JOM CHAT


Nama watak dan perwatakan dalam novel-novel yang diletakkan di blog ini adalah rekaan dan imaginasi penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.



Jika terdapat persamaan, itu hanyalah secara kebetulan sahaja.



Harap maklum.



Friday, August 27, 2010

RIZ @ HAI ISU BUMPER RAYA 2010


RIZ BEREBUT DUIT SYILING

Oleh Aisamurni Suparman
Foto Noor Asrekuzairey Salim

SUDAH menjadi kewajipan bagi penyanyi yang popular dengan lagu Ku Pinjam Satu Bintang ini pulang ke kampung halamannya di Gerik, Perak setiap kali Hari Raya.

Namun tidak seperti tahun-tahun lepas, nampaknya Riz sedikit sunyi tahun ini apabila semua kakaknya beraya di rumah mentua masing-masing.


"Disebabkan semua kakak dah berkahwin, tahun ini mereka beraya di rumah mentua, jadi tinggallah saya dengan emak dan ayah saja. Jadi sunyilah sedikit. Jadi, saya rancang bawa emak dan ayah bercuti di hari raya.

"Yang seronok masa raya bila kami sekeluarga dapat berkumpul di rumah opah di Kajang, Selangor. Masa inilah opah akan buat acara baling duit syiling kepada semua cucunya. Saya dan kakak-kakak serta sepupu-sepupu yang dah besar ni pun joint sekali he he he...

"Memang seronok sebab masa inilah masing-masing berebut-rebut. Siapa cepat, dapat banyak duit syiling. Yang dah besar pun tak nak kalah sama berebut.

"Saya rasa tak ramai famili yang ada tradisi macam ini dan Insya Allah kalau saya berkahwin nanti, saya nak teruskan tradisi ini sampai bercucu-cicit,"
cerita Riz yang bakal muncul dengan single terbaru berjudul Cinta Ini, tidak lama lagi.


Jangan lupa dapatkan HAI terbaru di pasaran sekarang!




No comments:

Related Posts with Thumbnails