JOM CHAT


Nama watak dan perwatakan dalam novel-novel yang diletakkan di blog ini adalah rekaan dan imaginasi penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.



Jika terdapat persamaan, itu hanyalah secara kebetulan sahaja.



Harap maklum.



Tuesday, August 17, 2010

RIZ~STACY@MANGGA SEPTEMBER 2010


KELUARGA STACY MINAT & SUKAKAN AKIM

Oleh Fadhil Abdollah
Foto Zakaria Idris

Nampaknya rezeki penyanyi lagu popular Jahat iaitu Stacy yang cun ini semakin melimpah ruah. Syukur, Stacy bukan saja cantik dan berbakat besar, dia juga rajin berusaha dan sentiasa melakukan yang terbaik buat peminat kesayangannya. Tahniah ya!


Cerita Stacy:

“Stacy akui memang bahagia dengan Akim tapi hanya bahagia sebagai kawan je..hehe. Tentang cinta tu, Stacy hanya berserah kepada Tuhan. Kalau ada jodoh, ada la tu……”

“Keluarga Stacy pun tak kisah gosip yang melanda Stacy dan Akim. Mereka faham situasi Stacy sebagai artis dan merestui hubungan kami sebagai kawan. Lagi pun mereka memang minat dan sukakan Akim.”


“Keluarga memberi kebebasan kepada Stacy untuk berkawan dengan sesiapa pun asalkan pandai jaga diri dan tidak lupakan keluarga.”

“Bercakap pasal kerjaya, Stacy lega sangat ramai peminat suka dengan lagu Jahat. Stacy juga dalam proses untuk siapkan album kedua. Single Stacy sebelum ini dan beberapa lagu baru akan dimuatkan dalam album kedua.”

“Menyentuh tentang puasa, Stacy pernah beberapa kali cuba berpuasa. Kadang-kadang kalau tak tahan lapar, Stacy puasa separuh hari je la..hehe. Juadah raya yang Stacy suka pula adalah kuih batang buruk, sarang semut dan lemang yang dimakan bersama kari ayam. Memang best!”



RIZ BERAYA DENGAN RAMBUT BARU!

Oleh Tajul Ariffin Abu Hassan
Foto Shahril Azman Zain

WAH… semakin segak dan bergaya empunya nama sebenar Mohammed Idris Mohd Zaizizi atau Riz ni sejak berimej rambut pendek. Nampak kemas dan segak! Mesti Riz potong rambut sebab nak bergaya di hari raya ni kan? Jom dengar cerita Riz!

Cerita Riz :

“Sebenarnya saya dah lama ingin memotong pendek rambut saya ni. Iyalah, dah dua tahun saya bergelar artis dengan imej berambut panjang. Teringin jugak nak menukar imej.

“Lagipun peminat pun ramai yang suruh saya berimej begini sebab nampak lebih kemas dan segar.

“Tak dinafikan saya gembira dengan keputusan berambut pendek. Sekarang saya rasa lega dan rambut saya lebih senang diuruskan.

“Sama seperti tahun-tahun sebelum ini, saya akan pulang beraya di rumah keluarga di Grik, Perak. Insya Allah kalau tak sibuk, saya akan pulang pada malam raya nanti.

“Pengalaman menyambut lebaran yang paling tak boleh saya lupakan adalah pada tahun 2005. Waktu itu, keluarga saya mengalami sedikit masalah.

“Tapi bila tiba saja Syawal, masalah kami semua terus hilang begitu saja seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku dalam keluarga kami. Mungkin itu adalah keajaiban raya.

“Pengalaman yang saya lalui itu adalah pengalaman raya paling menakjubkan bagi saya yang tak akan saya lupa sampai bila-bila.”

Demikian cerita Riz yang sibuk mencari material untuk single terbarunya yang mungkin akan dirakam di Jakarta, Indonesia.

Mangga doakan Riz terus sukses dan berjaya dalam kerjaya ya!

Jangan lupa dapatkan Mangga keluaran terbaru yang telah berada di pasaran!

No comments:

Related Posts with Thumbnails