JOM CHAT


Nama watak dan perwatakan dalam novel-novel yang diletakkan di blog ini adalah rekaan dan imaginasi penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.



Jika terdapat persamaan, itu hanyalah secara kebetulan sahaja.



Harap maklum.



Friday, January 29, 2010

BERMULANYA LANGKAH RIZ



Oleh
Abdul Aziz Itar@Utusan Malaysia

KOMEN

Sebagai penyanyi baru, Riz menyerlahkan gaya suaranya yang tersendiri menerusi album sulungnya yang mengandungi lapan lagu itu.

Gaya suara Riz yang kental dengan elemen "kejantanan" di dalamnya mampu digilap lebih jauh sebagai antara penyanyi pelapis tanahair. Kegemersikan suara Riz dapat didengar melalui alunan lagu2 berentak perlahan seperti Hanya Sandiwara, Harusku Yang Pergi dan Cinta Ini.

Sebagai penyanyi yang tampil dengan gaya suara yang sebegitu, Riz kedengaran paling serasi dengan seleksi lagu-lagu berentak sentimental. Malah, hampir keseluruhan lagu dalam album ini berkonsepkan lagu-lagu sentimental pop yang cukup sesuai dengan gaya suaranya.

Cuma di masa akan datang, jika
Riz dipertemukan dengan lagu-lagu pop sentimental yang kuat melodinya, maka penampilan suaranya itu akan lebih terserlah lagi. Apa pun itu langkah awalnya.

**2 BINTANG DARIPADA 5 *****BINTANG


No comments:

Related Posts with Thumbnails