JOM CHAT


Nama watak dan perwatakan dalam novel-novel yang diletakkan di blog ini adalah rekaan dan imaginasi penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.



Jika terdapat persamaan, itu hanyalah secara kebetulan sahaja.



Harap maklum.



Saturday, June 5, 2010

RIZ INSPIRASI 'YANG SEBENARNYA'



Mesti ada yang tertanya-tanya, kenapa post kali ini agak berlainan. Sebenarnya, selagi ia mempunyai perkaitan dengan Riz atau Stacy, sudah tentu ia menjadi perkara yang perlu diketahui oleh semua peminat.

Kali ini, saya nak ajak anda sama-sama membaca sebuah novel yang mempunyai sedikit perkaitan dengan
RIZ dan Nadia AF6 (maaf... bukan STACY huhu..). Nak tahu apa kaitannya? ... anda harus mendapatkan novel ini di kedai-kedai buku berhampiran... Setelah membacanya, kongsikan komen @ pendapat anda tentang novel ini ..okey..


Judul Buku : YANG SEBENARNYA
Pengarang : AISYA SOFEA
Penerbit : ALAF 21 SDN BHD
Muka Surat : 512 HALAMAN
Harga : RM 19.90

SINOPSIS

TIDAK semua cinta itu berbalas. Inilah yg terjadi pada Eddie. Akibat cintanya ditolak oleh Nazirah, sepupunya, dia nekad membawa diri di London. Hatinya perlu dirawat.

Kelukaan Eddie mendapat simpati daripada Nadhiya, adik Nazirah. Melalui kiriman e-mel dan YM, Nadhiya sentiasa meyakinkan Eddie bahawa cinta akan datang lagi. Namun, hati Eddie belum terbuka untuk mencari pengganti.

Seiring waktu berlalu….cinta Eddie semakin memekar. Dengan semangat baru, Eddie pulang bersama cinta untuk Nadhiya. Malangnya, kalimat keramat itu tidak terucap dari bibirnya, apatah lagi Nadhiya melayannya seperti seorang abang. Eddie jadi panasaran. Akibatnya, mereka sering bertelagah tanpa sebab. Nadhiya memendam rasa… lelaki itu seperti memusuhinya.

Semuanya harus dirungkaikan. Eddie perlu berterus terang tentang perasaan sebenarnya. Dan Nadhiya pula mesti menyedari bahawa cinta baru Eddie adalah untuk dirinya!

Aisya Sofea

TINTA PENULIS

Siapa Eddie dan Adik?

Dua insan yg cukup saya minati sejak mengenali mereka. Kerana mereka berdua, tercetus inspirasi untuk mengilhamkan sebuah cerita yg amat santai di samping galakan dan sokongan dari sekumpulan yg menamakan diri mereka keluarga RIA. Namun di saat mengilhamkan Yang Sebenarnya, ternyata saya tidak mampu mengaitkan mereka berdua lagi di dalam buku saya ini.

Eddie dalam cerita saya seorang lelaki yg agak panas baran, tetapi dia punya karisma tersendiri. Sedangkan Eddie yg sebenar terkenal dengan lirikan matanya yg sungguh menawan (namun lirikan mata suami tetap lebih menggoda! Hahaha). Begitu juga dengan watak adik yg genit dan lincah, saya jadikannya seorang gadis yg berfikiran matang dan terbuka dan boleh menerima apa saja keadaan tanpa mempedulikan kata-kata orang lain. Secara jujurnya, mereka adalah dua insan yg berbeza meskipun terdapat persamaan pada nama.

Apa-apa pun, saya berharap pembaca-pembaca saya terhibur dengan cerita saya kali ini. Ini adalah rekaan semata, sekadar menjadi hiburan di waktu lapang. Sekiranya terdapat silap dan salah dalam tulisan saya ini, saya mohon maaf dan akan lebih berhati-hati di masa akan datang.

Sekian…..


Riz tengah khusyuk baca novel nie.. korang apa lagi, kenalah baca jugak. Membaca bukan ke amalan mulia huhu...





No comments:

Related Posts with Thumbnails