riz juga memberitahu tidak mengadakan rumah terbuka pada tahun ini.

"Tapi semua orang dialu-alukan untuk datang ke rumah saya," katanya yang suka bermotorsikal bersama teman-teman menziarah kawan sekampung.

Riz juga memberitahu menyediakan bajet untuk perbelanjaan keluarganya termasuk duit raya untuk anak saudara dan tetamu yang datang.

"Saya sediakan bajet RM1,000 untuk duit raya," tambahnya.

Bercuti raya selama seminggu, katanya, jadual seninya penuh selepas Lebaran. Ini termasuklah melancarkan albumnya pada 13 Oktober depan di Hard Rock Cafe.


Credit to Utusan Malaysia Online


No comments:

Related Posts with Thumbnails