JOM CHAT


Nama watak dan perwatakan dalam novel-novel yang diletakkan di blog ini adalah rekaan dan imaginasi penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.



Jika terdapat persamaan, itu hanyalah secara kebetulan sahaja.



Harap maklum.



Wednesday, April 7, 2010

MEET RIZ@ROADTOUR AIM17


Info and photo by Budiey.com

Kehangatan Anugerah Industri Muzik makin terasa dengan bermulanya rangkaian jelajah promosi AIM17.

Nantikan kemunculan Faizal Tahir, Tomok,
Riz, Hazami dan Meet Uncle Hussain Feat. Black di Kompleks Pasir Gudang, Johor pada Ahad ini, 11 April 2010 bermula jam 2:00 hingga 5:00 petang.

Pengacara dari Stesen Radio Rasmi, Fly FM dan Hot FM akan menambah kemeriahan suasana dan mengajak peminat menyertai aktiviti-aktiviti menarik bersama artis kesayangan mereka di atas pentas dan berpeluang memenangi baju-T AIM17 serta beg hadiah daripada Stesen Penyiar Rasmi AIM17, ntv7. Di samping itu, orang ramai juga boleh mendapatkan autograf artis-artis yang hadir.

Minggu seterusnya pada hari Sabtu, 17 April 2010, Faizal Tahir, Riz dan Altimet akan bertemu peminat sekali lagi di Village Mall, Sg. Petani dan kali ini SevenCollar T-Shirt, Vince serta Azlan & The Typewriter akan menyertai mereka.

ntv7 akan turut membawakan siaran langsung “Live From the Red Carpet” pada 2 Mei 2010, jam 8:30 malam sebelum upacara AIM17 – Kemuncak Segala-galanya bermula pada jam 9:00 malam, juga dibawakan secara langsung dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra.



No comments:

Related Posts with Thumbnails