JOM CHAT


Nama watak dan perwatakan dalam novel-novel yang diletakkan di blog ini adalah rekaan dan imaginasi penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.



Jika terdapat persamaan, itu hanyalah secara kebetulan sahaja.



Harap maklum.



Monday, August 16, 2010

STACY@ALBUM HANGATNYA RAYA


Oleh Wan Asrudi Wan Hasan
wanasr@hmetro.com.my
Foto Hot Fm



Sebagai memberi pilihan kepada masyarakat yang menyambut Aidilfitri tidak lama lagi, stesen radio Hot FM dengan kerjasama PMP Artist Management Sdn Bhd, Astro dan Mongkey Bone menghasilkan album raya berjudul Hangatnya Raya.

Album mengandungi enam buah lagu baru ini dinyanyikan penyampai Hot FM yang digandingkan bersama penyanyi popular.

Antaranya gandingan Faizal Ismail (FBI) bersama Faizal Tahir dan juara Akademi Fantasia musim kelapan, Shahir dalam lagu berjudul Tiba manakala Fara Fauzana, Leya, Stacy dan Shila OIAM menyanyikan lagu Bunga Api Di hati.

Lagu Rindu Yang Telah Pergi dan Hanya Kerana Cinta yang diberi sentuhan irama Rap pula menggandingkan Ikhwan bersama penyanyi popular Mawi, Kieran dan Tomok. Memeriahkan album ini adalah nyanyian beramai-ramai barisan penyampai radio dan artis tanah air melalui lagu Salam Lebaran.

Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Radio Media Prima, Seelan Paul berkata, album dan lagu raya berkenaan dihasilkan untuk menyerikan musim perayaan yang bakal tiba.

Album ini sudah berada di pasaran sejak 9 Ogos lalu. Selain itu, kandungan muat turun secara digital juga boleh di dapati melalui rangkaian Maxis dan seterusnya melalui semua operator tempatan. Tidak cukup itu, 2 minggu lagi, DVD yang memuatkan 6muzik video dari album Hangatnya Raya juga akan menyusul untuk menjadi sebahagian daripada koleksi peminat barisan artis yang ada.

Nantikan juga sesi bertemu peminat oleh barisan artis dan personaliti tidak lama lagi. Maklumat lanjut, teruskan mendengar Hot FM atau layari laman web www.hotfm.com.my.

No comments:

Related Posts with Thumbnails