JOM CHAT


Nama watak dan perwatakan dalam novel-novel yang diletakkan di blog ini adalah rekaan dan imaginasi penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.



Jika terdapat persamaan, itu hanyalah secara kebetulan sahaja.



Harap maklum.



Thursday, April 15, 2010

KRITERIA @ AIM 17



Teks oleh Haswari Ali @Murai.com

Penganjur AIM 17, Cheah Mun Kit berkata, sebagai satu cara memberikan kelainan dan kemantapan AIM 17, pihaknya sangat mengambil kira berhubung kualiti serta kebolehan setiap artis yang bakal membuat persembahan di AIM 17.

"Kami tak mahu artis yang terlalu kerap muncul di mana-mana saja dan pada bila-bila masa. Oleh kerana itu kami mengambil pendekatan berbeza dengan mengambil berat akan senarai artis yang membuat persembahan kali ini.

"Malah dalam masa yang sama juga, kami perlu menekankan sama ada ianya relevan untuk tontonan penonton kami, memandangkan terdapat banyak genre muzik yang dipertandingkan di dalam AIM seperti pop, rock, etnik dan pelbagai lagi,"
katanya.

Jennifer pula menambah, penyertaan artis yang membuat persembahan sering menjadi masalah utama pihaknya. Bagaimanapun ianya perlu diseragamkan agar ianya sesuai dengan kualiti yang diingini untuk sebuah pentas besar seperti AIM.

"Pihak kami sentiasa membuat pemerhatian sebelum seseorang artis itu dipilih untuk membuat persembahan. Ada di antara artis yang disenaraikan gementar apabila di atas pentas dan ada diantaranya tidak pernah beraksi di atas pentas.

"Beberapa kriteria perlu kami telitikan terlebih dahulu. Bagaimanapun soal kualiti dan kemampuan mereka menyampaikan lagi secara live itulah yang akhirnya menjadi pilihan kami,"
katanya.

Barisan artis lain yang turut membuat persembahan iaitu Dato’ Siti Nurhaliza, Dato Sheila Majid, Krisdayanti, Faizal Tahir, Ayu, Shila, Yuna, Riz, Aizat, Alif Satar, Altimet, Dafi, DJ Fuzz, Iqwal, Jaclyn Victor, Mila dan Point Blanc.

Turut diberi penghormatan menyerikan pentas AIM 17 iaitu Andrew Tan, Karen Kong, Preeta Prasad, Vince serta Juwita Suwito.

Persembahan hampir kesemua barisan artis akan diiringi kumpulan pemuzik handalan di bawah pimpinan Pengarah Muzik, Aubrey Suwito dan Ramli MS, di mana konsep dan lagu yang akan dinyanyikan oleh setiap artis hanya akan diumumkan pada malam berkenaan.

No comments:

Related Posts with Thumbnails