JOM CHAT


Nama watak dan perwatakan dalam novel-novel yang diletakkan di blog ini adalah rekaan dan imaginasi penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.



Jika terdapat persamaan, itu hanyalah secara kebetulan sahaja.



Harap maklum.



Tuesday, January 12, 2010

MUZIKA@B POP BERITA MINGGU




ALBUM: Bermula Semula

ARTIS: Riz
GENRE: Pop
EDARAN: Warner Music


PENYANYI yang bertapak selepas meraih naib juara program realiti, Akademi Fantasia musim keenam ini mengambil masa setahun mencari material yang bersesuaian dan serasi dengan kelebihan vokalnya.

Kekuatan Riz menyerlah pada sentuhan balada dan kelebihan itu dimanfaatkan sebaiknya oleh Ajai, selaku penerbit untuk mencungkil sisi terbaik penyanyi ini.

Riz juga menampakkan kesungguhan dan serius dalam usaha pertamanya ini. Itu diterjemahkan pada setiap penyampaiannya dalam keseluruhan lagu yang dimuatkan dalam Bermula Semula.

Dia memberi nyawa untuk lagu balada seperti Harusku Yang Pergi, Bermula Semula dan Khilaf. Mungkin penghayatan Riz belum pada tahap terbaik untuk berdiri selesa dalam industri muzik.

Masih banyak yang perlu difahami Riz terutama dalam memahami serta mendalami sesebuah lagu itu. Tetapi jika diberi sedikit masa dan Riz sendiri mengambil inisiatif untuk memajukan diri, dia berupaya melangkah jauh.

Riz juga merakamkan semula lagu duetnya bersama Alyah, Ku Pinjam Satu Bintang dalam versi solo.

Disuntik nafas baru yang lebih bertenaga, persembahan solo Riz berjaya menyuntik kelainan daripada versi duet yang terlebih dulu diperdengarkan.

No comments:

Related Posts with Thumbnails