JOM CHAT


Nama watak dan perwatakan dalam novel-novel yang diletakkan di blog ini adalah rekaan dan imaginasi penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.



Jika terdapat persamaan, itu hanyalah secara kebetulan sahaja.



Harap maklum.



Sunday, June 6, 2010

STACY RESAH BERAT BADAN NAIK@B POP 6/6/2010


Oleh Zubir Mohd Yunus


SELEPAS gagal menemukan Stacy dan bintang Indonesia, Agnes Monica dalam satu fotografi baru-baru ini lantaran sikap ‘kekwat’ penyanyi berkenaan, kesempatan itu sebaliknya diisi rakan senegaranya apabila penyanyi dan aktres cantik filem Heart, Acha Septriasa yang pernah mencipta fenomena di Malaysia menerusi lagu duet bersama Irwansyah, My Heart, menampilkan sikap mesra serta rendah diri sepanjang pertemuan itu, malah dia yang menyapa Stacy lebih dulu, seterusnya menggelar bintang realiti itu sebagai Agnes Monica Malaysia!

Stacy akui selepas melalui detik ‘sukar’ bersama Agnes Monica, kini apabila diberi kesempatan bekerja dengan Acha, situasi amat berbeza.

Katanya lagi, ketika Acha melangkah masuk ke butik Calvin Thoo, dia terus memberi salam, sekali gus bersalaman dengan semua orang yang berada di sekelilingnya tanpa mengira status pihak berkenaan.

“Acha juga sempat memperkenalkan saya kepada krew TV Indonesia yang turut serta dalam fotografi berkenaan. Menerusi temu bual bersama krew berkenaan, tak semena-mena Acha terus memperkenalkan saya sebagai Agnes Monica Malaysia. Apabila mendengar nama Agnes, saya tersentak, tapi itu tidak penting kerana lebih membanggakan, Acha menghargai bakat seni saya, mungkin dia mengikuti perkembangan muzik kita.


“Apabila berpeluang mendekati Acha, ternyata dia seorang yang amat peramah, low profile dan nampak dia berminat mengenali artis Malaysia dengan lebih dekat. Acha sekalipun pernah mencipta fenomena di Malaysia, dia tak pernah anggap dirinya superstar.

“Justeru, sikap seperti inilah yang harus dicontohi. Ikut resam padi, semakin berisi, semakin tunduk. Jika diberi peluang, saya memang teringin berkolaborasi dengan Acha, manalah tahu suatu hari nanti jika ada pihak yang berminat menggabungkan kami, pasti lebih meletup!,”
kata Stacy yang begitu teruja dengan layanan mesra Acha dan mereka sempat bercanda sepanjang sesi fotografi.

Namun, sepanjang menjayakan fotografi, Stacy turut diberi teguran kerana berat badannya kelihatan bertambah berbanding sebelum ini. Bertitik tolak daripada teguran itu, Stacy akur.


“Saya kena work-out balik, perlu kurus sebab kalau badan berisi, cepat penat apabila menari. Saya tidak boleh berterusan menggunakan alasan sibuk belajar sehingga terpaksa mengabaikan latihan menari dan bersenam. Karier dan pelajaran sama penting, justeru saya harus bijak membahagikan masa sekalipun terpaksa menempuh pelbagai dugaan,” katanya.


Tidak lengkap perbualan bersama Stacy sekiranya gosip cintanya bersama Akim AF7 tidak disentuh, namun dia tetap menafikannya sekalipun heboh orang bercerita mereka pasangan bercinta, justeru timbul dakwaan, kononnya dia seorang lesbian apabila sering menolak cinta daripada lelaki yang pernah dikaitkan dengannya sebelum ini termasuklah Nubhan dan Syamsul Datuk Yusof Haslam!

“Siapa kata saya lesbian! Nafsu dan naluri kewanitaan saya masih ‘lurus’! Jika ada perasaan cinta, pastinya pada lelaki. Saya tidak bermaksud menolak cinta lelaki, tapi bukan masa yang sesuai saya memikirkan soal cinta secara serius. Hubungan mesra saya dengan beberapa artis lelaki sebelum ini sering kali disalah tafsir termasuklah Akim.

“Sejak bergelar juara AF6 sehingga hari ini, belum ada mana-mana lelaki yang melafazkan kata cinta terhadap saya, cuma apabila berkawan, saya kelihatan mesra dengan mereka. Saya akui, memang berkawan rapat dengan Akim, tapi perhubungan kami tidaklah sampai ke tahap bercinta. Akim pun tak pernah berbicara soal cinta dengan saya. Lagipun perjalanan seni kami masih jauh. Tak perlu terburu-buru menagih cinta,”
kata Stacy yang kini sibuk mempromosi single terbarunya, Jahat ciptaan Edry KRU.

No comments:

Related Posts with Thumbnails