JOM CHAT


Nama watak dan perwatakan dalam novel-novel yang diletakkan di blog ini adalah rekaan dan imaginasi penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.



Jika terdapat persamaan, itu hanyalah secara kebetulan sahaja.



Harap maklum.



Thursday, April 15, 2010

MAAF, STACY TIDAK JADI KE BULGARIA!


Teks oleh Razif Rosdi@Murai.com


KUALA LUMPUR, 15 APRIL 2010: Hasrat peminat untuk melihat Stacy mewakili negara sempena Festival Muzik Pop Antarabangsa-Discovery 2010 di Bulgaria pada Mei ini nampaknya tidak akan kesampaian. Ini kerana pemergian Stacy ke negara itu terpaksa dibatalkan berikutan sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Perkara ini telah dimaklumkan sendiri oleh pihak pengurusan Stacy, Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) kepada murai.com.my dalam satu kenyataan yang dibuat , petang tadi.

Pengurus Strategi Artis AESB, Norizan Abu Samah berkata, Stacy tidak jadi ke pertandingan itu disebabkan keadaan masa yang tidak mengizinkan.

“Jadual Stacy ketika ini sangat padat. Kebetulan pula, Stacy sekarang ni sibuk menduduki kelas pengajian di Universiti Lim Kok Wing. Selain itu, kami masih belum bersedia sepenuhnya untuk membawa Stacy ke Bulgaria. Insya-Allah tahun depan kami akan cuba menyertainya sekali lagi bila kami dah buat persediaan yang rapi,” jelasnya.

Meneruskan penjelasan, ketika mendaftar nama Stacy untuk pertandingan ini pada tahun lepas, Stacy masih lagi belum menyambung pelajaran. Pun begitu, pihak AESB masih lagi belum memutuskan sama ada tempat Stacy akan digantikan dengan artis lain atau pun tidak.

“Sebolehnya, kami tak mahu buat keputusan drastik. Setakat ini tiada wakil atau pengganti dari kalangan artis AESB untuk ke sana. Lagi pula, ini satu pertandingan yang besar, bukannya persembahan atau showcase biasa. Jika benar nak ke sana, kami perlu membuat persediaan yang rapi. Lagi satu, bila artis tu dah betul-betul bersedia, barulah kami akan membawa dia ke sana.

“Pertandingan ini juga melibatkan banyak perkara. Bukan dari sudut pemilihan artis semata-mata, tetapi soal lagu dan corak persembahan juga perlu di ambil kita,"
katanya.

Pun begitu, ada pula berpendapat jika jadual Stacy tidak mengizinkan kenapa tidak menghantar artis AESB seperti Mawi, Hafiz atau pun Akim ke sana? Adakah mereka tak layak?

“Sebenarnya, kami bukan nak memperkecilkan atau membanding-bandingkan artis kami yang lain. Cuma sewaktu kami menghantar penyertaan, syarat dan kriteria yang diletakkan penganjur begitu sesuai dengan Stacy.

“Memang benar, setakat ini kami belum pernah menghantar nama Mawi untuk pertandingan ini. Pada masa kelak, Insya-Allah kalau sesuai dan cukup syarat kami juga akan menghantar Mawi ke sana,”
jelasnya.



No comments:

Related Posts with Thumbnails